Cinta Cetak Rompak : Bab 5

Bab 5

“Aku bercadang nak balik hujung minggu ni,” beritahunya. Matanya dihalakan ke arah jalan raya yang terbentang dihadapannya, focus dengan pemanduannya saat ini.

“Balik kampong?” Amirah bertanya. Nurin mengangguk. “Eh,tak apa-apa ke? Exam kan sudah dekat.”

“Insya-Allah aku boleh handle tu semua. Aku nak singgah kedai kejap. Nak beli oleh-oleh buat parents aku.” Amirah mengangguk.

Kereta Mazda 3 berwarna kelabu itu sudah memberi signal lalu membelok ke kiri, memasuki pusat membeli-belah. Kereta-kereta yang berada di kawasan itu berjalan dengan lambatnya memandangkan pusat membeli-belah itu selalu dipenuhi orang apatah lagi di hujung minggu ini. Bermakna susahlah untuknya mencari parking. Tidak sampai beberapa minit, ada kereta ingin keluar dari parkingnya. Alhamdulillah, Allah telah memberinya rezeki berbentuk kemudahan mencari parking. Tanpa membuag masa, Nurin keluar dari keretanya untuk menuju ke pusat membeli-belah ditemani sahabatnya, Amirah.

“Kau nak beli apa?” Amirah bertanya.

Nurin mengangkat bahu. “Entah. Aku sendiri pun tak tahu. apa ajelah. Apa yang ku nampak dan kalau aku berkenan aku belilah. Tapi yang murahlah, sebab duit aku tak bawa banyak hari ini.”

“Kedekutlah kau. Kata nak beli buat mak dan bapak kau, tapi tak nak keluar banyak duit.”

“Harga itu tak penting dalam memberi sesuatu kepada seseorang. Yang penting niat itu ikhlas…”

Setelah tiga puluh minit meronda-ronda tempat tersebut dan sudah mendapatkan beberapa barang yang ingin diberikan kepada kedua ibu bapanya, dia dan Amirah pun memutuskan untuk pulang.

Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, Nurin menjawab panggilan dari abangnya melalui telefon. Entah apa silapnya, telefon bimbit yang berada di tangan terjatuh ke lantai. Pada saat dia ingin mengutip telefonnya, telefonnya semakin berada jauh darinya. Dia hairan. Rupanya ada orang menendang telefon kesayangannya itu! Dia melihat ke arah gerangan yang telah membuatkan telefonnya seperti bola untuk di tendang-tendang. Lelaki itu seperti tidak bersalah dan hanya meneruskan perjalanannya tanpa mengutipkan telefon bimbitnya itu. ‘Ceh. Tak gentleman langsung.’ Memikirkan abahnya yang sedang sakit di kampong itu membuatkannya tidak ada mood untuk marah. Dia memerhatikan ke arah lelaki tersebut. Sempatlah juga dia melihat wajah lelaki itu walau sekejap. ‘Tak apa. Hari ini aku baik. Tapi kalau terjadi lagi, sudah ku lesing kau,’ hati Nurin berkata-kata.

 
***

Riuh-rendah adalah perkataan yang paling tepat sekali untuk menerangkan keadaan dewan kuliahnya saat ini. Macam pasar pun ada. Memang setiap pagi seperti itu tambahan lagi pensyarah baru akan masuk untuk menggantikan Dr. Rina. Ada yang berdebar-debar menunggu, ada yang teruja ingin tahu
dan ada yang tak kisah langsung. Dan contoh orang yang tak kisah tersebut adalah Nurin yang diam di tempat duduknya sibuk membaca novel melayu.

