Bab 1
“Hoi!” sergahnya tiba-tiba. Harith yang asyik menjamu selera
di kantin unversitinya itu tersedak. Dengan pantas dia menghulurkan secawan air
milo yang memang berada di atas meja itu kepada Harith. Harith yang sedang menepuk-nepuk
dadanya akibat tersedak menyambut huluran yang diberikan dan dengan rakus dia
meminumnya. Setelah terasa bahawa sekarang tekaknya sudah reda, dia menjeling tajam kepada orang
yang menyergahnya.
“Apa hoi hoi? Tak reti nak beri salam ke?” marah Harith.
Lebih geram lagi apabila orang yang menyergahnya itu sedang asyik
mentertawakannya.
“Lawaklah muka kau, Rith! Habis merah muka kau! Hahaha,” tanpa
riak bersalah, dia terus tertawa.
“Ha-ha-ha,” Harith ketawa secara tidak ikhlas. “Tak padanlah
dengan kau. Perempuan aje, tapi ketawa, satu kantin boleh dengar. Tak sopan
langsung.”
“Hish kau ni, sikit-sikit perempuan, banyak-banyak perempuan
jugak. Tak habis-habis nak komen tentang etika aku ni sebagai seorang perempuan,”
protesnya.
“Aku bukanya nak komen, aku bagi nasihat aje. Betul apa yang
aku cakap ni; kalau rasa diri tu perempuan bersikaplah keperempuanan. Ini,
pakai jean apa segala, dah macam lelaki pun ada jugak aku tengok. Nasib kau tu
pakai tudung kalau tak pasti orang fikir kau ni lelaki sungguhan.”
“Ceh,” dia mencebik, “tahulah si Amirah tu pakai baju
kurung, sifat pun lembut. Kau janganlah samakan buah hati kau tu degan aku.
Mana sama!”
“Ha. Yang kau datang ni kenapa?” soal Harith, ingin mengubah
topik. Tak nak dia lama-lama dia bercakap tentang Amirah, nanti tak habis-habis
kawan baik dia yang berada di hadapannya kini mengusiknya.
“Oh ye! Nasib baik kau ingatkan. Sedikit lagi aku lupa. Em…
Aku nak confirmkan tentang study group kita pukul 2 ni. Kau datang tak?”
“Mestilah aku datang, Nurin. Tak kan tak datang pulak,”
jawab Harith.
Kawan baik Harith yang bernama Nurin ini tersenyum nakal
melihat ketekunan Harith menjawab soalannya.”Kau bukannya apakan. Saja datang
sebab kau tahu buah hati kau datang jugak.” Sengaja Nurin ingin mengusiknya.
Harith tersedak buat kesekian kalinya. ‘Dia tahulah pulak.
Kantoi!’ “Sikit-sikit buah hati. Kau ni!” Dia memandang Nurin.
“Yelah, buah hati. Bukan aku tak tau yang kau tu syok kat
dia. Dari awal tahun kita kat sini lagi. Aku kenal kau dah lama. Bila lagi kau nak
tackle dia, bro?” Memang dirinya dan kawan baiknya, Harith sudah lama kenal itu
kerana mereka dari kelas dan sekolah menengah yang sama. Dulu di sekolah
menengah pun Harith pernah ada hati jugak dekat seseorang tetapi Harith tidak
bertindak sama sekali walaupun setelah mengetahui bahawa perempuan itu jugak
menyukai Harith. Nurin bertanya kenapa mereka tidak couple sahaja, jawab Harith
ialah kerana mereka masih muda remaja. Masih awal jika nak bermadu asmara.
Lagipun kalau orang bermadu kasih ni, selalunya berdua-duaan kalau dating. Itu
yang dia tak nak. Kerana jika seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duan,
akan ada orang ketiga. Itu yang bahaya. Tapi sekarang Harith sudah pun berada
di universiti, sudah dewasa. Bukankah waktu di universiti ini adalah masanya
untuk mencari pasangan hidup? Nurin sendiri pun tak tahu cara permikiran
Harith. ‘Apa-apa jelah kawan…’
“Aku kan lelaki. Senang aje; beri surat cinta ke, beri bunga
ke, beri coklat ke. Aku dapatlah. Kau tu yang aku risaukan. Sudahlah serius semacam.
Orang lelaki pun payah nak cuba dekati kau. Apa orang kata, jinak-jinak
merpati? Hah, padanlah peribahasa tu dengan kau. Kau tu bila nak berubah? Cuba
pakai baju kurung ke ape ke. Kan elok. Kalau aku kau suruh tackle perempuan.
