Cinta Cetak Rompak : Bab 5

Bab 5

“Aku bercadang nak balik hujung minggu ni,” beritahunya. Matanya dihalakan ke arah jalan raya yang terbentang dihadapannya, focus dengan pemanduannya saat ini.

“Balik kampong?” Amirah bertanya. Nurin mengangguk. “Eh,tak apa-apa ke? Exam kan sudah dekat.”

“Insya-Allah aku boleh handle tu semua. Aku nak singgah kedai kejap. Nak beli oleh-oleh buat parents aku.” Amirah mengangguk.

Kereta Mazda 3 berwarna kelabu itu sudah memberi signal lalu membelok ke kiri, memasuki pusat membeli-belah. Kereta-kereta yang berada di kawasan itu berjalan dengan lambatnya memandangkan pusat membeli-belah itu selalu dipenuhi orang apatah lagi di hujung minggu ini. Bermakna susahlah untuknya mencari parking. Tidak sampai beberapa minit, ada kereta ingin keluar dari parkingnya. Alhamdulillah, Allah telah memberinya rezeki berbentuk kemudahan mencari parking. Tanpa membuag masa, Nurin keluar dari keretanya untuk menuju ke pusat membeli-belah ditemani sahabatnya, Amirah.

“Kau nak beli apa?” Amirah bertanya.

Nurin mengangkat bahu. “Entah. Aku sendiri pun tak tahu. apa ajelah. Apa yang ku nampak dan kalau aku berkenan aku belilah. Tapi yang murahlah, sebab duit aku tak bawa banyak hari ini.”

“Kedekutlah kau. Kata nak beli buat mak dan bapak kau, tapi tak nak keluar banyak duit.”

“Harga itu tak penting dalam memberi sesuatu kepada seseorang. Yang penting niat itu ikhlas…”

Setelah tiga puluh minit meronda-ronda tempat tersebut dan sudah mendapatkan beberapa barang yang ingin diberikan kepada kedua ibu bapanya, dia dan Amirah pun memutuskan untuk pulang.

Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, Nurin menjawab panggilan dari abangnya melalui telefon. Entah apa silapnya, telefon bimbit yang berada di tangan terjatuh ke lantai. Pada saat dia ingin mengutip telefonnya, telefonnya semakin berada jauh darinya. Dia hairan. Rupanya ada orang menendang telefon kesayangannya itu! Dia melihat ke arah gerangan yang telah membuatkan telefonnya seperti bola untuk di tendang-tendang. Lelaki itu seperti tidak bersalah dan hanya meneruskan perjalanannya tanpa mengutipkan telefon bimbitnya itu. ‘Ceh. Tak gentleman langsung.’ Memikirkan abahnya yang sedang sakit di kampong itu membuatkannya tidak ada mood untuk marah. Dia memerhatikan ke arah lelaki tersebut. Sempatlah juga dia melihat wajah lelaki itu walau sekejap. ‘Tak apa. Hari ini aku baik. Tapi kalau terjadi lagi, sudah ku lesing kau,’ hati Nurin berkata-kata.

 
***

Riuh-rendah adalah perkataan yang paling tepat sekali untuk menerangkan keadaan dewan kuliahnya saat ini. Macam pasar pun ada. Memang setiap pagi seperti itu tambahan lagi pensyarah baru akan masuk untuk menggantikan Dr. Rina. Ada yang berdebar-debar menunggu, ada yang teruja ingin tahu
dan ada yang tak kisah langsung. Dan contoh orang yang tak kisah tersebut adalah Nurin yang diam di tempat duduknya sibuk membaca novel melayu.

Keadaan kelas yang tadinya riuh-rendah reda tiba-tiba. Kehadiran seorang lelaki segak berkemeja biru lembut itu menjadi tanda tanya kepada beberapa orang pelajar. Dan ada yang sudah sibuk meneka bahawa lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapan mereka ini adalah pensyarah baru tersebut.
Keadaan yang senyap-sunyi itu berjaya menarik perhatian Nurin. Dia memandang ke sekeliling dengan malas, ingin tahu apa yang sudah terjadi. Dilihatnya kehadapan. ‘Oh… Pensyarah baru dah datang rupanya. Ingat apalah tadi.’

Pensyarah baru itu berdehem. “Selamat pagi semua. Saya Dr. Irwan yang akan mengganti pensyarah, er, Dr. Rina. Tolong beri kerjasama. Baiklah. Er, where did you stop from last lesson?” Dr. Irwan bertanya kepada salah seorang mahasiswa yang dekat dengannya dan tanpa membuang masa ia pun memulakan sesi pembelajarannya.
 
***

“Apa macam?”

“Apa macam apa?” soalan dibalas dengan soalan.

“Hish, kau ni. Macam mana, Sir Irwan tu mengajar? Menurut kau okey ke tak?” Azri menerangkan.

“Alhamdulillah, so far aku dapat catch up. Faham jugaklah,” Harith memberikan pendapatnya.

“Oh… eh, buah hati pengarang jantung kau mana? Kenapa belum sampa-sampai lagi ni?” Azri memandang ke sekeliling, mencari kelibat Amirah dan juga Nurin. Harith hanya sekadar menangkat bahu. Tidak tahulah tu maknanya.

Kerusi sedang ditarik kedengaran. Azri memandang. ‘Aik? Dari mana pulak budak berdua ni datang? Macam mana aku tak nampak pulak ni?’ Amirah dan Nurin duduk lalu melepaskan beg yang berada di bahu masing-masing.

“Kau nampak lesulah Nurin. Kau okey ke?” Harith bertanya kerisauan.

Azri yang melihat adegan itu mengangkat keningnya. ‘Kan aku dah cakap, mamat ni terlebih care.’
Nurin merehatkan kedua tangannya di atas meja. Kepalanya ditundukkan. Dia menutup matanya, ingin menghilangkan rasa pening dari kepalanya. “Aku okey,” ringkas sahaja dia menjawab.

“Betul ke ni? Kalau tak balik rumah jelah,” melihat keadaan Nurin seperti ini semakin khuatirlah dirinya. Nurin hanya mengangguk memberi kepastian. “Nanti kalau balik, hati-hati bawa kereta.”

Mengapa Kau Ada : Bab 12

Bab 12

Hon kereta sudah kedengaran dari luar rumah.

“Intan. Aku pergi dulu ek. Assalamualaikum.”

Intan hanya mengangguk. Matanya masih tidak lepas dari drama di televisyen yang ditontonnya.
“Waalaikumussalam. Jangan lupa kunci pintu tau.”

