Bab 8
Nurin dan Amirah baru sahaja keluar dari perpustakaan
university mereka setelah selesai membuat beberapa pekerjaan yang perlu diselesaikan.
Buku di tangan dipegang. Nurin dan Amirah berjalan ke arah pintu keluar.
Setelah keluar, Amirah memulakan pembicaraan, “Kau planning nak ke mana-mana
tak? Yelah, kan 2 minggu lagi cuti semester.”
Nurin tersenyum. “Oh. Tak. Aku tak ke mana-mana. Hanya ada
satu tempat saje yang aku nak pergi iaitu rumah aku. Dah lama tau aku tak
balik-balik kampong. Abang aku pun dah membebel suruh aku balik. Lagipun aku
tak nak umi dan abah aku risau. Yalah, aku dan abang aku pun jarang nak jumpa.
Abang aku tu nak sibuk je memanjang sampai dah tak ada masa nak jenguk aku. Kau
pulak?”
“Aku dah ada plan dengan family aku masa hari tu nak pergi
ke Singapore tapi tak tahu lah pulak confirm ke tak.” Nurin hanya mengangguk
sambil tersenyum girang. “Haii… Yang kau tersenyum menonggeng dari tadi ni
kenapa?” Amirah bertanya.
“Hmm? Ketara ke?” Nurin bertanya pula dengan senyuman lebar
masih melekat di bibir.
“Yelah. Ketara sangat. Dah kau senyum lebar nak sampai ke
telinga pun ada. Nasib mulut kau tu tak koyak. Nanti kalau dah koyak, dah tak
boleh senyum lagi dah.” Hairan juga Amirah, kenapalah sahabatnya yang seorang
ini asyik senyum memanjang. Ada hal-hal yang menggembirakan ke? Dari tadi asyik
menyanyi lagu ‘Balik kampong’ macam nak raya je rasanya.
“Heheh. Aku bukannya apa. Saje, tak sabar nak balik kampong
ni. Dah lama dah aku menapak kat sini ni. Nak balik, Dr. Irwan ni bagi
assignment last minute. Tak pandai ambil masa yang betullah. Untung aku dah
siapkan kerja aku. Sekarang aku dah boleh balik. Aku rindu parents aku
sangat-sangat.”
“Yelah yelah. Ape-ape jelah kawan. Asalkan kau bahagia,”
Amirah menggeleng melihat gelagat kawannya yang seorang itu.
Nurin dan Amirah berjalan menuju ke arah kereta Hyundai i10
kepunyaan Nurin untuk pulang ke rumah sewa mereka. “Eh, eh. Bukannya orang tu
abang awak ke?”
Nurin menoleh ke arah yang dimaksud. “Abang aku? Abang Nizam
ke?”
Amirah mengangguk. “Yelah. Siapa lagi?”
“Aku taulah aku hanya ada satu abang. Tapi di mana dia? Aku
tak nampak pun,” Nurin melihat-lihat kawasan sekeliling, “kau pasti itu abang aku?”
“Entahlah. Macam ye jugak. Tapi… entahlah. Aku salah lihat
mungkin.”
“Maybe,” Nurin mengangguk perlahan. “cepatlah naik. Aku dah
tak sabar dah ni.”
***
“Sir?”
“Yes?” Irwan menoleh. “Eh, kau? Kau buat apa kat sini?” buku
di tangan di tutup. Kaca mata yang dipakai juga dilepaskan.
“Aku nak tengok adik aku.” beritahu Nizam.
“Eh? Adik kau study kat sini ke?” tanya Irwan sambil cuba
mengingati muka adik perempuan kawannya itu.
“A’hah. Aku dah pergi kat class dia tadi tapi dia tak adalah
pulak. Aku call pun dia tak jawab. Ada benda yang aku nak cakapkan dengan dia.
Tapi since dia tak de, tak apalah.”
“Siapa nama adik kau tu eh? Aku lupalah. Mesti dah besar
panjang sekarang kan?” Irwan masih cuba mengingati wajah yang elah lama tidak
dijumpa itu dahulu. “Irah ke? Sya…”
“Syahirah. Kau saja seorang yang panggil adik aku tu dengan
nama Syahirah tau. Panggil first name dia tak boleh ke?”
“Syahirah. Hampir saja aku lupa. Bukannya tak boleh. Bagi
aku nama Syahirah tu manis kalau disebut.”
“Hah? Dapat dirasa ke?”
“Loyar buruk kau ek?”
Nizam tersengih. “Wah… dah jadi Professor sekarang kau.
Seronoknye..”
Irwan hanya tersenyum sambil tangannya dengan pantas
mengemaskan segla kertas dan buku yang berselerakan di atas mejanya. “Eh, kau
mana tahu di sini staffroom aku?”
“Aku tahulah. Kan ini bekas unversiti aku jugak. Dah singgah
sini, aku jumpa Professor yang pernah ajar aku dulu. Aku tanya some students
yang cross path with me. Wow bro. Terkenal jugak kau, walaupun dah jadi Professor.
Masih jadi perbualan orang ramai. Aku teringat pulak zaman kita sekolah
menengah dulu.”
“Tengok empunya namalah. Haha. Jomlah. Kita berbual kat
kafe seberang jalan tu. Kebetulan aku tak ada kelas petang ni. My treat
today.”





0 comments:
Post a Comment