BAB 3
“Assalamualaikum. Ana dah balik.”
“Waalaikumussalam,” jawab ayahku. Ku salam tangan ayah.
“Emak mana yah?” tanyaku.
“Tu, kat dapur tu hah. Tengah memasaklah agaknye.” Aku hanya mengangguk lalu terus pergi ke dapur.
“Assalamualaikum mak.”
“E'eh, waalaikumussalam. Dah balik rupanya anak mak ni. Tak sedar pulak.” Emak ku menyerahkan tangannya dan aku menyalaminya.
“Baru aje Ana balik. Mak tengah masak apa tu?”
“Ni, masak ayam penyet ni ha. Sekali sekala lah kan.”
Aku tersenyum. “Oh ye mak. Adik kesayangan mak tu ada kirim salam kat mak tadi. Dan dia baru saje SMS Ana, katanya nak bermalam kat sini.”
“Hmm.. eloklah tu. bila Ana jumpa? Mesti dia buat hal ek?”
“Ekhem!” aku terdengar seseorang berdehem. Ku toleh ke belakang.
“Abang Din! Cepatnya sampai. Ana fikir, malam ni baru abang nak ke mari.” Ujarku setelah melihat abang Din yang berdiri bersandar dekat pintu dapur yang kini sudah berpeluk tubuh. Baru dicakapkan tentangnya, sekarang orangnya sendiri dah datang.
“Nak kutuk abang lah tu,” abang Din sudah mecebik birbirnya.
“Mana ada Ana kutuk abang. Ana cume bagitau mak je…” Aku membela diri.
“Memang betul pun. Kau ni datang sini mesti ada hal besar. Ya kan?” emak ku memandang tajam ke arah abang Din. Entahlah masalah apa yang mak maksudkan. Setahu aku, abang Din bukan jenis yang suka membuat masalah.
“Takde lah Kak. Akak ni, sikit-sikit Din datang sini mesti cakap Din ada masalah besarlah apalah. Tak bolehke Din datang sini? Nanti Din tak datang sini berminggu-minggu, berbuan-bulan, bertahun-tahun, baru akak tahu. akak juge yang rindu dengan Din, kan? Nanti, kalau Din dah tak jenguk akak lagi, nanti siapa pulak nak tolong tengok-tengokkan anak kesayangan akak ni,” ujarnya panjang dalam nada bergurau lalu mencebikkan bibir. Ha, merajuklah tu. Mukanya sudah mulai memasam. Aku dapat bacalah abang Din! Kau tu berlakon je. Tak payahlah nak buat muka macam tu.
“Ish, kau ni Din! Dah tua besar, masih nak merajuk. macam budak-budak! Ingatlah diri tu oii..” emakku melabuhkan ayam kedalam kuali yang panas. Mak memang dah masak dengan perangai abang Din. Mak tahu dan aku juga tahu bahawa abang Din bukanlah jenis pemarah. Marah dalam bergurau. Kalau marah pun kalau masalah serius saja. Abang Din ni happy-go-lucky!
“Alaa~ Kak long ni! Manalah tua sangat. Baru 28 tahun tau!”
“Muda konon. Umur dah nak mencecah kepala 3 tapi kawin pun belum. Bujang telajaklah agaknye,” Ujar emakku.
“Girlfriend pun takde macam mana nak kawin. Belum lagi jumpa yang sesuai lah kak. Kalau kak long nak bagi anak dara kak long yang sorang ni, malam ni pun Din sangup masuk meminang.” Abang Din mengeyitkan matanya padaku.
Emak mencubit lengan kiri abang Din, “Ingatlah sikit oii. Ana ni siape? Ana ni anak buah awak. Awak tu uncle dia. Ada hati pulak nak kawin dengan anak buah sendiri. Mana boleh kawin!”
“Hish kak Long ni! Din masih ingatlah tentang hukum-hakam agama ni. Serius pulak dia. Orang main-main je lah… begurau pun tak boleh.” Abang Din meninggalkan dapur.
Aku tergelak kecil melihat telatah kedua beradik ini. Ya! Sesungguhnya, mak dan abang Din adalah adik-beradik. Mak adalah anak pertama dan abang Din pulang yang paling bongsu. Umur abang Din taklah jauh sangat dari aku cume beza 4 tahun je. Tulah, nak panggil uncle abang Din tak suruh. Katanya macamlah dia tu tua sangat sampai aku panggil dia macam tu. Tapi aku protes. Kataku dia itu adalah adik kepada mak, so aku sepatutnya panggil dia uncle. Tapi abag Din masih berkeras jugak supaya aku tak panggil dia uncle. Lalu dia mencadangkan aku untuk memanggilnya abang. Mula-mula tu memanglah agak jangkal rasanya panggil dia abang. Sudahlah aku ni anak tuggal, tak ada abang, manalah aku pernah panggil seseorang dengan panggilan abang. Tapi lama-kelamaan biasa jugak. Masa pertama kali aku memanggilnya abnag di depan mak, sebenarnya mak tak suka. Akhirnya mak tak ambil kisah. Sama jugak ceritanya dengan adik-beradik mak yang lain.
Dan memang betul, abang Din selalu menjenguk aku yang bekerja kat KL. Sekali sekala aku ada jugak balik kat kampong contohnya hari ini. Aku balik ke kampong biasanya tak bemusim. Datang dan pergi bila-bila masa. Kalau ada projek di luar yang hendak di lawat atau teramatlah sibuk dan banyak kerja, barulah aku duduk kat KL. Tapi seminggu ni, aku free lah sikit kecuali hari ini. Bos aku tu bagi aku kerja banyak sangat. Nasib baik hampir semua dah siap. Abang Din biasanya menjenguk sekali sebulan atau jika dia tidak sibuk atau ada hal darurat macam tengah hari tadi, barulah dia datng nak jumpa dengan lebih kerap. Kami biasanya bertemu kat luar, sekali sekala kat ofis aku. Maklumlah, aku tak nak orang tersalah sangka hubungan mesara aku dengan abang Din ni.
Kebetulan abang Din kerja kat KL sebabtulah mak minta tolong untuk tengok-tengokkan aku. Aku sememangnya tak nak abang Din jaga aku, tengok aku. Tapi mak ni yang paksa. Aku ni dah besar panjang tapi masih jugak kena jaga, macam budak-budak lah pulak. Bukannya aku ni tak pandai jaga diri pun sampai-sampai hendak di jenguk sekali sekala. Aku bukan budak liar lah! Haiii…nak buat macam mana.
Abang Din mempunyai rumah sewa sementara dan mak suruh aku untuk tinggal bersamanya. Lebih aman katanya. Taklah abang Din susah-susah nak jenguk aku sebulan sekali ke apa ke kat ofis aku. Dah tiap-tiap hari jumpa depan mata. Ish, tak naklah! Nanti kalau kawan aku Nampak nanti dorang pikir aku sudah mempunyai suami pulak. Lagipun tinggal berdua dalam satu rumah tak manis lah pulak dipandang orang. Walaupun haram berkahwin tetapi syaitan nak goda bukannya kira haram ke tak, betul tak?
Akhirnya aku memutuskan untuk menumpang di sebuah rumah sewa yang tidak begitu jauh dari pejabatku dengan beberapa orang kawan yang cukup aku kenali.
“Mak, Ana naik dulu,ek. Nak mandi,” aku senyum lalu berlalu naik.
Mengapa kau ada : Bab 3
Labels:
Mengapa kau ada?
- Saturday, March 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment