Bab 3
Pemindahan Dr. Rina ke university lain sudah diketahui
kesahihannya. Dan pada pagi Selasa yang cukup mendamaikan itu, Dr. Rina
memberikan badge setiap seorang yang berbentuk bulat bergambar kartun seperti
Doraemon, Spongebob dan sebagainya sebagai hadiah terakhir darinya. Walaupun
anak murid Dr. Rina semuanya sudah dewasa, tetapi dia memberikan mereka badge
bergambar kartun. Walaupun begitu, dia tidak kisah. Asalkan niatnya ikhlas
untuk memberikan itu semua kepada para anak didiknya.
“Kalau kita adakan Farewell Party buat Dr. Rina hujung
minggu ni nak tak?” salah seorang lelaki berkacamata memberi cadangan. Semua
memberi kata setuju untuk cadangan tersebut.
“Eh. Tak payah lah. Saya tak memerlukan itu semua. Saya
pindah pun bukannya jauh. Dekat jugak sekitar kawasan KL ni,” Dr. Rina
membantah.
“Ala, Teacher. Takkan dah ada acara kot hujung minggu ni.
Nak dating for the last time dengan boyfriend ek?” usik Azri.
“Eh. Taklah. Mana ada saya dating dengan siapa-siapa. Suami
saya nak letak mana? Saya hanya tak ingin menyusahkan kamu semua. Sebagai
university student, sudah tentu kamu ni banyak assignment diberi. Yelah, saya
tak nak masa lapang kamu tu diluangkan untuk saya pulak. Sepatutnya masa lapang
tu kamu isi dengan merehatkan otak dan minda kamu ke tak pun revision ke.
Berbaloi jugak kan?”
“No worries lah, Dr. Rina. Surely, we can manage that,” ujar
Harith.
Setelah desakan demi
desakan akhirnya Dr. Rina pun bersetuju dengan cadangan tersebut.
***
“Apa kerja kau sekarang ni Zam?” Irwan bertanya kepada
sahabatnya, Nizam. Setelah pulang ke tanah air, baru hari ini dia berpeluang
untuk berjumpa rakan-rakannya.
“Engineering lah. Kau? Kau kerja dengan syarikat ayah kau
ye?” Nizam betanya pula. Setelah selesai mengambil PhD, sudah tentu kawannya
seorang itu hendak bekerja.
“Taklah. Aku tak berminat dengan business ni semua. Abang
aku yang mengambil alih,” beritahu Irwan. Dia bersyukur sekali kerana menjadi
anak kedua. Bererti dia tidak dimestikan untuk bekerja di syarikat ayahnya. Sebagai
seorang anak kepada pemilik syarikat sudah tentu syarikat itu akan diwarisi. Sebagai
anak yang pertama, abangnya, Iqmal mahu tidak mahu mesti bertanggungjawab untuk
menggantikan ayah mereka. Sedangkan dia pula, anak yang kedua diberikan sedikit
kebebasan. Nasib abangnya itu memang berminat dalam bidang bisnes. Dan dengan
senang hati abangnya menerima tugas yang ayah mereka berikan.
“Tak minat apanya. Kau kan ambil jurusan business jugak.”
Kata tak minat, tapi diambil jugak jurusan tersebut. Nizam menggeleng-geleng.
Dihirupnya minuman panas yang dipesan olehnya dengan perlahan. Dia berjumpa
dengan Irwan disalah sebuah café yang sering mereka kunjungi semasa mereka
masih bersekolah bersama-sama dahulu.
“Maksud aku, aku tak berminat dengan direct bisnes. Kalau
pelajaran bisnes, memang aku berminat. Lagipun aku back-up aje. Kalau ayah aku
sibuk, abang aku pun sibuk barulah aku gantikan mereka. Kalau tidak ada apa-apa
hal darurat aku tak nak ikut campur. Lagipun aku dah ada kerja yang kurang
lebih sama sibuknya dengan businessman.”
“Untunglah kau, Wan. Balik saja, sudah dapat offer unutuk
bekerja. Kalau aku dulu, aku terpaksa menjadi penganggur kat rumah tu selama
sebulan tau.”
“Perkhidmatan orang macam aku ni memang sangat diperlukan.” Irwan tersengih.
***
“Apa rancangan kau untuk party tu?” Harith bertanya kepada
Nurin.
Nurin hanya menggeleng. “Otak aku jam sekarang ini. So
jangan tanya lah ek. Kalau ada idea, aku beritahu kau cepat-cepat.”
Harith hanya mengangguk. ‘Patutlah muka tegang semacam. Otak
jam rupanya.’ Entah apalah yang difikirkan oleh kawannya yang seorang itu.
Jangan sampai membuatkan dia stres saja sudah.
“Kau?” Harith bertanya pula kepada Azri.
“Aku bercadang nak belikan kek. Kau rasa Teacher Rina suka
kek flavor apa ek?” dan perbincangan itu berterusan dengan rakan sejurusan
mereka yang lainnya.