“Ye.” Aku melangkah keluar setelah memberitahu kawan serumah ku, Intan bahawa aku hendak pergi. Aku hanya mengenakan baju biasa-biasa sahaja. Bukan dress. Walaupun aku tahu yang aku hendak dinner tapi orang denganku dinner adalah uncle ku sendiri. Aku pasti abang Din tak kisah jikalau aku hanya memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja.Aku masuk ke kereta abang Din. Dan tanpa berlengah lagi, abang Din terus memandu keluar dari perkarangan rumah sewaku.

Sepanjang perjalanan, kami hanya berdiam diri. Aku lebih menumpukan perhatian ku ke pandangan luar untuk menikmati keindaham alam di waktu malam. Bukan selalu aku keluar malam-malam macam ni. Malam ini, abang Din tidak banyak bercakap. Aku pun tak tahu kenapa. Selalunya cepat sahaja mulutnya berkata-kata mengenai sesuatu. Tetapi tidak kali ini. Aku ikut ajelah mood dia. Diam sahaja memanjang.

***

Aku menunggu dan masih menuggu. Kadangkala ku halakan pandangan ku customer yang lain yang sedang menikmati makan malam mereka di tamu selera ini. Kemudian aku pandang abang Din yang berada di depan ku. Hati aku dah berdebar-debar rasa nak meletup saje ni menunggu benda yang perlu dicakapkan oleh abang Din. Aku lihat abang Din masih sahaja makan dengan wajah yang tenang. Seperti tidak ada hal yang penting yang ingin diberitahunya kepadaku. Apakah dia sudah lupa tujuan kami makan malam? Ah! Tak mungkin. Kalau dia lupa, pasti dia juga lupa tentang makan malam kami bukan? Menunggu. Takkan aku yang mulakannya dulu kot. Aku menunggu untuk dia memulakan pembicaraannya dulu. 1 saat, 2 saat… Agh! “Abang!”

Abang Din tersedak. “Uhuk uhuk.” Ditelannya makanan yang ada dimulutnya lalu dia mengambil minuman yang terletak di tepi meja lalu diminumnya. “Apa?!” soalnya.

“Cepatlah beritahu Ana tentang benda yang satu lagi tu.”

“Tunggu sekejap lagi boleh tak? Abang tengah makan ni.”

“Tak ada boleh tunggu-tunggu. Ana dah tunggu 30 minit ni ha. Ana pun dah habis makan. Abang tu lah, makan bukan main lambat. Mengalahkan orang pompuan!”

“Abang pulak? Ana tu makan cepat sangat. Cuba kunyah tu 20-40 kali. Ikut sunnah. Ni, baru 5 kali kunyah dah telan.”

“Mana abang tahu Ana kunyah 5 kali je?” ku angkat keningku.

“Tau-tau jelah,” jawabnya malas.

“Beritahu jelah. Dah pukul 9 dah ni.”

“Yelah, yelah.” Abang Din menyudahkan makan malamnya. Sekarang mataya focus ke arahku. Mukanya pun sekarang dah berubah menjadi serius. Abang Din menghela nafas dalam-dalam.Serius betul ke benda yang dicakapkan ni? Gulp! Aku menelan air liur. Takut pulak aku jadinya.

“Regarding that matter…” dia berhenti sekejap. “Sebenarnya…” Dia menyandar. “Ana…” Dia kembali duduk tegak. “Di kampong…” Dia diam lagi. “Satu minggu yang lepas…” Dia meneguk airnya yang masih tersisa. “Ana…”

Aku berkerut dahi. Susah benar untuk abang Din menyusun kata. Nampak abang Din gelisah benar. “Ana apa?” sergah ku tiba-tiba.

“Ana telah dipinang orang.” Terus terhembur keempat-empat perkataan tersebut keluar dari mulut abang Din.

Aku membeliakkan mataku. Mulutku terlopong. Terkilan dengan berita yang baru disampaikan oleh abang Din tadi. Aku langsung tak bergerak. Nak bertanya bila dan siapa, tapi suara ku bagai tersekat di kerongkongku.

“Keluarga Zaim datang meminang.” Zaim? Senior kat university ku dulu tu ke? “Ana ingat lagi tak? Dia baru habis Master di UK. Mereka datang meminang seminggu yang lalu. Kebetulan abang ada kat rumah kak long masa tu. Abang pun cukup terperanjat.”

“M…mak dan ayah terima ke tidak?” ujar ku rendah.

“Mereka sebenarnya tidak ada masalah dengan budak tu tapi kak long dan abang long mahu tunggu jawapan dari Ana sendiri. Yelah, yang kahwin nantikan Ana bukan mereka.”

Abang Din mengamati wajah Ana. Bukan main terkejut lagi Ana mendengar berita ini. Mungkin dia tidak menyangka yang benda ini akan berlaku. Umur boleh juga dikirakan masih muda tapi sudah dipinang orang. Siapa juga yang akan menjangka? Ini semua takdir Allah…

“So… apa jawapan Ana?”

Mengapa Kau Ada : Bab 11



Bab 11

Aku dan Farid masuk ke dalam pejabat. Nasib kami sampai tepat pada waktunya. Tanpa melengahkan masa lagi aku pun terus sahaja duduk dan meneruskan kerjaku yang ku tinggalkan tadi di meja ku. Tempat yang sunyi tadi kini sudah mulai membising. Sejak bila lagi ofis aku ni jadi macam pasar ni? Aduh, susahlah aku nak concentrate ni. Ini kan aku dah sakit kepala dengan apa yang baru aku dengar tadi dari mulut abang Din.

Zaliha mendatangi ku. “Wei. Kau ke mana tadi? Pergi tak beritahu. Balik sama si Farid pulak tu. Aku curiga
ni, jangan-jangan kau ada hubungan eh dengan si Farid tu,” ucapnya. “Sekarang satu pejabat sudah cakapkan pasal korang.”

Mulutku terlopong. O… sebab tulah ofis ni bising semacam je. Rupanya barcakap pasal aku ye. Masa hari tu, gossip tentang aku dengan orang yang menghantar dan ambil aku. Sekarang gossip pasal aku dengan si Farid tu pulak? Ei.. sejak bila ofis aku ni jadi tempat gossip plus pasar ni?

“Tadi aku pergi dengan abang aku. Sorrylah tak ajak kau. Kau ada meeting tadi. Lepas tu, abang aku ajak si Farid tu sekali yang kebetulan ada di sini,” terangku.

“Abang? Setahu aku, kau mana ada abang. Kau anak tunggal je kan?” jelas kelihatan dahinya berkerut.
Aku mengangguk. “Abang yang aku maksud ni lah yang korang fikir boyfriend aku tu. Yang kau jumpa kat restoran mamak hari tu, ingat tak?” Zaliha mengangguk. Lalu aku ceritakan segalanya tentang hubungan aku dengan abang Din dan juga apa yang baru terjadi sebelum lunch sebentar tadi.

