Bab 6
“Abang balik kampongkan this coming public holiday?”
“Ye. Kenapa? Nurin nak ikut abang ke?”
“Nurin nak ikut abang Nizam sebenarnya. Rindu dengan umi dan
abah. Tapi Nurin ada assignment. Lecturer tu beri last minute.
Mentang-mentanglah public holiday hari Sabtu, esoknya Ahad dan sebelumnya
Jumaat. Pandai pulak dia nak ambil peluang keemasan,” Nurin menerangkan kepada
abangnya. “Ni, Nurin nak abang sampaikan benda-benda ni semua kat umi dan abah.
Dengan salam sayang dan salam rindu sekali ek.” Nurin menyerahkan beberapa
kotak plastic kepada abangnya.
Kotak plastic berwarna putih itu pun bertukar tangan. Mereka
berbual di luar rumah sewa Nurin. Nak dijemput masuk, susah juga sebab penghuni
rumah tersebut semuanya perempuan. Walaupan abang Nizam ini adalah abangnya
tetapi tetap juga tidak manis dipandang orang jika abangnya ini dijemput masuk.
Tanpa berlama-lama di situ, abangnya memutuskan untuk balik ke rumah sewanya sendiri.
“Abang kau dah balik ke?” satu suara menyapa telinga Nurin.
Dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan empunya suara itu. Memang sudah
dijangka, pemilik suara itu adalah Amirah.
Nurin mengangguk, “Sudah. Baru aje keluar pagar beberapa
minit yang lalu.” Dengan pandangan yang terakhir sekali lagi Nurin melihat ke
arah pagar perkarangan rumah sewanya dan sambil mengeluh dia masuk ke rumah sewanya.
***
“Assalamualikum. Umi… Abah…” Nizam memberi salam. Apabila
salam tidak disahut, dia terus menanggalkan kasutnya lalu masuk ke rumah kayu
bertingkat satu itu. Dicarinya kelibat kedua-dua ibu bapanya itu. “Umi… Abah…”
Dia memanggil lagi sekali. Sepi seketika. Tetapi masih juga hampa. Panggilannya
tidak disahut. Dia mulai risau. ‘Ke manalah lagi umi dan abah ni?’ Dia
meletakkan beg yang disandangnya di atas sofa empuk berwarna kuning bercorak
bunga berwarna biru. Dia terus menghalakan kakinya ke depan pintu bilik umi dan
abahnya. Diketuk pintu kayu itu. “Umi, abah… Nizam dah balik ni.” Dilekapkan
telinga kirinya ke arah permukaan pintu. Tapi dia langsung tidak terdengar
apa-apa bunyi. Dipulasnya tombol pintu tersebut. Dan dengan mudahnya pintu
tersebut terkuak. Tak berkunci. Dilihatnya tidak ada kelibat kedua orang tuanya
itu.
Ditutup kembali pintu tersebut dengan perlahan. Lalu dia
menuju ke ruang dapur. Masih juga dia tidak melihat kelibat uminya mahupun
abahnya. Panik mulai menguasai diri. Habis satu per satu bilik dan ruangan yang
ada di rumah kayu itu diperiksanya. Namun masih tidak ada kelibat yang dua
insan yang dicarinya itu kelihatan!
Dia menuruni anak tangga keluar rumah. Dia bercadang untuk
mencari mereka menggunakan keretanya kalau perlu mengelilingi kampong ini. Tapi
sebaik sahaja dia hendak memboloskan dirinya ke dalam kereta, seseorang
menegurnya membuatkan perbuatannya ingin masuk ke dalam kereta itu terhenti.
“Oh… Kamu rupanya Zam. Umi ingat tetamu siapalah yang datang
ni.”
Nizam cepat-cepat menghalakan pandangannya ke arah uminya
yang sedang berjalan menuju kepada dirinya. Setelah uminya itu benar-benar
berhampiran dengannya, didakapnya tubuh uminya erat. Hampir sahaja air mata
lelakinya ingin menitis tetapi berjaya ditahannya.
Uminya yang tidak tahu gejolak perasaan anak lelakinya itu
hanya menepuk-nepuk belakang badan Nizam dengan lembut berulangkali.
