Mengapa kau ada : Bab 1

BAB 1
Aku duduk di restoran mamak untuk lunch bersama-sama dengan rakan sepekerjaan ku. Kami memesan makanan. Setelah pelayan itu pergi , kami semua berborak, meghilangkan tension. Tak lama selepas itu handphone ku berdering. Aku menjawabnya.

“Hello Ana. Ana kat mana ni?” aku terdengar abang Din bercakap.

“Waalaikumussalam…”

“Hish Ana ni. Time-time macam ni jugak dia nak perli. Yelah yelah, Assalamualaikum,” cakapnya dengan nada yang tidak berpuas hati. Aku dapat bayangkan, pasti mulutnya tengah mencebik ni.

“Waalaikumussalam, abang Din? Apahal abang Din telefon? Ini mesti adahal ni..”

“Ana kat mana?” suaranya terdengar tergesa-gesa.

“Ada apa ni bang? Ana.. Ana ada kat restoran mamak ni, ha. Kenapa bang?”

“Restoran depan bangunan kuning tu kan? Dekat dengan tempat kerja Ana, betul?”

“Ye, betul…”

“Abang ada kat restoran mamak ni. Mana Ana duduk?”

“Hah?” Suara ku yang meninggi membuatkan kawan-kawan melihatku. Tapi tidak ku hiraukan pandangan mereka itu. Aku terus saja mencari kelibat abang Din.

“Sini, sini. Tengoklah,” aku bercakap dengannya melalui telefon setelah ku melihatnya. Ku lambaikan tangan ku. Dia ternampak lalu terus saja dia pergi ke arah ku.

Ku matikan telefonku. “Kenapa ni bang?” aku bertanya risau setelah melihat mukanya yang agak panik itu. “Muka macam dikejar anjing saja. Abang ke mari ni mesti adahal darurat.”

“Abang adahal darurat. Darurat sangat. Teramat darurat,” akhirnya abang Din berkata sambil menarik tanganku ke tempat meja makan lain yang agak sedikit jauh dari teman-temanku setelah tersedar yang teman-temanku sedang memerhatikan kami berdua dengan senyuman nakal.

Setelah duduk, aku kerutkan dahi ku. “Ada apa bang? Cakaplah,” aku tanya sekali lagi. Seorang pelayan datang ke meja kami. Aku memesan mi goreng dan teh tarik untuk abang Din. Zaliha datang ke mejaku dengan membawakan makanan yang telah ku pesan tadi. “Eh, susah-susah aje bawak makanan ni kemari. Terima kasih, ye,” kataku sambil tersenyum.

Zaliha memberi nota kepadaku : Sapa tu? Kita-kita tertanya-tanya lah pulak dengan orang yang ada dengan kau tu? Bf kau ke?

Aku tersenyum sambil menggeleng-geleng. Hmmm..ada-ada saja sangkaan kawan aku ni. Ini pun nak bernota-nota. Macam tak dapat tunggu nanti saja untuk bertanya. Ish ish ish. “Bukanlah. Nantilah aku cerita.” Seakan faham, Zaliha terus beredar dari situ.

Aku pun mula makan. “Alaa… Ana ni, bukannya nak hiraukan abang, makanlah pulak dia.”
“Lapar, tadi tak sempat breakfast,” kataku. “Lagipun, Ana dah bertanya berkali-kali tapi abang yang tak jawab.” Aku mencebik. Aku meletakkan sudu dan garpu ku dan merenung abang Din. “Biar Ana teka. Mesti abang kena kejar minah kan?” agak sinis suaraku.

“Lah, macam mana Ana tau? Abang belum bagitau pun.”

Aik? Betul ke? Haha. “Yelah, abang kan hensem mestilah kena kejar. Hmm.. minah mana pulak ni?” aku mengakuinya, abang Din memang kacak.

“Minah yang sama macam hari tu lah.”

“Maria?” tanya ku. Abang Din mengangguk. Aku mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. “Mesti abang masih layan dia kan?”

“E,eh. Mana ada. Abang dah bagitau yang abang ni dah ada girlfriend tapi dia kata dia tak percaya selagi tak jumpa dengan girlfriend abang.”

“Abang, abang. Sudah tau tak ada girlfriend, berani lah pulak nak buat statement macamtu.”

“Abang tak tahan laa. Cemburu satu ofis. Abang jadi tak fokus nak buat kerja. Rimas abang dengan perhatian dia, cara layan dia kat abang,” rintih nya.

Perbualan kami terhenti seketika saat pelayan datang untuk menghidangkan makanan ke atas meja. “Tapi kan, masa tu di restoran, Ana sempat lihat Maria tu. Lawa pun dia. Cantik orangnya, bergaya, seksi lagi tu.
Kenapa abang tak mahu?” aku bertanya.

“Kerana dia cantik tu lah,” ujarnya. Aku angkat keningku. “Seksi sangat. Abang bukannya suka perempuan macamtu, terdedah tak tutup aurat.” hai… abang Din ni, kalaulah lelaki lain suka yang cantik-cantik, ini dia tidak. Entah tak tahulah dia suka type yang macam mana. “Lainlah macam Ana kan. Pakai tudung, cantik pulak tu,” sambungnya. Abang Din tersenyum nakal. Aku mencebik.