Dia tergelak. “Hahaha. Lawak jugak abang kau merangkap uncle kau tu ye. Korang memang dah biase ke dengan berlakon-lakon tu semua?”

Aku mengangguk. “Kau pasti nampak semasa kat restoran mamak tu dulu, ada seorang perempuan yang pakai dress merah. Kau ingat tak?”

Zaliha menaruh jari telunjuknya ke dagunya dan matanya meliar-liar di atas siling, ingin mengingati apa yang aku maksudkan. Lalu, “Oh ye! Ye, ye! Aku ada nampak. Yang dress merah tak cukup kain tu kan? Lipstik dia pun merah macam warna dress dia. Kenapa dengan dia?” Lalu ku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

“Kirakan kamu berdua tu sering jugaklah ye berlakon-lakon macam ni?” tanyanya lagi.

Aku menangguk. “Kami berdua saling memberi dan saling menerima. Dia minta bantuan, aku pun membantu. Kekadang tu macam kes aku dengan si Farid tadi tu, dia yang menghulurkan bantuan tanpa dipinta dan aku menyambutnya dengan senang hati.”

“Hello honey… Honey tengah cakap pasal abang eh?” satu suara yang tidak sedap didengar kedengaran. Farid. Lagi-lagi dia, lagi-lagi dia. Walaupun hensem tapi aku dah muak dah melihat mukanya. Ku lihat sekelilingku. Semua mata memandang kami sambil berbisik-bisik. Aku tahu ni! Mesti mereka fikir yang bukan-bukan.

“Mau honey ek? Kat sarang lebah tu ada banyak. Kau pergi ambik sendiri!” aku jeling si Farid kurang asam tu.

“Jelingan mu memanah hatiku ini,” ahh… dia dah mula dah dengan acara mengayat dia ni, “senyuman mu bagai ubat penawar hatiku ini.” Dia berhenti sekejap. “Senyumlah Ana. Senyum kan sedekah…”

Aku beri senyuman yang paling ‘manis’ buatnya. “Kau nak apa lagi ni?”

“Takde… You know kan yang mereka semua tu sekarang cakap pasal kite. So kau okay ke ni dengan semua ni?”

“Dengan apa?”

“Mereka cakap pasal kite ni lah.”

“Kalau aku tak kisah?” duga ku.

“Kalau Ana tak kisah, aku lagi tak kisah. Tapi benar ke ni? Walaupun Ana tak kisah, kalau si Din tu tau aku yang mampus. Tak pun calon kau tu.”

Zaliha yang masih berada di meja ku itu terus sahaja, “Calon?! Calon apa ni?”

Pejabat kembali riuh semula. Aduh…kenapalah Zaliha ni nak bertanya pun nak terjerit-jerit segala. “Hush! Diamlah!”

“Calon apa ni, Ana? Farid?” Zaliha memandang Farid untuk jawapan.

Tetapi Farid hanya mengangkat bahu, “Kau tanya jelah Ana tu sendiri.”

“Ana! Calon apa ni?” Zaliha menanyakan ku kembali.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. “Aku pun tak tahu, Zal. Abang aku belum bagitahu aku lagi.” Aku menyambung pekerjaanku. Seakan mengerti mereka kembali ke meja mereka masing-masing.

Dalam kerisauan ku, aku ternampak seorang lelaki segak berbaju kemeja yang bercorak petak-petak dengan berseluar panjang berwarna putih masuk ke bilik bos. Siapa dia tu ek?

***
“Kau dengar tak?” kata Izzat sambil menutup pintu bilik tersebut.

“Dengar apanya, Zat?” Syukri bertanya. Matanya masih ditatapkan di komputernya.

“Pekerja kau yang cantik tu, siapa namanya ye?” Izzat cuba mengingati perempuan cantik yang bertudung itu.

“Hah?”

“Damia? Dania? Di…”

“Diana.”

“Oh ye! Diana.”

“Kenapa dengan dia?”

“Aku dengar Diana dah ada calon. Alaa~ terlepas lah aku.”

Syukri menatap wajah Izzat. “Dari mana kau dengar?”

“Aku tanya skretari kau, Zaitun. Yelah, aku curious jugak dengan riuh-rendah di pejabat kau ni. Rupanya mereka tengah cakapkan pasal Diana tu.” Izzazt duduk di atas sofa yang ada di dalam pejabat Syukri.

“Kenapa kau berkenan ke dengan budak tu?” Syukri kembali menatap komputernya.

“Siapa? Diana? Ye, jujur aku katakan aku berkenan. Cantik dan manis orangnya. Kau tak berkenan ke?” Izzat bertanya kepada Syukri. Syukri hanya mendiamkan diri. “Ekhem! Tu lah kau. Asyik bekerja saja memanjang. Kau tak dengar ke bukan main bising lagi pejabat kau ni.” Syukri masih juga diam. “Oh ye, ye! Bilik kau ni kan soundproof. Of course lah kau tak dengar. Eyh, kau tak keluar makan tengah hari ke tadi?” Syukri menghalakan matanya ke sebungkus kotak yang terletak elok di atas mejanya. “Oh…” Hampeh punya kawan! Dia tak jawab satu pun soalan aku. Macam tunggul aku ni ada jugak. Tengah moody lah tu. Macam aku tak tau dia ni cold kat orang selalu. Dekat aku bestfriend dia ni pun cold jugak.

“Kau buat apa kat sini? Macam kau tu tak ada pejabat sendiri.” Syukri bertanya. Mahu mengubah topic.

“Oh ye! Terlupa pulak tujuan aku ke sini. Ni, aku nak bincang dengan kau tentang proposal yang aku cadangkan hari tu….”

Cinta Cetak Rompak : Bab 4


Bab 4

Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Farewell Party Dr. Rina diadakan di sebuah restoran. Bermula pada tengah hari. Acaranya hanya sederhana sahaja. Tidaklah begitu meriah. Hanya secukupnya. Acara dimulakan dengan ucapan Dr. Rina dan harapan yang beliau berikan kepada anak didik beliau. Dr. Rina yang berada di awal 30-an itu terharu dengan kesungguhan anak muridnya ingin membuatkan acara perpisahan yang terakhir. Usaha mereka menunjukkan betapa mereka sangat menyayangi dirinya.

Lalu acara diteruskan dengan wakil kelas iaitu Harith untuk memberi ucapan. Tanpa membuang masa, lauk pauk yang siap dihidang pun dijamah setelah Harith selesai memberikan ucapan.

