Bab 11
Aku dan Farid masuk ke dalam pejabat. Nasib kami sampai tepat pada waktunya. Tanpa melengahkan masa lagi aku pun terus sahaja duduk dan meneruskan kerjaku yang ku tinggalkan tadi di meja ku. Tempat yang sunyi tadi kini sudah mulai membising. Sejak bila lagi ofis aku ni jadi macam pasar ni? Aduh, susahlah aku nak concentrate ni. Ini kan aku dah sakit kepala dengan apa yang baru aku dengar tadi dari mulut abang Din.
Zaliha mendatangi ku. “Wei. Kau ke mana tadi? Pergi tak beritahu. Balik sama si Farid pulak tu. Aku curiga
ni, jangan-jangan kau ada hubungan eh dengan si Farid tu,” ucapnya. “Sekarang satu pejabat sudah cakapkan pasal korang.”
Mulutku terlopong. O… sebab tulah ofis ni bising semacam je. Rupanya barcakap pasal aku ye. Masa hari tu, gossip tentang aku dengan orang yang menghantar dan ambil aku. Sekarang gossip pasal aku dengan si Farid tu pulak? Ei.. sejak bila ofis aku ni jadi tempat gossip plus pasar ni?
“Tadi aku pergi dengan abang aku. Sorrylah tak ajak kau. Kau ada meeting tadi. Lepas tu, abang aku ajak si Farid tu sekali yang kebetulan ada di sini,” terangku.
“Abang? Setahu aku, kau mana ada abang. Kau anak tunggal je kan?” jelas kelihatan dahinya berkerut.
Aku mengangguk. “Abang yang aku maksud ni lah yang korang fikir boyfriend aku tu. Yang kau jumpa kat restoran mamak hari tu, ingat tak?” Zaliha mengangguk. Lalu aku ceritakan segalanya tentang hubungan aku dengan abang Din dan juga apa yang baru terjadi sebelum lunch sebentar tadi.
Dia tergelak. “Hahaha. Lawak jugak abang kau merangkap uncle kau tu ye. Korang memang dah biase ke dengan berlakon-lakon tu semua?”
Aku mengangguk. “Kau pasti nampak semasa kat restoran mamak tu dulu, ada seorang perempuan yang pakai dress merah. Kau ingat tak?”
Zaliha menaruh jari telunjuknya ke dagunya dan matanya meliar-liar di atas siling, ingin mengingati apa yang aku maksudkan. Lalu, “Oh ye! Ye, ye! Aku ada nampak. Yang dress merah tak cukup kain tu kan? Lipstik dia pun merah macam warna dress dia. Kenapa dengan dia?” Lalu ku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
“Kirakan kamu berdua tu sering jugaklah ye berlakon-lakon macam ni?” tanyanya lagi.
Aku menangguk. “Kami berdua saling memberi dan saling menerima. Dia minta bantuan, aku pun membantu. Kekadang tu macam kes aku dengan si Farid tadi tu, dia yang menghulurkan bantuan tanpa dipinta dan aku menyambutnya dengan senang hati.”
“Hello honey… Honey tengah cakap pasal abang eh?” satu suara yang tidak sedap didengar kedengaran. Farid. Lagi-lagi dia, lagi-lagi dia. Walaupun hensem tapi aku dah muak dah melihat mukanya. Ku lihat sekelilingku. Semua mata memandang kami sambil berbisik-bisik. Aku tahu ni! Mesti mereka fikir yang bukan-bukan.
“Mau honey ek? Kat sarang lebah tu ada banyak. Kau pergi ambik sendiri!” aku jeling si Farid kurang asam tu.
“Jelingan mu memanah hatiku ini,” ahh… dia dah mula dah dengan acara mengayat dia ni, “senyuman mu bagai ubat penawar hatiku ini.” Dia berhenti sekejap. “Senyumlah Ana. Senyum kan sedekah…”
Aku beri senyuman yang paling ‘manis’ buatnya. “Kau nak apa lagi ni?”
“Takde… You know kan yang mereka semua tu sekarang cakap pasal kite. So kau okay ke ni dengan semua ni?”
“Dengan apa?”
“Mereka cakap pasal kite ni lah.”
“Kalau aku tak kisah?” duga ku.
“Kalau Ana tak kisah, aku lagi tak kisah. Tapi benar ke ni? Walaupun Ana tak kisah, kalau si Din tu tau aku yang mampus. Tak pun calon kau tu.”
Zaliha yang masih berada di meja ku itu terus sahaja, “Calon?! Calon apa ni?”
Pejabat kembali riuh semula. Aduh…kenapalah Zaliha ni nak bertanya pun nak terjerit-jerit segala. “Hush! Diamlah!”
“Calon apa ni, Ana? Farid?” Zaliha memandang Farid untuk jawapan.
Tetapi Farid hanya mengangkat bahu, “Kau tanya jelah Ana tu sendiri.”
“Ana! Calon apa ni?” Zaliha menanyakan ku kembali.
Aku hanya menggelengkan kepalaku. “Aku pun tak tahu, Zal. Abang aku belum bagitahu aku lagi.” Aku menyambung pekerjaanku. Seakan mengerti mereka kembali ke meja mereka masing-masing.
Dalam kerisauan ku, aku ternampak seorang lelaki segak berbaju kemeja yang bercorak petak-petak dengan berseluar panjang berwarna putih masuk ke bilik bos. Siapa dia tu ek?
“Dengar apanya, Zat?” Syukri bertanya. Matanya masih ditatapkan di komputernya.
“Pekerja kau yang cantik tu, siapa namanya ye?” Izzat cuba mengingati perempuan cantik yang bertudung itu.
“Hah?”
“Damia? Dania? Di…”
“Diana.”
“Oh ye! Diana.”
“Kenapa dengan dia?”
“Aku dengar Diana dah ada calon. Alaa~ terlepas lah aku.”
Syukri menatap wajah Izzat. “Dari mana kau dengar?”
“Aku tanya skretari kau, Zaitun. Yelah, aku curious jugak dengan riuh-rendah di pejabat kau ni. Rupanya mereka tengah cakapkan pasal Diana tu.” Izzazt duduk di atas sofa yang ada di dalam pejabat Syukri.
“Kenapa kau berkenan ke dengan budak tu?” Syukri kembali menatap komputernya.
“Siapa? Diana? Ye, jujur aku katakan aku berkenan. Cantik dan manis orangnya. Kau tak berkenan ke?” Izzat bertanya kepada Syukri. Syukri hanya mendiamkan diri. “Ekhem! Tu lah kau. Asyik bekerja saja memanjang. Kau tak dengar ke bukan main bising lagi pejabat kau ni.” Syukri masih juga diam. “Oh ye, ye! Bilik kau ni kan soundproof. Of course lah kau tak dengar. Eyh, kau tak keluar makan tengah hari ke tadi?” Syukri menghalakan matanya ke sebungkus kotak yang terletak elok di atas mejanya. “Oh…” Hampeh punya kawan! Dia tak jawab satu pun soalan aku. Macam tunggul aku ni ada jugak. Tengah moody lah tu. Macam aku tak tau dia ni cold kat orang selalu. Dekat aku bestfriend dia ni pun cold jugak.
“Kau buat apa kat sini? Macam kau tu tak ada pejabat sendiri.” Syukri bertanya. Mahu mengubah topic.
“Oh ye! Terlupa pulak tujuan aku ke sini. Ni, aku nak bincang dengan kau tentang proposal yang aku cadangkan hari tu….”





