BAB 9
Mulutku terlopong. Isteri? ISTERI?! Isteri dia, dia kata? Amboi-amboi. Sedapnya mulut. Nak ditambah lada tak ni mulutnya ni. Naik geram aku jadinya.
Tapi sebelum ku sempat memarahinya, satu idea yang cukup bernas singgah ke benak fikiran ku. Aku tersenyum nakal.
“Eyh, abang?” tanya ku dengan lembut, pura-pura terperanjat. Lalu ku mendekatinya dan ku salam tangannya meninggalkan Farid yang bermuka pucat yang sedang berdiri bertepatan dihadapan dengan meja kerja ku.
“Abang buat apa kat sini? Abang dah makan?” tanyaku penuh perihatin.
Seakan mengerti, ‘suami’ ku pun menjawab, “Abang ada hal tadi sekejap. Sayang dah makan ke belum ni? Ingat nak ajak isteri kesayangan abang ni makan tengah hari.”
“Suami kesayangan Ana ni lapar ek? Jomlah,” aku terus mengajaknya sambil memaut lengannya. Aduh. Terlebih gedik pulak aku ni. Ugh!
Tapi langkah ku terhenti apabila ‘suami’ ku berpaling ke belakang dan melihat ke arah Farid, “Saya ada hal nak cakap dengan awak regarding my lovely wife. You should come and join us.” Wah, bukan main tegas lagi dia bercakap.
Farid menelan liur. Gulp. ‘Matilah aku ni! Pasti aku kena belasah oleh suami Ana ni.’ Mahu tidak mahu, Farid mengikuti pasangan dua merpati sejoli di hadapannya dengan langkah yang pasrah.
Ooohh.. aku tahu rancangan dia ni. Aku pun nak jugak lah! Aku tak mahu kalah. “abang nak makan apa?” dia tersenyum sahaja melihat ku tanpa memperdulikan pertanyaan ku, “Dik, bagi nasi goreng kampong satu dengan teh tarik halia satu ye.”
Aku, ‘suami’ku dan pelayan tersebut berpaling ke arah Farid, menantinya untuk memberitahu menu yan hendak dia makan. ‘suami’ ku memandangnya tajam. Farid menelan liur. “Er…er… beri saya mee goreng biasa dengan teh tarik satu.”
Hahaha! Lawak. Lawak sangat! Kalau boleh, nak saja aku ni gelak sangat-sangat. Tapi bukan sekarang ni. Masa ni masih ada shooting drama yang terhangat di pasaran sedang dijalankan yang dilakonkan oleh, tidak lain dan tidak bukan aku sendiri.
“Macam mana abang boleh masuk kat pejabat Ana tadi?” aku bertanya. Aku sememangnya kehairanan tentang cara dia masuk dengan senangnya ke dalam ofis sedangkan ofis ku adalah bahagian di mana yang dibenarkan masuk hanyalah karyawan sahaja.
“Ohh… itu. Abang kenal dengan security guard tu. Abang beri alasan jelah yang isteri abang sedang menanti. Tengah sakit, sarat mengandung.”
“Sarat apanya? Kempis je ni perut Ana ni.”
“Me…me… mengandung?” Farid yangbisu dari tadi, akhirnya keluar jugak suaranya.
“Ye, mengandung. Kau ada masalah ke?” tanya ‘suami’ku kasar.
“T…tak.” Dilarikan padangannya dari kami berdua. Gagap betullah Farid ni. Takut lah tu.
“Sudah-sudahlah tu bang. Bukan main takut lagi Farid tu dengan abang,” kataku, ingin menyudahkan lakonan kami.
“Yelah kan. Abang pun dah penat berlakon ni,” ujarnya setuju.
Farid sudah mula mengangkat kening, kehairanan. ‘Lakonan apa yang dorang maksudkan ni? Aku tak fahamlah.’
