Cinta Cetak Rompak : Bab 8


Bab 8
Nurin dan Amirah baru sahaja keluar dari perpustakaan university mereka setelah selesai membuat beberapa pekerjaan yang perlu diselesaikan. Buku di tangan dipegang. Nurin dan Amirah berjalan ke arah pintu keluar. Setelah keluar, Amirah memulakan pembicaraan, “Kau planning nak ke mana-mana tak? Yelah, kan 2 minggu lagi cuti semester.”

Nurin tersenyum. “Oh. Tak. Aku tak ke mana-mana. Hanya ada satu tempat saje yang aku nak pergi iaitu rumah aku. Dah lama tau aku tak balik-balik kampong. Abang aku pun dah membebel suruh aku balik. Lagipun aku tak nak umi dan abah aku risau. Yalah, aku dan abang aku pun jarang nak jumpa. Abang aku tu nak sibuk je memanjang sampai dah tak ada masa nak jenguk aku. Kau pulak?”

“Aku dah ada plan dengan family aku masa hari tu nak pergi ke Singapore tapi tak tahu lah pulak confirm ke tak.” Nurin hanya mengangguk sambil tersenyum girang. “Haii… Yang kau tersenyum menonggeng dari tadi ni kenapa?” Amirah bertanya.

“Hmm? Ketara ke?” Nurin bertanya pula dengan senyuman lebar masih melekat di bibir.

“Yelah. Ketara sangat. Dah kau senyum lebar nak sampai ke telinga pun ada. Nasib mulut kau tu tak koyak. Nanti kalau dah koyak, dah tak boleh senyum lagi dah.” Hairan juga Amirah, kenapalah sahabatnya yang seorang ini asyik senyum memanjang. Ada hal-hal yang menggembirakan ke? Dari tadi asyik menyanyi lagu ‘Balik kampong’ macam nak raya je rasanya.

“Heheh. Aku bukannya apa. Saje, tak sabar nak balik kampong ni. Dah lama dah aku menapak kat sini ni. Nak balik, Dr. Irwan ni bagi assignment last minute. Tak pandai ambil masa yang betullah. Untung aku dah siapkan kerja aku. Sekarang aku dah boleh balik. Aku rindu parents aku sangat-sangat.”

“Yelah yelah. Ape-ape jelah kawan. Asalkan kau bahagia,” Amirah menggeleng melihat gelagat kawannya yang seorang itu.

Nurin dan Amirah berjalan menuju ke arah kereta Hyundai i10 kepunyaan Nurin untuk pulang ke rumah sewa mereka. “Eh, eh. Bukannya orang tu abang awak ke?”

Nurin menoleh ke arah yang dimaksud. “Abang aku? Abang Nizam ke?”

Amirah mengangguk. “Yelah. Siapa lagi?”

“Aku taulah aku hanya ada satu abang. Tapi di mana dia? Aku tak nampak pun,” Nurin melihat-lihat kawasan sekeliling, “kau pasti itu abang aku?”

“Entahlah. Macam ye jugak. Tapi… entahlah. Aku salah lihat mungkin.”

“Maybe,” Nurin mengangguk perlahan. “cepatlah naik. Aku dah tak sabar dah ni.”

***

“Sir?”

“Yes?” Irwan menoleh. “Eh, kau? Kau buat apa kat sini?” buku di tangan di tutup. Kaca mata yang dipakai juga dilepaskan.

“Aku nak tengok adik aku.” beritahu Nizam.

“Eh? Adik kau study kat sini ke?” tanya Irwan sambil cuba mengingati muka adik perempuan kawannya itu.

“A’hah. Aku dah pergi kat class dia tadi tapi dia tak adalah pulak. Aku call pun dia tak jawab. Ada benda yang aku nak cakapkan dengan dia. Tapi since dia tak de, tak apalah.”

“Siapa nama adik kau tu eh? Aku lupalah. Mesti dah besar panjang sekarang kan?” Irwan masih cuba mengingati wajah yang elah lama tidak dijumpa itu dahulu. “Irah ke? Sya…”

“Syahirah. Kau saja seorang yang panggil adik aku tu dengan nama Syahirah tau. Panggil first name dia tak boleh ke?”

“Syahirah. Hampir saja aku lupa. Bukannya tak boleh. Bagi aku nama Syahirah tu manis kalau disebut.”

“Hah? Dapat dirasa ke?”

“Loyar buruk kau ek?”

Nizam tersengih. “Wah… dah jadi Professor sekarang kau. Seronoknye..”

Irwan hanya tersenyum sambil tangannya dengan pantas mengemaskan segla kertas dan buku yang berselerakan di atas mejanya. “Eh, kau mana tahu di sini staffroom aku?”

“Aku tahulah. Kan ini bekas unversiti aku jugak. Dah singgah sini, aku jumpa Professor yang pernah ajar aku dulu. Aku tanya some students yang cross path with me. Wow bro. Terkenal jugak kau, walaupun dah jadi Professor. Masih jadi perbualan orang ramai. Aku teringat pulak zaman kita sekolah 
menengah dulu.”

“Tengok empunya namalah. Haha. Jomlah. Kita berbual kat kafe seberang jalan tu. Kebetulan aku tak ada kelas petang ni. My treat today.”

Cinta Cetak Rompak : Bab 7


Bab 7
Irwan menghempaskan badannya ke atas katil miliknya. Dipejam sekejap matanya, ingin melepaskan lelah. Tie dileher dilonggarkan. Butang baju kemeja dibahagian tangan dibuka. Sudah seminggu kini dia bekerja sebagai pensyarah. Memang penat dan lelah terasa apatah lagi dia mengajar mahasiswa-mahasiswa yang menuntut ditahun akhir. Kelam kabutlah dia. Terkejar sana terkejar sini. Sepatutnya dia mengajar penuntut tahun satu di university tersebut tetapi memandangkan salah seorang guru yang mengajar ditahun empat itu hendak pindah, mengikut suaminya, dia pula yang menjadi mangsa dan ditarik ke tahun empat. Nasib dia sudah diberitahu bahawa dia akan mengajar penuntut tahun empat dengan itu dia dapat bersedia lebih awal sebelum memulakan pengajarannya.

Ketukan dipintu kedengaran menyebabkan matanya yang terpejam rapat itu terbuka. “Siapa?” tanyanya.

“Iwan, makcik ni,” Makcik Bibah memberitahu. Makcik Bibah adalah pembantu rumah di rumah bertingkat dua itu yang telah berkhidmat sejak Irwan masih kecil lagi.

Irwan bangun dari tempat pembaringannya dan melangkah ke arah pintu biliknya itu. Tombol pintu itu dipulasnya. Seorang wanita tua dalam lingkungan 50-an berdiri dihadapan biliknya menyapa ruang matanya. “Kenapa ye makcik Bibah?” tanyanya lembut. Walaupun makcik Bibah ini adalah pembantu rumah di rumahnya tetapi rasa hormat itu masih ada.

“Puan Khadijah panggil kamu ke bawah untuk makan petang.”

Irwan mengangguk. “Baiklah. Beritahu ibu, Iwan nak solat Asar dulu. Lepas tu baru Iwan turun.”
Makcik Bibah hanya mengangguk dan kemudian dia turun menuju ke arah majikannya untuk menyampaikan apa yang diberitahu oleh Irwan.

Setelah lebih kurang 10 minit berlalu, Irwan sampai ke halaman taman rumahnya. Di situ sudah ada ibu dan ayahnya duduk di kerusi putih sambil menikmati biskut yang tersedia sekaligus menikmati pemandangan alam semula jadi. Kebetulan kawasan rumahnya itu adalah kawasan yang paling hujung sekali. Irwan mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Di ambilnya biskut chipsmore lalu disuakan ke mulutnya.

“Macam mana kerja?” ayahnya mengutarakan soalan.

“Ok jugaklah. Seronok dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Yang tak bestnya tu kalau diajar tapi tak faham-faham. Kalau terjumpa spesis macam tu memang susah.”

“Sabar jelah. Dah tugasnya sebagai seorang guru dan pengajar,” ibunya bersuara.

“Abang Iqmal dengan kakak mana ibu, ayah?”

“Masih kat pejabat. Kakak kamu tu sama jugaklah. Dah namanya dia tu skretari suami dia. Ikut samalah. Takkan dia nak balik dulu kot tinggalkan abang kamu kat pejabat tu sorang-sorang,” jawab ibunya.

Kakak yang dimaksud adalah akak Azimah iaitu isteri abangnya, Iqmal. Mereka berkahwin sudah dekat lima tahun lebih. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki namanya Khairul Ikhwan berumur 4 tahun dan yang seorang lagi seorang perempuan namanya Kamilah Azizah yang berumur dua tahun, muda dari abangnya. Khairul dan Kamilah sekarang ini sedang dijaga oleh babysitter di bilik atas.

“Iwan ingat tak janji Iwan kat ibu dan ayah sebelum Iwan berangkat ke UK 4 tahun lepas?” Ibunya, Puan Khadijah bertanya. Irwan diam seketika. Berkerut dahinya. Ingin mengingati janji apakah yang dimaksudkan ibunya itu. “Jangan beritahu ibu yang Iwan dah lupa janji Iwan.”

Setelah ibunya mengeluarkan amaran tersebut dengan sekejap mata dia ingat apa yang pernah dijanjikannya 4 tahun dahulu. “Hish. Ingatlah bu. Takkan lupa kot.”

“Habis tu? Dah ada?”

Dia tersenyum nipis, “Insya-Allah ibu. Insya-Allah Iwan akan tunaikan janji itu. Tapi berilah Iwan masa. Iwan belum lagi jumpa siapa-siapa. Kalau jodoh Iwan dah sampai akan Iwan bawa jumpa kat ibu dan ayah nanti.” Masakan dia lupa janji ‘berani mati’ yang pernah dibuatnya dahulu. Itu pun darurat sebab ibunya seakan mengugutnya.Ibunya tidak mahu dia kahwin dimasa umurnya sudah berkepala tiga. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin ibunya tidak ingin dirinya mempunyai nasib yang sama dengan abangnya yang berkahwin setelah umur 30.

“Ibu tak nak kamu kahwin dengan orang yang ibu tak suka.”

“Orang yang ibu tak suka? Maksud ibu?”

“Hish, macam Mizzy tu lah. Dah lah tak cukup kain, terhegeh-hegeh lagi tu. Dah puas ibu nampak dan dah ibu tangkap basah bersama-sama dengan lelaki lain. Amboi, mesranya bukan main. Tapi masih jugak tak tahu malu nak kan kamu. Mizzy tu out of the list. Ibu tak nak. Ibu tak suka.”

Mizzy ni adalah sepupunya yang muda satu tahun saja darinya. Dulu, Mak Ngah iaitu adik kepada ibunya serta ibu kepada Mizzy alias Mizah pernah berkata padanya, “Kalau dah tak ada calon, Mizzy pun ada.” Jikalau ibunya sudah tidak suka, dia sendiri lagi tidak suka. Walaupun Mizzy itu cantik tetapi in a way dia tidak berapa menyenangi akan tingkah laku sepupunya itu.

“Satu tahun je tau. Kalau setelah satu tahun tu Iwan masih single, ibu sendiri yang akan carikan isteri untuk kamu nanti,” beritahu ibunya berbentuk peringatan.

“Ye ye. Ibu tak usah risau, pasti Iwan bawa balik calon menantu untuk ibu dan ayah nanti.”
Bunyi telefon bimbit Irwan kedengaran menandakan seseorang menelefonnya. Siapalah agaknya. Irwan mengeluarkan handphonenya dari poket seluar kanan. Setelah melihat nama yang tertera di skrin handphonenya, dia menekan tombol hijau lalu menjwab panggilan tersebut.

“Kau ada terima kad jemputan si Danish tak?” pemanggil di hujung talian bertanya.

“Dapatlah bro. Tak sangka dia dulu yang kahwin dulu daripada kita. Tapi aku tak kenal bakal isteri dia ni. Kau kenal tak?” Irwan bertanya. Teringatkan kawan rapatnya, Danish ketika berada di ambang sekolah dahulu yang sudah hendak berkahwin pada bulan hadapan.

“Hish. Takkan tak kenal. Kenal le. Sarah, budak perempuan yang selalu cari pasal dengan Danish tu,” Nizam memberitahu.

“Sarah Salihin tu ke? Budak Sarah tu? Tak sangka aku mereka ni akan disatukan nanti. Dulu bukan main nak berkelahi sakan sekarang dah nak naik ke jinjang pelamin. Kau datang kat perkahwinan dia ke?”

“Tentulah datang. Majlis bestfriend sendiri, masakan tak datang. Lagipun dia nak buat majlis kat kampong dia. Dekat dengan rumah kat kampong aku ni. Kau?”

“Oh. Aku tak tahu lagi lah. Lagipun kau tahulah, kalau sudah namanya pensyarah ni susah sikit nak cari cuti. Holiday pun kami masih bekerja tau. Lagipun aku baru je start kerja takkan nak minta cuti kot. Of course aku nak hadir. I’ll trylah. Dapat ambil cuti ke tak.”

“Apakata kau tinggal kat rumah aku ni.Lagipun yang tinggal cuma umi aku, abah aku, aku dan adik aku. Masih ada satu bilik kosong untuk tetamu. Itupun kalau kau nak. Aku offer saja. Manalah tahu kalau kau awal datang dapat jugak kita berjumpa dengan Danish dan tolong dia apa-apa ke.”

“Betul juga cakap kau tu. Okeylah. Aku ON saja.”

Cinta Cetak Rompak : Bab 6


Bab 6
“Abang balik kampongkan this coming public holiday?”

“Ye. Kenapa? Nurin nak ikut abang ke?”

“Nurin nak ikut abang Nizam sebenarnya. Rindu dengan umi dan abah. Tapi Nurin ada assignment. Lecturer tu beri last minute. Mentang-mentanglah public holiday hari Sabtu, esoknya Ahad dan sebelumnya Jumaat. Pandai pulak dia nak ambil peluang keemasan,” Nurin menerangkan kepada abangnya. “Ni, Nurin nak abang sampaikan benda-benda ni semua kat umi dan abah. Dengan salam sayang dan salam rindu sekali ek.” Nurin menyerahkan beberapa kotak plastic kepada abangnya.

Kotak plastic berwarna putih itu pun bertukar tangan. Mereka berbual di luar rumah sewa Nurin. Nak dijemput masuk, susah juga sebab penghuni rumah tersebut semuanya perempuan. Walaupan abang Nizam ini adalah abangnya tetapi tetap juga tidak manis dipandang orang jika abangnya ini dijemput masuk. Tanpa berlama-lama di situ, abangnya memutuskan untuk balik ke rumah sewanya sendiri.

“Abang kau dah balik ke?” satu suara menyapa telinga Nurin. Dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan empunya suara itu. Memang sudah dijangka, pemilik suara itu adalah Amirah.
Nurin mengangguk, “Sudah. Baru aje keluar pagar beberapa minit yang lalu.” Dengan pandangan yang terakhir sekali lagi Nurin melihat ke arah pagar perkarangan rumah sewanya dan sambil mengeluh dia masuk ke rumah sewanya.
***

“Assalamualikum. Umi… Abah…” Nizam memberi salam. Apabila salam tidak disahut, dia terus menanggalkan kasutnya lalu masuk ke rumah kayu bertingkat satu itu. Dicarinya kelibat kedua-dua ibu bapanya itu. “Umi… Abah…” Dia memanggil lagi sekali. Sepi seketika. Tetapi masih juga hampa. Panggilannya tidak disahut. Dia mulai risau. ‘Ke manalah lagi umi dan abah ni?’ Dia meletakkan beg yang disandangnya di atas sofa empuk berwarna kuning bercorak bunga berwarna biru. Dia terus menghalakan kakinya ke depan pintu bilik umi dan abahnya. Diketuk pintu kayu itu. “Umi, abah… Nizam dah balik ni.” Dilekapkan telinga kirinya ke arah permukaan pintu. Tapi dia langsung tidak terdengar apa-apa bunyi. Dipulasnya tombol pintu tersebut. Dan dengan mudahnya pintu tersebut terkuak. Tak berkunci. Dilihatnya tidak ada kelibat kedua orang tuanya itu.

Ditutup kembali pintu tersebut dengan perlahan. Lalu dia menuju ke ruang dapur. Masih juga dia tidak melihat kelibat uminya mahupun abahnya. Panik mulai menguasai diri. Habis satu per satu bilik dan ruangan yang ada di rumah kayu itu diperiksanya. Namun masih tidak ada kelibat yang dua insan yang dicarinya itu kelihatan!

Dia menuruni anak tangga keluar rumah. Dia bercadang untuk mencari mereka menggunakan keretanya kalau perlu mengelilingi kampong ini. Tapi sebaik sahaja dia hendak memboloskan dirinya ke dalam kereta, seseorang menegurnya membuatkan perbuatannya ingin masuk ke dalam kereta itu terhenti.

“Oh… Kamu rupanya Zam. Umi ingat tetamu siapalah yang datang ni.”

Nizam cepat-cepat menghalakan pandangannya ke arah uminya yang sedang berjalan menuju kepada dirinya. Setelah uminya itu benar-benar berhampiran dengannya, didakapnya tubuh uminya erat. Hampir sahaja air mata lelakinya ingin menitis tetapi berjaya ditahannya.

Uminya yang tidak tahu gejolak perasaan anak lelakinya itu hanya menepuk-nepuk belakang badan Nizam dengan lembut berulangkali.

“Umi ke mana tadi? Nizam cari ke mana-mana tau. Risau Nizam,” Nizam berkata setelah meleraikan pelukan diantara dirinya dan uminya.

“Umi tak ke mana-mana. Umi kat stor tu je. Membersihkan sekali-sekala. Takut ada bagakai tikus ke, lipas ke. Lagipun umi tak ada kerja nak dibuat. Daripada buang masa, baik umi buat sesuatu yag berfaedah.”

Nizam menepuk dahinya. ‘Aduh. Macam mana aku boleh lupa tentang stor yang ada dekat bawah rumah ni?’ Nizam menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Lalu dia tersenyum lega. Melihat uminya berada dihadappan matanya kini sudah cukup. Dia bersyukur kerana benda yang dibayangkannya tadi tidak benar-benar berlaku. “Abah mana?”

“Tu ada dekat dalam stor tu. Dengar macam ada orang saja yang datang sebab tulah abah kamu suruh umi lihat ada orang datang ke tak.”

“Oh. Sudah selesai membersihkan ke?”

“Kejap lagi siaplah tu. Tinggal simpan periuk belanga kat rak tu je,” beritahu uminya.

“Siapa Nah?” Encik Sulaiman,abahnya berkata sambil menuju ke tempat isterinya, Hasnah itu berada. 
Dilihatnya isterinya itu sedang bersama-sama dengan seorang pemuda. Dia tidak berapa nampak disebabkan kilauan cahaya matahari.

Puan Hasnah menoleh lalu memusingkan badannya, “Nizam rupanya bang.”

“Oh. Zam rupanya. Abah ingat siapa tadi.” Apabila abahnya sudah berdiri berhampiran dengan uminya, dia menghulurkan tangan untuk menyalam tangan abahnya. Lantas abahnya membuka sarung tangan berwarna kuning yang sudah kotor itu lalu menyambut tangan anaknya. Nizam mengucup tangan abahnya. “Balik seorang je ke? Nurin mana?” tanya abahnya.

“Nurin sibuk. Nurin ada tugasan yang perlu diselesaikan hujung bulan ni. Dia kata pensyarah beri dia tugasan last minute,”  Nizam memaklumkan umi dan abahnya. “Insya-Allah Nurin akan balik cuti semester kali ini.”

Encik Sulaiman hanya mengangguk. Faham benar akan hal anak perempuannya yang seorang itu. Biasalah, anak perempuannya itu sekarang mununtut ditahun akhir. Jadi memang wajar jika anaknya itu sibuk memanjang.

“Apalagi? Matahari pun dah tegak ni. Pasti Nizam penat memandu, nak rehat. Masuklah,” ujar Puan Hasnah.

Setelah menjejakkan kaki ke ruang tamu itu, Nizam mengambil dua kotak plastik berwarna ungu yang diletakkannya di atas sofa berwarna kuning itu.Diberikannya kotak plastik tersebut kepada umi dan abahnya. Wajah kedua insan itu berubah menandakan tidak mengerti apa dan kenapa benda itu diberikan kepada mereka. Sebelum sempat umi atau abahnya bertanya, dia sendiri menerangkan, “Itu Nurin yang bagi. Dia kata sebagai wakil dan ganti sebab ketidakhadirannya pada cuti hari ini.”

Lantas bibir Puan Hasnah tersenyum. Lalu menyelongkar isi yang berada di dalam kotak tersebut. Begitu juga dengan abahnya. “Susah-susah aje anak sorang ni,” senyuman uminya semakin melebar. Dikeluarkannya telekong putih bersih yang terukir corak berbentuk bunga di hujung telekong dan kain telekong tersebut dari kotak plastik. Puan Hasnah melihat suaminya mengeluarkan baju putih panjang yang bentuknya seakan jubah serta topi haji yang berwarna hitam, kelabu dan putih bertaris. ‘Baru minggu lepas complain pasal telekong aku tu kusamlah apalah. Baru minggu lepas juga dia complain pasal baju untuk abahnya sembahyang Jumaat tu dah lama. Minggu ni pula dia beri kami barang ni semua. Alahai… Nurin… Nurin…’