“Yelah, yelah Ana faham. Abang saja puji Ana setakat nak minta bantuan kan?” ujarku. Aku memulai makan ku kembali, abang Din pun ikut sama. Aku ternampak abang Din mengangguk.

“Dia tadi ikut abang dari ofis ke mari,” ujar abang Din. Aku membeliakkan mataku, nasib baik saat itu tidak ada nasi di mulutku kalau tidak sudah terhembur tadi kerana terkejut.

“Dia ikut abang?” aku bertanya. Abang Din sekali lagi mengangguk. “Wah.. ini sudah masuk keadaan kritikal ni. Agaknya, cinta matilah dia kat abang sampai-sampai ikut abang kat sini.”

“Pada mulanya abang pergi dari ofis planning nak makan diluar, nak lari dari dia. Tapi tak sangka pulak yang dia ikut abang dengan keretanya sendiri dari belakang. Teruslah abang ke mari minta pertolongan Ana.”

“Tapi mana dia, ya? Dari tadi tak nampak. Tak ada kot,” ujarku sambil melihat ke jam tangan ku, sebentar lagi akan habis waktu lunch.

Raut wajah abang Din berubah. “Tutu. Dia ada.”

Abang Din pun memulakan perlakonannya. Dia berlakon mesra dengan ku sambil memegang tangan ku. Aku hanya membiarkan. Inilah bantuan yang dimaksudkan dengan abang Din. Aku berpura-pura menjadi kekasihnya atau yang seumpamanya. Yelah, nak jadi orang hensem ni susah jugak. Asyik dikejar perempuan sedangkan hati tak suka. Abang Din ni alim sikit. Nak minta bantuan kat kawan, tak ramai kawan perempuan. Minta bantuan kat aku jelah. Lagipun abang Din pun dah banyak membantu aku dulu, so aku merelakan. Lainlah kalau sesetengah lelaki, mesti mereka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

“Ek hem!” abang Din menoleh.

“Eh, Maria! Buat apa kat sini?” abang Din pura-pura terkejut. Aku pun ikut menoleh.

Suara ku tiba-tiba berubah, “Siapa ni bang?” heheh, aku sudah memulakan lakonan ku. Aku dan abang Din berdiri.

“Oh.. ini. Kenalkan ini Maria kawan kerja abang,” ujar abang Din walaupun aku sudah tahu akan hal itu. Aku menyalam Maria.

“Maria,” abang Din kembali bersuara, “kenalkan ini isteri I, Ana namanya.”

Aku cukup terkilan dengan kenyataan abang Din.. Isteri?! Tapi aku cuba untuk menutupinya. Aku terlihat Maria membeliakkan matanya dan mukanya bertukar menjadi merah, mungkin kerana marah atau cemburu. Haha, dah sedondon dengan bajunya yang merah menyala tu ada jugak.

Aku membuat senyuman yang manis kepada Maria. “Sorang je ke? Eh, duduklah.” Aku menjemputnya duduk di tempat duduk ku sedangkan aku beralih untuk duduk di sebelah abang Din.

“Eyh, tak payahlah. I Cuma kebetulan kat sini and I saw Din tadi jadi I tegur lah,” Maria memberikan senyuman yang hambar. Tidak lama dari itu, dia pun pergi.

Aku kerutkan dahi ku kepada abang Din yang tersenyum ceria. “Abang rasa Maria tak kan ganggu abang lagi kerana tahu yang abang ni sudah beristeri.”

“Lah, kenapa isteri? Kan abang bagitahu yang abang ni ada girlfriend… ini, isterilah pulak,” rungut ku.

“Dia dah ternampak kita pegang tangan tadi kan. Lagipun orang mcam Maria ni, tak reti kalau girlfriend aje. Kan dia boleh rebut dan rampas abang dari girlfriend abang. Abang need sesuatu yang kukuh dan itu isteri.”

“Kalau dia bagitau satu ofis tu macam mana? Habis rahsia abang terbongkar nanti..”

“Alaa.. abang tau lah. Abang bagitau saja yang abang baru nikah ke apa ke, senang cerita,” jawabnya acuh tak acuh.

“Mana saja lah. Itu urusan abang bukan urusan Ana,” ujar ku. Aku melihat jam tangan yang ada di tangan. “YA ALLAH!”

“Kenapa ni?” abang Din bertanya.

“Dah habis waktu lunch lah. Abang punya pasal lah ni!”

“E'eh. Abang pulak?”
“Yelah kalau tak sibuk berlakon tadikan makanan Ana dah habis. Ni, sekarang tengok, separuh pun tak habis lagi. Membazir…”

“Ana ni, abang fikir apa tadi. Kalau pasal tu no hal lah. Nanti abang belanja ye,” ucapnya.

“Betul ni?” dia mengangguk. “Okeylah kalau macam tu. Abang, Ana pergi dulu ye. Dah terlambat ni,” aku berdiri lalu meninggalkan abang Din sendiri.

“Kirim salam kat Kak Long,” dia berpesan. Aku cuma mengangguk. Baru ku sedar. Kawan sepejabat aku sudah hilang entah ke mana. Dah balik ke ofis kot. Nasib aku bawak kereta sendiri. Hish, dorang ni! Bukannya reti nak sama-sama. Tapi aku ada masalah yang lebih besar ni! Aku harus menyiapkan otak dan mental ku. Aku pasti kena marah ni.

0 comments:



Post a Comment