“Teacher tahu tak siapa yang ganti teacher? Teacher lelaki ke perempuan?” Azri bertanya.

“Saya tak berapa ingat nama dia. Yang pasti dia tu lelaki,” Dr. Rina menjawab.

“Hensem tak Dr.?” Karmila, salah seorang daripada anak murid Dr. Rina yang turut menghadiri acara itu bertanya.

Dr. Rina mengangkat bahunya. “Saya tak tahu. Saya takpernah jumpa dia since dia tu guru baru.”

“Guru baru ek? Okey ke tak ni dia mengajar…”

“Insya-Allah okey.”

Farewell party pun selesai. Ada sesetengah penuntut yang menghadiri acara itu sudah pun pulang menuju ke rumah masing-masing dan ke destinasi masing-masing dan ada juga yang masih tinggal di restoran tersebut mengambil kesempatan untuk berbual bersama rakan masing-masing.

“Korang nampak Nurin tak?” Amirah bertanya kepada Harith dan Azri. Mereka berdua menggeleng. “Manalah Nurin ni pergi.”

“Kat tandas kot. Tak pun kat luar ke, kat kereta ke,” ujar Azri.

***
“Ye Umi? Abah baik-baik sajakan? Nurin balik ye?” ada nada kerisauan di situ.

“Alhamdulillah. Abah kamu sudah stabil sekarang. Demam abah kamu pun dah kebah. Umi telefon ni Cuma nak baritahu kamu ini sahaja. Nurin tak payah lah risau ye. Tak payah balik. Nizam ada sudah kat sini. Nurin focus arah study je ye,” Puan Fatimah mengkhabarkan anaknya.

“Abang Nizam balik? Alhamdulillah. Kalau macam tu, Nurin taklah risau sangat. Baiklah umi, Nurin letak dulu ye. Kirim salam dekat abah dan abang Nizam sekali. Assalamualaikum.” Setelah uminya menjawab salamnya, talian pun dimatikan. Dia mengeluh perlahan. Sekarang dia boleh relax. Dengan adanya abangnya di kampong menemani ibu dan abahnya, dia berasa cukup lega.

“Kat luar kau rupanya Nurin, dari tadi aku cari kau. Jomlah balik,” Amirah tiba-tiba berkata. Dia memandang Amirah lalu Nurin menganggukkan kepalanya, setuju dengan cadangan Amirah. Nurin member kunci kereta kepada Amirah.

“Nah. Awak masuklah kereta dulu. Aku nak ambil beg aku kejap,” dan dengan itu, Nurin memasuki restoran itu semula.

Harith yang sedang melihat Nurin berjalan ke mejanya bertanya, “Nak balik?” Nurin mengangguk. “Hati-hati ye. Pandu cermat jiwa selamat.” Sempat lagi Harith memberi nasihat percuma.

“Yelah. Encik Penasihat,” ujarnya acuh tak acuh sambil mengambil beg tangannya yang berada di atas kerusi yang didudukinya tadi. “Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

Harith menjawab salam tersebut. Dia tersenyum sendiri. Sekarang sudah ada seri diwajah Nurin. Tidak lagi bermuram seperti beberapa hari yang lalu. Mungkin masalah yang dihadapi oleh Nurin sudah selesai. Walaupun Nurin tidak bercerita apa-apa kepadanya tetapi dia tahu Nurin sedang mengalami sesuatu. Apakah hal itu berkaitan dengan keluarganya? Entahlah. Dia sendiri pun tak tahu. Nurin adalah jenis yang perahsia, tidak berapa suka berbagi cerita tentang masalah yang dialaminya. Sebagai sahabat memang Harith ingin tahu tentang masalah itu, ingin meringankan beban sahabatnya itu tetapi sebagai sahabat juga dia tidak dapat memaksa benda itu keluar dari mulut sahabatnya. Kerana kadangkala masalah itu lebih elok jika didiamkan sahaja dan tidak diketahui orang lain.

“Bro, kau ada apa-apa ke dengan Nurin? Aku tengok kau tersenyum aje melihat dia. Kalau katakan care seperti terlebih care lah pulak. Kau suka Amirah tetapi sepertinya kau lebih pentingkan Nurin,” Azri yang dari tadi memerhatikan gelagat Harith meluahkan rasa ingin tahunya.

Harith menghalakan pandangannya kepad Azri yang sekarang ini duduk bertentangan dengannya. “Taklah. Aku tak ada apa-apa. Betul kata kau, aku care. Tapi tak salahkan kalau aku care labih dekat kawan rapat aku sendiri?”

“Memang tak salah. Tapi kalau orang pandang macam kau tu suka kat Nurin tu lah pulak. Care kau tu macam care kepada kekasih. Itu pandangan akulah. “

“Kami kan kawan baik dan kami berkawan sudah lama.”

“Itu ajelah alasan kau. Adake seorang lelaki dan seorang perempuan mengaku mereka itu kawan baik tanpa mempunyai perasaan apa-apa? Bagi aku mustahil tu. Kalau dah kawan lama, sudah tentu dah kenal hati budi masing-masing. Tak kan tak terpikat kot. Hati manusia boleh berubah-ubahlah kawan.”

“Kau tak faham…”

Cinta Cetak Rompak : Bab 3


Bab 3
Pemindahan Dr. Rina ke university lain sudah diketahui kesahihannya. Dan pada pagi Selasa yang cukup mendamaikan itu, Dr. Rina memberikan badge setiap seorang yang berbentuk bulat bergambar kartun seperti Doraemon, Spongebob dan sebagainya sebagai hadiah terakhir darinya. Walaupun anak murid Dr. Rina semuanya sudah dewasa, tetapi dia memberikan mereka badge bergambar kartun. Walaupun begitu, dia tidak kisah. Asalkan niatnya ikhlas untuk memberikan itu semua kepada para anak didiknya.

“Kalau kita adakan Farewell Party buat Dr. Rina hujung minggu ni nak tak?” salah seorang lelaki berkacamata memberi cadangan. Semua memberi kata setuju untuk cadangan tersebut.

“Eh. Tak payah lah. Saya tak memerlukan itu semua. Saya pindah pun bukannya jauh. Dekat jugak sekitar kawasan KL ni,” Dr. Rina membantah.

“Ala, Teacher. Takkan dah ada acara kot hujung minggu ni. Nak dating for the last time dengan boyfriend ek?” usik Azri.

“Eh. Taklah. Mana ada saya dating dengan siapa-siapa. Suami saya nak letak mana? Saya hanya tak ingin menyusahkan kamu semua. Sebagai university student, sudah tentu kamu ni banyak assignment diberi. Yelah, saya tak nak masa lapang kamu tu diluangkan untuk saya pulak. Sepatutnya masa lapang tu kamu isi dengan merehatkan otak dan minda kamu ke tak pun revision ke. Berbaloi jugak kan?”

“No worries lah, Dr. Rina. Surely, we can manage that,” ujar Harith.

Setelah desakan demi  desakan akhirnya Dr. Rina pun bersetuju dengan cadangan tersebut.
***
“Apa kerja kau sekarang ni Zam?” Irwan bertanya kepada sahabatnya, Nizam. Setelah pulang ke tanah air, baru hari ini dia berpeluang untuk berjumpa rakan-rakannya.

“Engineering lah. Kau? Kau kerja dengan syarikat ayah kau ye?” Nizam betanya pula. Setelah selesai mengambil PhD, sudah tentu kawannya seorang itu hendak bekerja.

“Taklah. Aku tak berminat dengan business ni semua. Abang aku yang mengambil alih,” beritahu Irwan. Dia bersyukur sekali kerana menjadi anak kedua. Bererti dia tidak dimestikan untuk bekerja di syarikat ayahnya. Sebagai seorang anak kepada pemilik syarikat sudah tentu syarikat itu akan diwarisi. Sebagai anak yang pertama, abangnya, Iqmal mahu tidak mahu mesti bertanggungjawab untuk menggantikan ayah mereka. Sedangkan dia pula, anak yang kedua diberikan sedikit kebebasan. Nasib abangnya itu memang berminat dalam bidang bisnes. Dan dengan senang hati abangnya menerima tugas yang ayah mereka berikan.

“Tak minat apanya. Kau kan ambil jurusan business jugak.” Kata tak minat, tapi diambil jugak jurusan tersebut. Nizam menggeleng-geleng. Dihirupnya minuman panas yang dipesan olehnya dengan perlahan. Dia berjumpa dengan Irwan disalah sebuah cafĂ© yang sering mereka kunjungi semasa mereka masih bersekolah bersama-sama dahulu.

“Maksud aku, aku tak berminat dengan direct bisnes. Kalau pelajaran bisnes, memang aku berminat. Lagipun aku back-up aje. Kalau ayah aku sibuk, abang aku pun sibuk barulah aku gantikan mereka. Kalau tidak ada apa-apa hal darurat aku tak nak ikut campur. Lagipun aku dah ada kerja yang kurang lebih sama sibuknya dengan businessman.”

“Untunglah kau, Wan. Balik saja, sudah dapat offer unutuk bekerja. Kalau aku dulu, aku terpaksa menjadi penganggur kat rumah tu selama sebulan tau.”

“Perkhidmatan orang macam aku ni memang sangat diperlukan.” Irwan tersengih.
***
“Apa rancangan kau untuk party tu?” Harith bertanya kepada Nurin.

Nurin hanya menggeleng. “Otak aku jam sekarang ini. So jangan tanya lah ek. Kalau ada idea, aku beritahu kau cepat-cepat.”

Harith hanya mengangguk. ‘Patutlah muka tegang semacam. Otak jam rupanya.’ Entah apalah yang difikirkan oleh kawannya yang seorang itu. Jangan sampai membuatkan dia stres saja sudah.

“Kau?” Harith bertanya pula kepada Azri.

“Aku bercadang nak belikan kek. Kau rasa Teacher Rina suka kek flavor apa ek?” dan perbincangan itu berterusan dengan rakan sejurusan mereka yang lainnya.

Cinta Cetak Rompak : Bab 2


Bab 2
Dia menghirup udara segar di Malaysia. Inilah pertama kali dia menjejakkan kakinya setelah 4 tahun menuntut ilmu di negeri orang. Dia melihat keadaan di sekelilingnya. Tak banyak yang berubah. Dia menarik luggagenya dan menuju ke arah keluarganya yang sedia menantinya dari pukul 9 pagi lagi tadi. Dia melihat seorang gadis yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Dia membalas lambaian itu. Dia berlari-lari anak menuju ke arah keluarganya dan dengan pantas dia memeluk mamanya dan ayahnya erat lalu disalam dan dikucup tangan mereka berdua. Dia memandang ke arah gadis tadi yang berada di sebelah kanan ibunya dan dia  tersenyum. Gadis itu membalas senyumannya. Dia menghulurkan tangannya ke gadis tersebut. Gadis itu menyambut dan menyalam tangan tersebut.

“Dah besar adik abang sekarang,” katanya.

“Mestilah sudah besar. Sudah berapa tahun abang tinggalkan Negara ni dan tak lihat Wani? Takkan Wani tak besar-besar kot,” Iwani memuncungkan bibirnya.

“Sudah-sudah. Jom kita balik. Abang Iwan mesti letih duduk kat kapal terbang tu berjam-jam. Nanti saja kalau nak gaduh,” mamanya, Puan Khadijah mencelah. Irwan yang baru balik dari UK, anak lelaki keduanya dan Iwani anak perempuannya yang bongsu memang selalu bergaduh jikalau berjumpa. Memang tabiat mereka sejak kecil lagi. Tapi mereka bergaduh, hanya gaduh kecil-kecil aje. Gaduh-gaduh manjalah katakan.

Irwan atau juga dipanggil sebagai Iwan oleh keluarganya itu hanya menurut kerana dia memang benar-benar keletihan.
***
Dia menghempaskan badannya di atas katil empuk miliknya bercadarkan warna coklat dengan aneka ragam bentuk berwarna hijau. Dia memejamkan mata. Akhirnya dia dapat jugak berbaring setelah lama duduk di dalam kapal terbang dan di dalam kereta menuju ke rumah bertingkat dua ini. Dapatlah jugak dia melepaskan lelah stelah lama bertungkus lumus menyelesaikan PhDnya di negeri orang. Tetapi itu hanya sementara kerana selepas ini dia harus bekerja menyara hidupnya. Perjalanan hidupnya masih pajang. Entah bila, dia sendiri pun tidak sedar, dia pun tertidur.

Pada masa yang sama di rumah besar bertingkat dua itu, Wani menghentakkan kakinya. “Abang Iwan ni! Katanya ada souvenir tapi sampai sekarang Wani tunggu dia tak turun-turun pulak. Jangan-jangan dia sudah buat taik mata kot dalam bilik dia tu,” protes Wani tanda tidak puas hati.

Puan Khadijah yang hendak menuju ke dapur terdengar kata-kata anak bongsunya itu. “Sabar jelah. Nanti tengah hari bangunlah abang Wani tu. Kan dia tengah letih sekarang ni. Ha, Wani tak ada homework ke? Tadi Wani protes kat mama yang Wani ada homework  banyak. Baik Wani siapkan daripada menunggu souvenir Iwan. Tak jugak membuang masa.”