Keadaan kelas yang tadinya riuh-rendah reda tiba-tiba. Kehadiran seorang lelaki segak berkemeja biru lembut itu menjadi tanda tanya kepada beberapa orang pelajar. Dan ada yang sudah sibuk meneka bahawa lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapan mereka ini adalah pensyarah baru tersebut.
Keadaan yang senyap-sunyi itu berjaya menarik perhatian Nurin. Dia memandang ke sekeliling dengan malas, ingin tahu apa yang sudah terjadi. Dilihatnya kehadapan. ‘Oh… Pensyarah baru dah datang rupanya. Ingat apalah tadi.’

Pensyarah baru itu berdehem. “Selamat pagi semua. Saya Dr. Irwan yang akan mengganti pensyarah, er, Dr. Rina. Tolong beri kerjasama. Baiklah. Er, where did you stop from last lesson?” Dr. Irwan bertanya kepada salah seorang mahasiswa yang dekat dengannya dan tanpa membuang masa ia pun memulakan sesi pembelajarannya.
 
***

“Apa macam?”

“Apa macam apa?” soalan dibalas dengan soalan.

“Hish, kau ni. Macam mana, Sir Irwan tu mengajar? Menurut kau okey ke tak?” Azri menerangkan.

“Alhamdulillah, so far aku dapat catch up. Faham jugaklah,” Harith memberikan pendapatnya.

“Oh… eh, buah hati pengarang jantung kau mana? Kenapa belum sampa-sampai lagi ni?” Azri memandang ke sekeliling, mencari kelibat Amirah dan juga Nurin. Harith hanya sekadar menangkat bahu. Tidak tahulah tu maknanya.

Kerusi sedang ditarik kedengaran. Azri memandang. ‘Aik? Dari mana pulak budak berdua ni datang? Macam mana aku tak nampak pulak ni?’ Amirah dan Nurin duduk lalu melepaskan beg yang berada di bahu masing-masing.

“Kau nampak lesulah Nurin. Kau okey ke?” Harith bertanya kerisauan.

Azri yang melihat adegan itu mengangkat keningnya. ‘Kan aku dah cakap, mamat ni terlebih care.’
Nurin merehatkan kedua tangannya di atas meja. Kepalanya ditundukkan. Dia menutup matanya, ingin menghilangkan rasa pening dari kepalanya. “Aku okey,” ringkas sahaja dia menjawab.

“Betul ke ni? Kalau tak balik rumah jelah,” melihat keadaan Nurin seperti ini semakin khuatirlah dirinya. Nurin hanya mengangguk memberi kepastian. “Nanti kalau balik, hati-hati bawa kereta.”

Mengapa Kau Ada : Bab 12

Bab 12

Hon kereta sudah kedengaran dari luar rumah.

“Intan. Aku pergi dulu ek. Assalamualaikum.”

Intan hanya mengangguk. Matanya masih tidak lepas dari drama di televisyen yang ditontonnya.
“Waalaikumussalam. Jangan lupa kunci pintu tau.”

“Ye.” Aku melangkah keluar setelah memberitahu kawan serumah ku, Intan bahawa aku hendak pergi. Aku hanya mengenakan baju biasa-biasa sahaja. Bukan dress. Walaupun aku tahu yang aku hendak dinner tapi orang denganku dinner adalah uncle ku sendiri. Aku pasti abang Din tak kisah jikalau aku hanya memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja.Aku masuk ke kereta abang Din. Dan tanpa berlengah lagi, abang Din terus memandu keluar dari perkarangan rumah sewaku.

Sepanjang perjalanan, kami hanya berdiam diri. Aku lebih menumpukan perhatian ku ke pandangan luar untuk menikmati keindaham alam di waktu malam. Bukan selalu aku keluar malam-malam macam ni. Malam ini, abang Din tidak banyak bercakap. Aku pun tak tahu kenapa. Selalunya cepat sahaja mulutnya berkata-kata mengenai sesuatu. Tetapi tidak kali ini. Aku ikut ajelah mood dia. Diam sahaja memanjang.

