Bab 7
Irwan menghempaskan badannya ke atas katil miliknya. Dipejam
sekejap matanya, ingin melepaskan lelah. Tie dileher dilonggarkan. Butang baju
kemeja dibahagian tangan dibuka. Sudah seminggu kini dia bekerja sebagai
pensyarah. Memang penat dan lelah terasa apatah lagi dia mengajar
mahasiswa-mahasiswa yang menuntut ditahun akhir. Kelam kabutlah dia. Terkejar
sana terkejar sini. Sepatutnya dia mengajar penuntut tahun satu di university
tersebut tetapi memandangkan salah seorang guru yang mengajar ditahun empat itu
hendak pindah, mengikut suaminya, dia pula yang menjadi mangsa dan ditarik ke
tahun empat. Nasib dia sudah diberitahu bahawa dia akan mengajar penuntut tahun
empat dengan itu dia dapat bersedia lebih awal sebelum memulakan pengajarannya.
Ketukan dipintu kedengaran menyebabkan matanya yang terpejam
rapat itu terbuka. “Siapa?” tanyanya.
“Iwan, makcik ni,” Makcik Bibah memberitahu. Makcik Bibah
adalah pembantu rumah di rumah bertingkat dua itu yang telah berkhidmat sejak
Irwan masih kecil lagi.
Irwan bangun dari tempat pembaringannya dan melangkah ke
arah pintu biliknya itu. Tombol pintu itu dipulasnya. Seorang wanita tua dalam
lingkungan 50-an berdiri dihadapan biliknya menyapa ruang matanya. “Kenapa ye
makcik Bibah?” tanyanya lembut. Walaupun makcik Bibah ini adalah pembantu rumah
di rumahnya tetapi rasa hormat itu masih ada.
“Puan Khadijah panggil kamu ke bawah untuk makan petang.”
Irwan mengangguk. “Baiklah. Beritahu ibu, Iwan nak solat
Asar dulu. Lepas tu baru Iwan turun.”
Makcik Bibah hanya mengangguk dan kemudian dia turun menuju
ke arah majikannya untuk menyampaikan apa yang diberitahu oleh Irwan.
Setelah lebih kurang 10 minit berlalu, Irwan sampai ke
halaman taman rumahnya. Di situ sudah ada ibu dan ayahnya duduk di kerusi putih
sambil menikmati biskut yang tersedia sekaligus menikmati pemandangan alam
semula jadi. Kebetulan kawasan rumahnya itu adalah kawasan yang paling hujung
sekali. Irwan mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Di ambilnya biskut
chipsmore lalu disuakan ke mulutnya.
“Macam mana kerja?” ayahnya mengutarakan soalan.
“Ok jugaklah. Seronok dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.
Yang tak bestnya tu kalau diajar tapi tak faham-faham. Kalau terjumpa spesis
macam tu memang susah.”
“Sabar jelah. Dah tugasnya sebagai seorang guru dan pengajar,”
ibunya bersuara.
“Abang Iqmal dengan kakak mana ibu, ayah?”
“Masih kat pejabat. Kakak kamu tu sama jugaklah. Dah namanya
dia tu skretari suami dia. Ikut samalah. Takkan dia nak balik dulu kot
tinggalkan abang kamu kat pejabat tu sorang-sorang,” jawab ibunya.
Kakak yang dimaksud adalah akak Azimah iaitu isteri abangnya,
Iqmal. Mereka berkahwin sudah dekat lima tahun lebih. Mereka mempunyai dua
orang anak iaitu seorang lelaki namanya Khairul Ikhwan berumur 4 tahun dan yang
seorang lagi seorang perempuan namanya Kamilah Azizah yang berumur dua tahun,
muda dari abangnya. Khairul dan Kamilah sekarang ini sedang dijaga oleh
babysitter di bilik atas.
“Iwan ingat tak janji Iwan kat ibu dan ayah sebelum Iwan
berangkat ke UK 4 tahun lepas?” Ibunya, Puan Khadijah bertanya. Irwan diam
seketika. Berkerut dahinya. Ingin mengingati janji apakah yang dimaksudkan
ibunya itu. “Jangan beritahu ibu yang Iwan dah lupa janji Iwan.”
Setelah ibunya mengeluarkan amaran tersebut dengan sekejap
mata dia ingat apa yang pernah dijanjikannya 4 tahun dahulu. “Hish. Ingatlah
bu. Takkan lupa kot.”