Wani mengangguk dengan muka yang masih tidak puas hati. Wani pun masuk ke dalam biliknya untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh mamanya.

Irwan terbangun kerana terasa perutnya kosong kelaparan. Dia melihat jam dinding dan tertera pukul 12 tengah hari. ‘Patutlah aku terasa lapar. Memang sudah waktu makan rupanya. Pintar jugak perut aku ni ek,’ katanya di dalam hati. Dia lantas bangun lalu duduk, ingin menghilangkan rasa mengantuknya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia mengerutkan dahinya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Lalu dia menggosok-gosok matanya beberapa kali. ‘Ah. Mungkin sebab aku masih mengantuk kot.’ Setelah selesai dia membuka matanya kembali. Masih sama. Lantas dia bangun dan menyelak langsir dan melihat ke luar tingkap. ‘Wush! Terang benderangnya. Panas terik matahari.’ Dia menghalakan pandangannya ke kiri lalu ke kanan lalu ke kiri semula melalui tingkap tersebut. ‘Aku macam kenal pemandangan ini. Tapi…’ Dia masih belum ingat.

Dia melangkah dan keluar dari bilik tersebut yang agak berlainan dengan bilik yang didiaminya selama ini melalui pintu bercat kelabu itu. Dan dengan itu dia terberhenti dari bergerak setelah melihat adiknya, Wani melintas di hadapannya.

Dia menepuk dahinya dengan telapak tangannya lalu tersenyum. Sekarang baru dia teringat. Diakan sudah pulang ke tanah air, ke negerinya Malaysia. ‘Hish, macam mana aku boleh lupa ni.’ Dia menggelengkan-gelengkan kepalanya dengan senyuman yang masih kekal di bibirnya.

“Yang abang tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa?” lancar saja soalan itu keluar dari mulut Iwani. Iwani mengerutkan dahinya kehairanan. ‘Abang aku ni kenapa? Macam orang gila lagaknya. Tersenyum-senyum kemudian geleng-geleng. Apalah.’ “Souvenir Wani mana?”

“Souvenir aje dia ingat. Sabar sikit tak boleh ke? Karanglah abang bagi,” Irwan membalas.

“Sabar-sabar. Sabar Wani dah habis. Wani dah tunggu abang Iwan dua jam tau. Penat Wani tunggu!”

“Hish, sabar kejap lagilah. Lepas Zohor nanti abang bagi. Okey?”

Wani mencebik, “Yelah yelah.”
***
Puan Khadijah tersenyum kelegaan apabila melihat anak keduanya itu makan dengan penuh berselera. Empat tahun di negeri orang, sedikit sebanyak membawakan perubahan terhadap diri Irwan secara fisik. Makin sasa dan kacak. Dia bangga mempunyai anak seperti Irwan kerana tidak lelah untuk menuntut ilmu tinggi-tinggi. Ilmu dunia dikejar,dia berharap ilmu akhirat masih kekal di dalam diri Irwan. Walau setinggi dan seluas manapun seseorang itu menuntut ilmu, ilmu agama juga harus seimbang.

“Sudah-sudahlah ditenung si Iwan tu, Jah oi. Nasi awak pun dah nak menangis tu sebab awak tak lagi makan diorang,” En. Yussof menegur isterinya. Dia tahu bahawa isterinya itu merindui Irwan walaupun anaknya itu sekarang sudah berada di hadapannya kini.

Terhenti makanan Irwan. “Lah… Mama ni belum makan lagi ke? Makanlah. Kenapa tengok muka Iwan pulak? Muka Iwan mana ada nasi, tak beri kenyang pun,” ujar Irwan.

“Ada-ada jelah kamu ni, Wan. Yelah. Mama makanlah ni,” Puan Khadijah akur.

“Lepas ni Iwan nak buat apa? Dah nak mula kerja ke?” ayahnya, En. Yussof bertanya.

Irwan menggeleng. “Taklah, ayah. Iwan kena beri peluang untuk berehat selama satu minggu aje. Lepas tu, Iwan kerja lah.”

“Sudah dapat tawaran kerja ke?” En. Yussof bertanya lagi. Irwan mengangguk. “Sebagai apa?”

“Entahlah. Iwan belum buka lagi surat kerja tu. Tapi ada cop dari Kementerian Pendidikan,” beritahu Irwan. Ayahnya hanya mengangguk.

“Abang Iwan, jangan lupa souvenir Wani tau,” Iwani mencelah.

Cinta Cetak Rompak : Bab 1


Bab 1
“Hoi!” sergahnya tiba-tiba. Harith yang asyik menjamu selera di kantin unversitinya itu tersedak. Dengan pantas dia menghulurkan secawan air milo yang memang berada di atas meja itu kepada Harith. Harith yang sedang menepuk-nepuk dadanya akibat tersedak menyambut huluran yang diberikan dan dengan rakus dia meminumnya. Setelah terasa bahawa sekarang tekaknya  sudah reda, dia menjeling tajam kepada orang yang menyergahnya.

“Apa hoi hoi? Tak reti nak beri salam ke?” marah Harith. Lebih geram lagi apabila orang yang menyergahnya itu sedang asyik mentertawakannya.

“Lawaklah muka kau, Rith! Habis merah muka kau! Hahaha,” tanpa riak bersalah, dia terus tertawa.

“Ha-ha-ha,” Harith ketawa secara tidak ikhlas. “Tak padanlah dengan kau. Perempuan aje, tapi ketawa, satu kantin boleh dengar. Tak sopan langsung.”

“Hish kau ni, sikit-sikit perempuan, banyak-banyak perempuan jugak. Tak habis-habis nak komen tentang etika aku ni sebagai seorang perempuan,” protesnya.

“Aku bukanya nak komen, aku bagi nasihat aje. Betul apa yang aku cakap ni; kalau rasa diri tu perempuan bersikaplah keperempuanan. Ini, pakai jean apa segala, dah macam lelaki pun ada jugak aku tengok. Nasib kau tu pakai tudung kalau tak pasti orang fikir kau ni lelaki sungguhan.”

“Ceh,” dia mencebik, “tahulah si Amirah tu pakai baju kurung, sifat pun lembut. Kau janganlah samakan buah hati kau tu degan aku. Mana sama!”

“Ha. Yang kau datang ni kenapa?” soal Harith, ingin mengubah topik. Tak nak dia lama-lama dia bercakap tentang Amirah, nanti tak habis-habis kawan baik dia yang berada di hadapannya kini mengusiknya.

