Bab 2
Dia menghirup udara segar di Malaysia. Inilah pertama kali
dia menjejakkan kakinya setelah 4 tahun menuntut ilmu di negeri orang. Dia
melihat keadaan di sekelilingnya. Tak banyak yang berubah. Dia menarik luggagenya
dan menuju ke arah keluarganya yang sedia menantinya dari pukul 9 pagi lagi
tadi. Dia melihat seorang gadis yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Dia
membalas lambaian itu. Dia berlari-lari anak menuju ke arah keluarganya dan
dengan pantas dia memeluk mamanya dan ayahnya erat lalu disalam dan dikucup
tangan mereka berdua. Dia memandang ke arah gadis tadi yang berada di sebelah
kanan ibunya dan dia tersenyum. Gadis
itu membalas senyumannya. Dia menghulurkan tangannya ke gadis tersebut. Gadis
itu menyambut dan menyalam tangan tersebut.
“Dah besar adik abang sekarang,” katanya.
“Mestilah sudah besar. Sudah berapa tahun abang tinggalkan
Negara ni dan tak lihat Wani? Takkan Wani tak besar-besar kot,” Iwani
memuncungkan bibirnya.
“Sudah-sudah. Jom kita balik. Abang Iwan mesti letih duduk
kat kapal terbang tu berjam-jam. Nanti saja kalau nak gaduh,” mamanya, Puan
Khadijah mencelah. Irwan yang baru balik dari UK, anak lelaki keduanya dan
Iwani anak perempuannya yang bongsu memang selalu bergaduh jikalau berjumpa.
Memang tabiat mereka sejak kecil lagi. Tapi mereka bergaduh, hanya gaduh
kecil-kecil aje. Gaduh-gaduh manjalah katakan.
Irwan atau juga dipanggil sebagai Iwan oleh keluarganya itu
hanya menurut kerana dia memang benar-benar keletihan.
***
Dia menghempaskan badannya di atas katil empuk miliknya
bercadarkan warna coklat dengan aneka ragam bentuk berwarna hijau. Dia
memejamkan mata. Akhirnya dia dapat jugak berbaring setelah lama duduk di dalam
kapal terbang dan di dalam kereta menuju ke rumah bertingkat dua ini. Dapatlah
jugak dia melepaskan lelah stelah lama bertungkus lumus menyelesaikan PhDnya di
negeri orang. Tetapi itu hanya sementara kerana selepas ini dia harus bekerja
menyara hidupnya. Perjalanan hidupnya masih pajang. Entah bila, dia sendiri pun
tidak sedar, dia pun tertidur.
Pada masa yang sama di rumah besar bertingkat dua itu, Wani
menghentakkan kakinya. “Abang Iwan ni! Katanya ada souvenir tapi sampai
sekarang Wani tunggu dia tak turun-turun pulak. Jangan-jangan dia sudah buat
taik mata kot dalam bilik dia tu,” protes Wani tanda tidak puas hati.
Puan Khadijah yang hendak menuju ke dapur terdengar
kata-kata anak bongsunya itu. “Sabar jelah. Nanti tengah hari bangunlah abang
Wani tu. Kan dia tengah letih sekarang ni. Ha, Wani tak ada homework ke? Tadi
Wani protes kat mama yang Wani ada homework
banyak. Baik Wani siapkan daripada menunggu souvenir Iwan. Tak jugak
membuang masa.”
Wani mengangguk dengan muka yang masih tidak puas hati. Wani
pun masuk ke dalam biliknya untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh mamanya.
Irwan terbangun kerana terasa perutnya kosong kelaparan. Dia
melihat jam dinding dan tertera pukul 12 tengah hari. ‘Patutlah aku terasa
lapar. Memang sudah waktu makan rupanya. Pintar jugak perut aku ni ek,’ katanya
di dalam hati. Dia lantas bangun lalu duduk, ingin menghilangkan rasa
mengantuknya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia mengerutkan dahinya.
Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Lalu dia menggosok-gosok
matanya beberapa kali. ‘Ah. Mungkin sebab aku masih mengantuk kot.’ Setelah
selesai dia membuka matanya kembali. Masih sama. Lantas dia bangun dan menyelak
langsir dan melihat ke luar tingkap. ‘Wush! Terang benderangnya. Panas terik
matahari.’ Dia menghalakan pandangannya ke kiri lalu ke kanan lalu ke kiri
semula melalui tingkap tersebut. ‘Aku macam kenal pemandangan ini. Tapi…’ Dia
masih belum ingat.
Dia melangkah dan keluar dari bilik tersebut yang agak
berlainan dengan bilik yang didiaminya selama ini melalui pintu bercat kelabu
itu. Dan dengan itu dia terberhenti dari bergerak setelah melihat adiknya, Wani
melintas di hadapannya.
Dia menepuk dahinya dengan telapak tangannya lalu tersenyum.
Sekarang baru dia teringat. Diakan sudah pulang ke tanah air, ke negerinya
Malaysia. ‘Hish, macam mana aku boleh lupa ni.’ Dia menggelengkan-gelengkan
kepalanya dengan senyuman yang masih kekal di bibirnya.
“Yang abang tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa?”
lancar saja soalan itu keluar dari mulut Iwani. Iwani mengerutkan dahinya
kehairanan. ‘Abang aku ni kenapa? Macam orang gila lagaknya. Tersenyum-senyum
kemudian geleng-geleng. Apalah.’ “Souvenir Wani mana?”
“Souvenir aje dia ingat. Sabar sikit tak boleh ke? Karanglah
abang bagi,” Irwan membalas.
“Sabar-sabar. Sabar Wani dah habis. Wani dah tunggu abang
Iwan dua jam tau. Penat Wani tunggu!”
“Hish, sabar kejap lagilah. Lepas Zohor nanti abang bagi.
Okey?”
Wani mencebik, “Yelah yelah.”
***
Puan Khadijah tersenyum kelegaan apabila melihat anak
keduanya itu makan dengan penuh berselera. Empat tahun di negeri orang, sedikit
sebanyak membawakan perubahan terhadap diri Irwan secara fisik. Makin sasa dan
kacak. Dia bangga mempunyai anak seperti Irwan kerana tidak lelah untuk
menuntut ilmu tinggi-tinggi. Ilmu dunia dikejar,dia berharap ilmu akhirat masih
kekal di dalam diri Irwan. Walau setinggi dan seluas manapun seseorang itu
menuntut ilmu, ilmu agama juga harus seimbang.
“Sudah-sudahlah ditenung si Iwan tu, Jah oi. Nasi awak pun
dah nak menangis tu sebab awak tak lagi makan diorang,” En. Yussof menegur
isterinya. Dia tahu bahawa isterinya itu merindui Irwan walaupun anaknya itu
sekarang sudah berada di hadapannya kini.
Terhenti makanan Irwan. “Lah… Mama ni belum makan lagi ke?
Makanlah. Kenapa tengok muka Iwan pulak? Muka Iwan mana ada nasi, tak beri
kenyang pun,” ujar Irwan.
“Ada-ada jelah kamu ni, Wan. Yelah. Mama makanlah ni,” Puan
Khadijah akur.
“Lepas ni Iwan nak buat apa? Dah nak mula kerja ke?”
ayahnya, En. Yussof bertanya.
Irwan menggeleng. “Taklah, ayah. Iwan kena beri peluang
untuk berehat selama satu minggu aje. Lepas tu, Iwan kerja lah.”
“Sudah dapat tawaran kerja ke?” En. Yussof bertanya lagi.
Irwan mengangguk. “Sebagai apa?”
“Entahlah. Iwan belum buka lagi surat kerja tu. Tapi ada cop
dari Kementerian Pendidikan,” beritahu Irwan. Ayahnya hanya mengangguk.
“Abang Iwan, jangan lupa souvenir Wani tau,” Iwani mencelah.





0 comments:
Post a Comment