***

Aku menunggu dan masih menuggu. Kadangkala ku halakan pandangan ku customer yang lain yang sedang menikmati makan malam mereka di tamu selera ini. Kemudian aku pandang abang Din yang berada di depan ku. Hati aku dah berdebar-debar rasa nak meletup saje ni menunggu benda yang perlu dicakapkan oleh abang Din. Aku lihat abang Din masih sahaja makan dengan wajah yang tenang. Seperti tidak ada hal yang penting yang ingin diberitahunya kepadaku. Apakah dia sudah lupa tujuan kami makan malam? Ah! Tak mungkin. Kalau dia lupa, pasti dia juga lupa tentang makan malam kami bukan? Menunggu. Takkan aku yang mulakannya dulu kot. Aku menunggu untuk dia memulakan pembicaraannya dulu. 1 saat, 2 saat… Agh! “Abang!”

Abang Din tersedak. “Uhuk uhuk.” Ditelannya makanan yang ada dimulutnya lalu dia mengambil minuman yang terletak di tepi meja lalu diminumnya. “Apa?!” soalnya.

“Cepatlah beritahu Ana tentang benda yang satu lagi tu.”

“Tunggu sekejap lagi boleh tak? Abang tengah makan ni.”

“Tak ada boleh tunggu-tunggu. Ana dah tunggu 30 minit ni ha. Ana pun dah habis makan. Abang tu lah, makan bukan main lambat. Mengalahkan orang pompuan!”

“Abang pulak? Ana tu makan cepat sangat. Cuba kunyah tu 20-40 kali. Ikut sunnah. Ni, baru 5 kali kunyah dah telan.”

“Mana abang tahu Ana kunyah 5 kali je?” ku angkat keningku.

“Tau-tau jelah,” jawabnya malas.

“Beritahu jelah. Dah pukul 9 dah ni.”

“Yelah, yelah.” Abang Din menyudahkan makan malamnya. Sekarang mataya focus ke arahku. Mukanya pun sekarang dah berubah menjadi serius. Abang Din menghela nafas dalam-dalam.Serius betul ke benda yang dicakapkan ni? Gulp! Aku menelan air liur. Takut pulak aku jadinya.

“Regarding that matter…” dia berhenti sekejap. “Sebenarnya…” Dia menyandar. “Ana…” Dia kembali duduk tegak. “Di kampong…” Dia diam lagi. “Satu minggu yang lepas…” Dia meneguk airnya yang masih tersisa. “Ana…”

Aku berkerut dahi. Susah benar untuk abang Din menyusun kata. Nampak abang Din gelisah benar. “Ana apa?” sergah ku tiba-tiba.

“Ana telah dipinang orang.” Terus terhembur keempat-empat perkataan tersebut keluar dari mulut abang Din.

Aku membeliakkan mataku. Mulutku terlopong. Terkilan dengan berita yang baru disampaikan oleh abang Din tadi. Aku langsung tak bergerak. Nak bertanya bila dan siapa, tapi suara ku bagai tersekat di kerongkongku.

“Keluarga Zaim datang meminang.” Zaim? Senior kat university ku dulu tu ke? “Ana ingat lagi tak? Dia baru habis Master di UK. Mereka datang meminang seminggu yang lalu. Kebetulan abang ada kat rumah kak long masa tu. Abang pun cukup terperanjat.”

“M…mak dan ayah terima ke tidak?” ujar ku rendah.

“Mereka sebenarnya tidak ada masalah dengan budak tu tapi kak long dan abang long mahu tunggu jawapan dari Ana sendiri. Yelah, yang kahwin nantikan Ana bukan mereka.”

Abang Din mengamati wajah Ana. Bukan main terkejut lagi Ana mendengar berita ini. Mungkin dia tidak menyangka yang benda ini akan berlaku. Umur boleh juga dikirakan masih muda tapi sudah dipinang orang. Siapa juga yang akan menjangka? Ini semua takdir Allah…

“So… apa jawapan Ana?”