“Umi ke mana tadi? Nizam cari ke mana-mana tau. Risau
Nizam,” Nizam berkata setelah meleraikan pelukan diantara dirinya dan uminya.
“Umi tak ke mana-mana. Umi kat stor tu je. Membersihkan
sekali-sekala. Takut ada bagakai tikus ke, lipas ke. Lagipun umi tak ada kerja
nak dibuat. Daripada buang masa, baik umi buat sesuatu yag berfaedah.”
Nizam menepuk dahinya. ‘Aduh. Macam mana aku boleh lupa
tentang stor yang ada dekat bawah rumah ni?’ Nizam menggeleng-gelengkan
kepalanya berkali-kali. Lalu dia tersenyum lega. Melihat uminya berada
dihadappan matanya kini sudah cukup. Dia bersyukur kerana benda yang
dibayangkannya tadi tidak benar-benar berlaku. “Abah mana?”
“Tu ada dekat dalam stor tu. Dengar macam ada orang saja
yang datang sebab tulah abah kamu suruh umi lihat ada orang datang ke tak.”
“Oh. Sudah selesai membersihkan ke?”
“Kejap lagi siaplah tu. Tinggal simpan periuk belanga kat
rak tu je,” beritahu uminya.
“Siapa Nah?” Encik Sulaiman,abahnya berkata sambil menuju ke
tempat isterinya, Hasnah itu berada.
Dilihatnya isterinya itu sedang
bersama-sama dengan seorang pemuda. Dia tidak berapa nampak disebabkan kilauan
cahaya matahari.
Puan Hasnah menoleh lalu memusingkan badannya, “Nizam
rupanya bang.”
“Oh. Zam rupanya. Abah ingat siapa tadi.” Apabila abahnya
sudah berdiri berhampiran dengan uminya, dia menghulurkan tangan untuk menyalam
tangan abahnya. Lantas abahnya membuka sarung tangan berwarna kuning yang sudah
kotor itu lalu menyambut tangan anaknya. Nizam mengucup tangan abahnya. “Balik
seorang je ke? Nurin mana?” tanya abahnya.
“Nurin sibuk. Nurin ada tugasan yang perlu diselesaikan
hujung bulan ni. Dia kata pensyarah beri dia tugasan last minute,” Nizam memaklumkan umi dan abahnya.
“Insya-Allah Nurin akan balik cuti semester kali ini.”
Encik Sulaiman hanya mengangguk. Faham benar akan hal anak
perempuannya yang seorang itu. Biasalah, anak perempuannya itu sekarang
mununtut ditahun akhir. Jadi memang wajar jika anaknya itu sibuk memanjang.
“Apalagi? Matahari pun dah tegak ni. Pasti Nizam penat
memandu, nak rehat. Masuklah,” ujar Puan Hasnah.
Setelah menjejakkan kaki ke ruang tamu itu, Nizam mengambil
dua kotak plastik berwarna ungu yang diletakkannya di atas sofa berwarna kuning
itu.Diberikannya kotak plastik tersebut kepada umi dan abahnya. Wajah kedua
insan itu berubah menandakan tidak mengerti apa dan kenapa benda itu diberikan
kepada mereka. Sebelum sempat umi atau abahnya bertanya, dia sendiri
menerangkan, “Itu Nurin yang bagi. Dia kata sebagai wakil dan ganti sebab
ketidakhadirannya pada cuti hari ini.”
Lantas bibir Puan Hasnah tersenyum. Lalu menyelongkar isi
yang berada di dalam kotak tersebut. Begitu juga dengan abahnya. “Susah-susah
aje anak sorang ni,” senyuman uminya semakin melebar. Dikeluarkannya telekong
putih bersih yang terukir corak berbentuk bunga di hujung telekong dan kain
telekong tersebut dari kotak plastik. Puan Hasnah melihat suaminya mengeluarkan
baju putih panjang yang bentuknya seakan jubah serta topi haji yang berwarna
hitam, kelabu dan putih bertaris. ‘Baru minggu lepas complain pasal telekong aku
tu kusamlah apalah. Baru minggu lepas juga dia complain pasal baju untuk
abahnya sembahyang Jumaat tu dah lama. Minggu ni pula dia beri kami barang ni
semua. Alahai… Nurin… Nurin…’





0 comments:
Post a Comment