“Oh ye! Nasib baik kau ingatkan. Sedikit lagi aku lupa. Em… Aku nak confirmkan tentang study group kita pukul 2 ni. Kau datang tak?”

“Mestilah aku datang, Nurin. Tak kan tak datang pulak,” jawab Harith.

Kawan baik Harith yang bernama Nurin ini tersenyum nakal melihat ketekunan Harith menjawab soalannya.”Kau bukannya apakan. Saja datang sebab kau tahu buah hati kau datang jugak.” Sengaja Nurin ingin mengusiknya.

Harith tersedak buat kesekian kalinya. ‘Dia tahulah pulak. Kantoi!’ “Sikit-sikit buah hati. Kau ni!” Dia memandang Nurin.

“Yelah, buah hati. Bukan aku tak tau yang kau tu syok kat dia. Dari awal tahun kita kat sini lagi. Aku kenal kau dah lama. Bila lagi kau nak tackle dia, bro?” Memang dirinya dan kawan baiknya, Harith sudah lama kenal itu kerana mereka dari kelas dan sekolah menengah yang sama. Dulu di sekolah menengah pun Harith pernah ada hati jugak dekat seseorang tetapi Harith tidak bertindak sama sekali walaupun setelah mengetahui bahawa perempuan itu jugak menyukai Harith. Nurin bertanya kenapa mereka tidak couple sahaja, jawab Harith ialah kerana mereka masih muda remaja. Masih awal jika nak bermadu asmara. Lagipun kalau orang bermadu kasih ni, selalunya berdua-duaan kalau dating. Itu yang dia tak nak. Kerana jika seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duan, akan ada orang ketiga. Itu yang bahaya. Tapi sekarang Harith sudah pun berada di universiti, sudah dewasa. Bukankah waktu di universiti ini adalah masanya untuk mencari pasangan hidup? Nurin sendiri pun tak tahu cara permikiran Harith. ‘Apa-apa jelah kawan…’

“Aku kan lelaki. Senang aje; beri surat cinta ke, beri bunga ke, beri coklat ke. Aku dapatlah. Kau tu yang aku risaukan. Sudahlah serius semacam. Orang lelaki pun payah nak cuba dekati kau. Apa orang kata, jinak-jinak merpati? Hah, padanlah peribahasa tu dengan kau. Kau tu bila nak berubah? Cuba pakai baju kurung ke ape ke. Kan elok. Kalau aku kau suruh tackle perempuan. Kalau kau sampai bila-bila pun tak kan dapat boyfriend sebab mereka takut dengan orang yang serius macam kau ni.”

‘Sejak bila pulak bertukar topic tentang aku ni?’ protes Nurin di dalam hati. “Mereka takut aku sebab aku serius?” tanya Nurin,jari telunjuknya di tujukan ke mukanya. “Kalau mereka takut dan susah nak kawan dengan aku kenapa kau tak takut dengan aku? Kenapa kau senang-senang je jadi kawan aku? Merepeklah mereka ni.”

“Aku kenal kau dah lama. Lagipun, dengan aku kau tunjuk a different side of you. Happy, fun. Tapi kalau sama mereka, kau tunjukkan the serious side.”

“Lah, ye ke? Aku rasa, mood aku dengan kau dan dengan mereka sama aje pun. tak de yang lainnya.”

“Yelah. Kau aje yang tak perasan. Oh ye, kau tak ada kelas ke awal ni?” tanya Harith.

Nurin melihat jam ditangannya. Lalu dia menggeleng. “Tak. Okeylah. Aku nak ke library dulu, aku booking tempat untuk kita study group nanti.” Setelah melihat anggukan dari Harith, dia pantas berlalu dari situ.
***
“Aku dengar Teacher Rina nak move kat university lain,” Azri memulakan bicara sementara menunggu kawan-kawannya yang lain untuk datang ke study group itu.

“Betul ke ni? Dari mana kau dengar ni, Azri?” tanya Harith. Dr. Rina adalah salah satu cikgu alias pegajar favouritenya kerana baginya cikgu itu baik dan apa sahaja yang beliau ajarkan, akan mudah masuk ke kepala. Apatah lagi cikgunya itu cool dan sporting. Tak pressure sangat dalam bahagian kerja-kerja yang diberikan. Tapi dengan mendengar bahawa cikgunya yang satu itu hendak berpindah membuatkannya sedih.

“Top secret. Aku tak nak bagitahu. Tapi itu yang aku dengar,” jawab Azri. Azri adalah rakan yang rapat dengan Harith. Begitu juga dengan Nurin. Tetapi rapatnya dengan Nurin tidaklah serapat Nurin dengan Harith. Dia pernah cuba merapati Nurin tetapi Nurin bagaikan membina dinding antara mereka seakan-akan tidak ingin dirinya dari bergaul rapat dengan lelaki lain selain Harith. Walaupun mereka sudah rapat sekarang ini tetapi dia masih terasa bahawa dia masih belum cukup mengenali Nurin yang sebenar, masih terasa jauh.

“Rancaknya korang bercerita. Sampai hati korang tak tunggu aku,” Amirah mencelah. Amirah yang baru datang terus sahaja duduk mengambil tempat sebelah Nurin. Dia meletakkan buku-buku yang telah disediakannya untuk belajar ke atas meja.  Lalu dia melihat kedua-dua jejaka dihadapannya. “Korang cerita tentang apa?”

“T..Tentang Dr. Rina,” Harith menjawab. ‘Aduh. Kenapa aku gagap pulak ni,’ Harith berkata di dalam hati. Gagap jadinya apabila Amirah memandang tepat ke matanya.

Nurin tertawa kecil. Dia tahu kenapa Harith menjadi gagap seperti ini. Dia sudah masak dengan perangai Harith yang tiba-tiba sahaja gagap kalau Amirah berada dekat dengannya. Lalu Nurin memberitahu Amirah tentang apa yang Harith dan Azri sedang ceritakan.

“Aku ada jugak dengar tentang berita tu. Betul ke?” Amirah bertanya setelah Nurin selesai bercerita kepadanya.

“Aku dengar Teacher Rina akan move minggu depan,” Azri memberitahu.

“Kalau betul siapa agaknya yang akan mengganti Dr. Rina ye? Aku harap pengganti Dr. Rina tu pun best jugak macam Dr. Rina,” luah Harith.

“Kita tengok sajalah minggu depan,” ujar Nurin. “Daripada memikirkan tentang Dr. Rina kenapa kita tak mulakan saja study group kita ini? We’ve wasted 10 minutes on this matter,” cadang Nurin.