“Awak Farid bin Omar kan?” tanya abang Din. Farid mengangguk laju. “Betul kau lah ni!” betul apanye? “Farid si playboy kat sekolah menengah dulu tu kan? Mamat Romeo, betul?” sekarang giliran aku pulak yang berkerut dahi. Apa ni?
“Eh? Macam mana awak tahu? Awak ni siapa sebenarnya?” Farid bertanya.
“Ini aku lah Hafizuddin!”
“Hafizuddin?” dia mengerutkan dahinya, ingin mengingati tuan punya nama tersebut. “ Mamat Cool kat sekolah dulu tu ke? Din ke?” tanya Farid.
Abang Din mengangguk, “Yelah. Aku lah tu.”
“Kau? Apa hubungan kau dengan Ana?”
“Kami suami isteri,” selamba badak sahaja abang Din ni menjawab.
“Bukanlah!” aku mencelah. “Jangan percaya apa yang dia cakap tu! Dia tipu je tu.”
“Tipu? Tipu apa nya? Kamu berdua dok asyik bermesra-mesraan dari tadi. Tipu ke tu?,” sinis pertanyaan Farid.
“Kami suami isteri olok-olok je. Tak nikah pun. Kalau nikah, tak dapat jugak,” kataku.
“Ana nak nikah dengan abang ke?” abang Din nakal bertanya.
“Hish, abang Din ni! Haram nikah tau tak! H.A.R.A.M!!!” sempat lagi ku eja perkataan haram tu.
“Wei, wei. Apa ni?” Farid kebingungan.
“Kenalkan Ana ni anak buah aku. Dan aku ni uncle dia,” beritahu abang Din.
“Macam mana abang tahu?” tanyaku.
“Dari first time Ana cerita kat abang orang yang suka kacau Ana tu. Few days later, abang nampak dia keluar dengan perempuan lain. Lagipun masa tu abang nampak muka dia ni dari jauh, tapi abang tak tegur sebab masa tu abang sibuk sangat.”
“Oh… jadi korang berdua ni tipu aku lah ye! Berlakon, macam tu?” tanya Farid, melihat kami berdua, silih-berganti. Kami mengangguk. “However, I’m impressed by your acting. It’s natural.even aku pelakon nombor satu kat dunia ni pun fikir kamuberdua ni suami isteri yang benar dan sah. Aku pun hampir tak kenal kau lagi, Din. Kau sudah berubah dari penampilan kau. Sebab tulah aku tak berapa nak cam kau.” Dia senyap sekejap. “Kalau kau bukan suami Ana and kalau Ana masih tak ada boyfriend then aku masih ada kesempatan lah tu kan?”
Abang Din pukul kepala Farid dengan pukulan yang ringan. Farid pura-pura kesakitan. “Ana ada boyfriend ke, tak ada boyfriend ke, kau duli apa? Dari dulu sampai sekarang kesempatan kau tu dah hilang,” abang Din member jawapan.
“La… kenapa pulak?” tanya Farid.
“Kau ni! 10 tahun aku tak jumpa kau, perangai kau masih sama jugak. Dasar Mamat Romeo. Hah! Padanlah nama tu kat kau. Kata suka, kata cinta tapi di belakang Ana bermesra-mesraan dengan perempuan lain. Aku tak kan beri Ana kesayangan aku yang tulus dan pulus ni sembarangan dekat orang lain tau tak!”
Terusik hatiku tatkala abang Din cakap macam tu. Wah! Terharu! Nak mengalir saja air mataku ketika ini. Sejak bila abang Din pandai berkata macam ni?
“Jangan overprotective sangatlah dengan anak buah kau. Bagi je kat aku,” sudah kantoi masih saja si Farid ni berkata.
“Yes, dia masih single. Tapi dia tak available seperti mana yang kau harapkan. Dia dah ada calon,” tenang sahaja abang Din memberitahu.
“Betul ke ni, Ana?” Farid bertanya.
Aku berfikir sejenak lalu aku mengangguk.





0 comments:
Post a Comment