Kalau kau sampai bila-bila pun tak kan dapat boyfriend sebab mereka takut
dengan orang yang serius macam kau ni.”
‘Sejak bila pulak bertukar topic tentang aku ni?’ protes
Nurin di dalam hati. “Mereka takut aku sebab aku serius?” tanya Nurin,jari
telunjuknya di tujukan ke mukanya. “Kalau mereka takut dan susah nak kawan
dengan aku kenapa kau tak takut dengan aku? Kenapa kau senang-senang je jadi
kawan aku? Merepeklah mereka ni.”
“Aku kenal kau dah lama. Lagipun, dengan aku kau tunjuk a
different side of you. Happy, fun. Tapi kalau sama mereka, kau tunjukkan the
serious side.”
“Lah, ye ke? Aku rasa, mood aku dengan kau dan dengan mereka
sama aje pun. tak de yang lainnya.”
“Yelah. Kau aje yang tak perasan. Oh ye, kau tak ada kelas
ke awal ni?” tanya Harith.
Nurin melihat jam ditangannya. Lalu dia menggeleng. “Tak.
Okeylah. Aku nak ke library dulu, aku booking tempat untuk kita study group
nanti.” Setelah melihat anggukan dari Harith, dia pantas berlalu dari situ.
***
“Aku dengar Teacher Rina nak move kat university lain,” Azri
memulakan bicara sementara menunggu kawan-kawannya yang lain untuk datang ke
study group itu.
“Betul ke ni? Dari mana kau dengar ni, Azri?” tanya Harith. Dr.
Rina adalah salah satu cikgu alias pegajar favouritenya kerana baginya cikgu
itu baik dan apa sahaja yang beliau ajarkan, akan mudah masuk ke kepala. Apatah
lagi cikgunya itu cool dan sporting. Tak pressure sangat dalam bahagian
kerja-kerja yang diberikan. Tapi dengan mendengar bahawa cikgunya yang satu itu
hendak berpindah membuatkannya sedih.
“Top secret. Aku tak nak bagitahu. Tapi itu yang aku
dengar,” jawab Azri. Azri adalah rakan yang rapat dengan Harith. Begitu juga
dengan Nurin. Tetapi rapatnya dengan Nurin tidaklah serapat Nurin dengan
Harith. Dia pernah cuba merapati Nurin tetapi Nurin bagaikan membina dinding antara
mereka seakan-akan tidak ingin dirinya dari bergaul rapat dengan lelaki lain
selain Harith. Walaupun mereka sudah rapat sekarang ini tetapi dia masih terasa
bahawa dia masih belum cukup mengenali Nurin yang sebenar, masih terasa jauh.
“Rancaknya korang bercerita. Sampai hati korang tak tunggu
aku,” Amirah mencelah. Amirah yang baru datang terus sahaja duduk mengambil
tempat sebelah Nurin. Dia meletakkan buku-buku yang telah disediakannya untuk
belajar ke atas meja. Lalu dia melihat kedua-dua
jejaka dihadapannya. “Korang cerita tentang apa?”
“T..Tentang Dr. Rina,” Harith menjawab. ‘Aduh. Kenapa aku
gagap pulak ni,’ Harith berkata di dalam hati. Gagap jadinya apabila Amirah
memandang tepat ke matanya.
Nurin tertawa kecil. Dia tahu kenapa Harith menjadi gagap
seperti ini. Dia sudah masak dengan perangai Harith yang tiba-tiba sahaja gagap
kalau Amirah berada dekat dengannya. Lalu Nurin memberitahu Amirah tentang apa
yang Harith dan Azri sedang ceritakan.
“Aku ada jugak dengar tentang berita tu. Betul ke?” Amirah
bertanya setelah Nurin selesai bercerita kepadanya.
“Aku dengar Teacher Rina akan move minggu depan,” Azri
memberitahu.
“Kalau betul siapa agaknya yang akan mengganti Dr. Rina ye?
Aku harap pengganti Dr. Rina tu pun best jugak macam Dr. Rina,” luah Harith.
“Kita tengok sajalah minggu depan,” ujar Nurin. “Daripada
memikirkan tentang Dr. Rina kenapa kita tak mulakan saja study group kita ini?
We’ve wasted 10 minutes on this matter,” cadang Nurin.
“Yelah yelah, Nurin,”
Harith juga memang masak dengan perangai Nurin yang tidak suka membazir masa
dengan sesuatu yang tidak begitu penting baginya. Nurin adalah seorang yang komited dan selalu
tepat masa. Kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Dan dengan itu mereka memulakan pembelajaran mereka.





0 comments:
Post a Comment