“Habis tu? Dah ada?”
Dia tersenyum nipis, “Insya-Allah ibu. Insya-Allah Iwan akan
tunaikan janji itu. Tapi berilah Iwan masa. Iwan belum lagi jumpa siapa-siapa.
Kalau jodoh Iwan dah sampai akan Iwan bawa jumpa kat ibu dan ayah nanti.”
Masakan dia lupa janji ‘berani mati’ yang pernah dibuatnya dahulu. Itu pun
darurat sebab ibunya seakan mengugutnya.Ibunya tidak mahu dia kahwin dimasa
umurnya sudah berkepala tiga. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin
ibunya tidak ingin dirinya mempunyai nasib yang sama dengan abangnya yang
berkahwin setelah umur 30.
“Ibu tak nak kamu kahwin dengan orang yang ibu tak suka.”
“Orang yang ibu tak suka? Maksud ibu?”
“Hish, macam Mizzy tu lah. Dah lah tak cukup kain,
terhegeh-hegeh lagi tu. Dah puas ibu nampak dan dah ibu tangkap basah
bersama-sama dengan lelaki lain. Amboi, mesranya bukan main. Tapi masih jugak
tak tahu malu nak kan kamu. Mizzy tu out of the list. Ibu tak nak. Ibu tak
suka.”
Mizzy ni adalah sepupunya yang muda satu tahun saja darinya.
Dulu, Mak Ngah iaitu adik kepada ibunya serta ibu kepada Mizzy alias Mizah
pernah berkata padanya, “Kalau dah tak ada calon, Mizzy pun ada.” Jikalau
ibunya sudah tidak suka, dia sendiri lagi tidak suka. Walaupun Mizzy itu cantik
tetapi in a way dia tidak berapa menyenangi akan tingkah laku sepupunya itu.
“Satu tahun je tau. Kalau setelah satu tahun tu Iwan masih
single, ibu sendiri yang akan carikan isteri untuk kamu nanti,” beritahu ibunya
berbentuk peringatan.
“Ye ye. Ibu tak usah risau, pasti Iwan bawa balik calon menantu
untuk ibu dan ayah nanti.”
Bunyi telefon bimbit Irwan kedengaran menandakan seseorang
menelefonnya. Siapalah agaknya. Irwan mengeluarkan handphonenya dari poket
seluar kanan. Setelah melihat nama yang tertera di skrin handphonenya, dia
menekan tombol hijau lalu menjwab panggilan tersebut.
“Kau ada terima kad jemputan si Danish tak?” pemanggil di
hujung talian bertanya.
“Dapatlah bro. Tak sangka dia dulu yang kahwin dulu daripada
kita. Tapi aku tak kenal bakal isteri dia ni. Kau kenal tak?” Irwan bertanya. Teringatkan
kawan rapatnya, Danish ketika berada di ambang sekolah dahulu yang sudah hendak
berkahwin pada bulan hadapan.
“Hish. Takkan tak kenal. Kenal le. Sarah, budak perempuan
yang selalu cari pasal dengan Danish tu,” Nizam memberitahu.
“Sarah Salihin tu ke? Budak Sarah tu? Tak sangka aku mereka
ni akan disatukan nanti. Dulu bukan main nak berkelahi sakan sekarang dah nak
naik ke jinjang pelamin. Kau datang kat perkahwinan dia ke?”
“Tentulah datang. Majlis bestfriend sendiri, masakan tak datang.
Lagipun dia nak buat majlis kat kampong dia. Dekat dengan rumah kat kampong aku
ni. Kau?”
“Oh. Aku tak tahu lagi lah. Lagipun kau tahulah, kalau sudah
namanya pensyarah ni susah sikit nak cari cuti. Holiday pun kami masih bekerja
tau. Lagipun aku baru je start kerja takkan nak minta cuti kot. Of course aku
nak hadir. I’ll trylah. Dapat ambil cuti ke tak.”
“Apakata kau tinggal kat rumah aku ni.Lagipun yang tinggal
cuma umi aku, abah aku, aku dan adik aku. Masih ada satu bilik kosong untuk
tetamu. Itupun kalau kau nak. Aku offer saja. Manalah tahu kalau kau awal
datang dapat jugak kita berjumpa dengan Danish dan tolong dia apa-apa ke.”
“Betul juga cakap kau tu. Okeylah. Aku ON saja.”





0 comments:
Post a Comment