BAB 5
Satu kerja dah siap, satu lagi yang datang. Itu dikira okeylah jugak. Tapi kes aku ni, satu kerja belum siap, ditambah satu lagi kerja. Aduh… bos ni, nak bagi kerja tu cubalah satu-satu, ini tak, dia nak bagi kesemuanya sekaligus. Dia ingat aku ni robot apa! Astaghfirullahal’azim… megutuk bos pulak aku ni. Nanti kerja tak berkat baru tau.
“Hoii!” aku tersedar dari lamunan ku apabila ada orang menyergah ku dari belakang. Ku urut-urut dada ku.
Lalu ku pandang pengejut yang ‘tak bertauliah’ dengan pandangan yang tajam. “Apa kau ni!” marah ku.
Zaliha ketawa. “Lawaklah muka kau bila kau terkejut,” dia makin galak ketawa lagi.
“Hush! Diamlah, nanti bos dengar nanti dia fikir kite ni curi tulang pulak. Tak tentu pasal gaji kita dipotong baru tahu,” kataku dalam nada separuh berbisik.
“Don’t worry. Encik Syukri isn’t here. He’s out dari pukul 10.30 pagi tadi lagi.”
“Yang awak ke sini ada apa? Ada hajat ke? Kalau ada hajat pun cubalah ‘ketuk pintu dan beri salam.’ Ni tak, ‘jerit orang, gugur jantung, nanti mati akibat lemah jantung’ macam mana? Nanti ada artikel kat surat khabar tu, frontpage lagi: ‘SEORANG PEKERJA MATI MENGEJUT AKIBAT LEMAH JANTUNG APABILA DISERGAH OLEH KAWAN SEPEKERJANYA.’ Awak nak bertanggunugjawab?” Tanya ku sambil mengangkat kening.
Zaliha mencebik. “Hish sini mana ada pintu. Kau tau tak, pejabat kita ni yang hanya ada bilik alias ada pintu tu bos aje. Takkan aku nak ketuk pintu bos pulak if aku ada hajat sama kau. Nanti dia perasan pulak.”
“Alasan je tu. Maksud aku ketuk pitntu tu tak bermaksud pintu sebenar. Aku guna ketuk pintu dalam bahasa kiasan aje. Ni, pendinding antara satu meja dengan meja lain kan ada, ketuklah yang itu.”
“Hish, kenapalah kau ni tak jadi lecturer bahasa melayu je ye?” katanya lagi.
Aku hanya tergelak kecil. “Wahai Cik Zaliha, kau belum lagi jawab soalan aku: apa hajat kau ke sini?”
“Aku nak ajak kau makanlah, apalagi.”
“Aiyooo, it’s still early maa…”
“Early kepala otak kau! Ni dah nak dekat 12.30 tengah hari.”
Ku lihat jam ditangan. Eh! Betulla! Tadi baru je pukul 9 pagi sekarang sudah tengah hari. Wah… cepatnya masa berlalu. Patutlah perut ku bergema lagu yang sedap untuk di dengar.“Betulla! Sorry, sorry. Aku tak sedar tadi. Jomlah. Dah lewat ni. Nanti tak sempat nak makan lagi.” Zaliha membuntuti ku dari belakang.
Setelah makanan yang dipesan sampai, aku pun apalagi, masukkan makanan tu kat mulut lah. Nanti kalau lambat-lambat, gastric jadinya. Hey… tak nak aku nak minum ubat. Dah lapar sangat. Dah kan aku tak makan sarapan tadi gara-gara aku terakhir bangun. Dan aku terakhir bangun pasal apa? Kerana aku hendak menyelesaikan kerja yang diberi. Kerja apa? Kerja men-summarise kan ke 10 report yang tebal-tebal belaka. Siapa yang beri kerja tu? Bos aku yang beri. Siapa namanya? Encik Syukri bin…bin…bin… bin apa ye? Tak ingat pulak. Ish! Yang aku nak ingatkan nama penuh dia apesal? Nak jadi calon suami ke? Hah? Suami? No way! A big BIG NO WAY! Siape juga yang nak kahwin dengan bapak singa macam dia tu. Sudahlah panas baran, pemarah… ish ish ish
“Yang kau asyik geleng-geleng kepala dari tadi ni kenapa?” Zaliha menyoal ku. Aku mendongak dan memandangnya.
“Bila pulak aku geleng-geleng?”
“Tu…” dan dengan itu baru aku perasan rupanya aku masih menggelengkan kepala walau semasa aku bercakap dengan Zaliha. Hish,apasal aku asyik tergeleng-geleng ni? Ada peyakit ‘angguk-angguk,geleng-geleng’ke? Aduh, buang tabiat agaknya aku ni.
Aku tergelak kecil. “Saje, nak buat exercise kepala. Melengangkan otot-otot dan urut saraf yang ada dekat leher ni.” Aku mulakan kembali gelengan kepala ku.
“Ada-ada saja lah kau ni. Sudah, sudah. Stop menggeleng. Nanti orang liat, mereka ingat kau ni gila. Aku juga yang malu.”
“Eleh, kau beritahu lah kat mereka yang aku ni cume exercise kepala je…” jawab ku selamba.
“Siape jugak nak exercise kepala time tengah makan macam ni. Yang tersedak kau jugak, bukan aku,” hmmm, ape-ape jelah wahai kawanku. Aku tahu kau tu tak nak kalah. Tak apelah, asalkan kau bahagia.
“Daripada kau sakit kepala untuk memikirkan gelengan aku ni, lebih baik kau habiskan nasi kau tu. Aku pun dah habis ni, tinggal sedut milo sejuk ni je lagi,” kataku lalu menyedut sisa-sisa milo yang ada di dalam gelas ku itu.
Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus sahaja meneruskan suapannya yang terbengkalai sebentar tadi.
Sementara menunggu driverku a.k.a kawanku, Zaliha, aku melilaukan mataku ke luar. Melihat manusia-manusia, lelaki dan perempuan dari berbagai kaum, bangsa dan agama yang sedang berjalan melintasi kereta ini. Macam-macam aksi mereka ku perhatikan: ada seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana gula-gulanya jatuh, ada yang berjalan menyendiri, ada yang berjalan menggunakan baju beruniform, polis pun ada jugak, nenek dan keluarga juga ada dan yang lebih dahsyatnya lagi ialah, seorang lelaki dan seorang perempuan yang dalam lingkungan masih remaja lagi berpegangan tangan depan public. Entah muhrim ke tak, suami isteri ke bukan. Aku pun tak tahu, ish ish ish.
Dan kemudiannya, aku ternampak seorang wanita yang sedang dalam bahaya…





0 comments:
Post a Comment