“Yelah yelah,  Nurin,” Harith juga memang masak dengan perangai Nurin yang tidak suka membazir masa dengan sesuatu yang tidak begitu penting baginya.  Nurin adalah seorang yang komited dan selalu tepat masa. Kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.


Dan dengan itu mereka memulakan pembelajaran mereka.

Mengapa kau ada : Bab 10

BAB 10

“Kenapa Ana tak balik-balik? Dah dua minggu ni. Emak Ana rindu kat Ana. Dia takut ada sesuatu yang terjadi kat Ana,” beritahu abang Din.

“Ana pun rindu jugak kat mak. Ana ada call mak semalam tapi tak sambung. Kenapa ek?” tanya ku.

“Wayar telefon kan dah putus. Ana tak tahu ke?” aku menggeleng. “Tulah, tak balik. Bila Ana nak balik ni?”

“Hari Jumaat ni kot. Kenapa?” soalku. Dia hanya menggeleng. “So, abang jumpa Ana kat ofis hari ini sebenarnya disuruh oleh emak untuk bertanyakan hal Ana aje ek?”

“A'ah. Tapi tak sangka lah pulak terpaksa berlokan sekejap jadi suami Ana ye kan? Tapi tak apalah. Abang dah biase pun. Lagi pun selama ni abang saja yang minta tolong Ana untuk menyamar, apa salahnya kan abang bayar hutang abang balik?”

Aku tergelak kecil. Ye, memang aku dah kerap kali menyamar menjadi girlfriend abang Din lah, isteri pun pernah jugak. Tapi aku sendiri pun tak pernah tengok abang Din berjalan dengan mana-mana perempuan. Kata kan tak laku, tak jugak. Kalau tak kenapa lah aku susah-susah jadi girlfriend dia, betul tak?

“Kenapa Ana tak pernah tengok abang Din jalan-jalan dengan mana-mana perempuan? Kenapa abang tak pernah ada girlfriend?” ringan sahaja mulutku ini bertanya.

Abang Din agak sedikit tersentak dengan pertanyaan ku. tapi wajahnya masih tenang, “Abang dah jumpa dengan banyak perempuan. Abang dah kenal dengan banyak perempuan. Kekadang tu abang berusaha mengenali mereka hanya untuk memaksa hati abang ni terpikat dengan dorang tapi abang sendiri pun tak tahu lah. Abang sendiri pun tak faham dengan hati abang ni. Dah berkali-kali abang mencuba tapi tak ada satu pun yang abang terpikat. Hati abang belum berkenan.”

Dia menyambung, “Abang ada terjumpa seorang perempuan ni. Dia cantik tapi pakaian dia Masya-Allah. Ada lagi yang bertudung litup tapi di pejabat sahaja. Ada lagi yang bertudung tapi pakaian ketat disini ketat disitu. Ada lagi yang abang lihat dia tu rajin sembahyang tapi mulut dia tak pandai nak jaga. Adalagi yang anggun,yang ayu tapi dah berpunya. Adalagi yang baik, rajin menolong tapi agama dia… satu pun abang tak terpikat.”

Aku tercenggang dengan penjelasan abang Din. Wuii, bukan main banyak lagi kenalan perempuan abang Din ni. Tapi tak hairanlah, abang Din ni hensem, sembahyang pun tak tinggal, orangnya pun baik, tak pemarah alias penyabar, sometimes manja tu ada lah jugak, tenang dan cool saja…

“Oh ye! Kenapa si Farid tu panggil abang Mamat Cool kat sekolah dulu?” aku ingin tahu.

“Masa abang tinggal dengan Mak Su dulu, abang sekolah menengah kat KL ni. Di situlah abang kenal si Farid tu. Ana jangan hairan tau, abang dan Farid tu popular kat sekolah. Pelajar-pelajar kat sekolah tu yang memberikan jolokan nama Mamat Cool tu kat abang, Mamat Romeo tu kat Farid dan satu lagi kawan abang Mamat Hot. Kami bertiga ni bestfriend. Mereka panggil abang dengan Cool tu sebab abang ni tak kisah, buat tak tau je, selamba. Well, you know me lah. Si Farid tu Romeo sebab dari dulu dia memang pandai mengurat perempuan, dah banyak girlfriend dia dah. Kawan abang yang lagi satu tu, Hot sebab dia tu hot-tempered. Ketua kami ialah Mamat Hot tu. Tapi sebenarnya tak adalah. Tak ada ketua pun dalam kumpulan kami. Abang pun tak tahu siapa lah yang mulakan itu semua. Karut je tu.”

“Wow! Cayalah abang Din ni. Tak sangka pulak kat sekolah dulu-dulu tu abang famous. Your glamour is still there though abang Din dah bekerja. Masih jugak ramai perempuan yang nak dengan abang kan.”

“Farid tu belum ada bini lagi ke?” aku menggeleng. “Hairan jugak abang ek. Mamat Romeo yang terkenal kat sekolah dulu masih belum ada isteri, kenapa ye? Mungkin sebab dah ada banyak girlfriend, dah tak ada orang sanggup jadi isteri dia.”

Aku tergelak kecil, “Mungkin kot.”

“Dah tua pun belum beristeri lagi. Dah pandai mengayat tu, pakai jelah kelebihan tu.”

“Tua? Kalau Farid tu dah tua, abang tua jugaklah. Abang bila lagi nak bagi Ana seorang auntie ni?”

“Belum ada yang berkenan lah..”

“Belum ada konon. Abang tu yang memilih sangat.”

“Bukan memilih tapi belum jumpa yang sesuai.”

“Kalau belum jumpa, jumpalah cepat-cepat…”

“Insya-Allah. Ana doakan lah ye agar abang cepat berjumpa dengan jodoh abang.”

“Amin…Insya-Allah bang.”

Kami diam. Hanya celoteh-celotah DJ sahaja yang kedengaran. Abang Din sedang menghantarku balik ke ofis selepas lunch tadi. Farid? Dia naik pakai kereta dia sendiri lah.

“Ana free tak malam ni?” abang Din bertanya.

“Umm…” aku berfikir sejenak, “free kot. Kalau bos tak beri kerja last minute. Kenapa?” ku tatap wajahnya.

“Abang nak ajak Ana dinner, nak tak?”

“Waish… nak lah. Rezeki jangan di tolak. Apa lagi dalam hal makanan ni. Tapi apa hal abang tetibe je ajak
Ana dinner ni?” soalku curiga. Jarang-jarang abang Din ni ajak aku makan malam. Makan tengah hari ke, breakfast ke, apa ke, itu selalu lah jugak tapi yang ni, tak. Musykil aku jadinya.

“Tak ada apa-apa lah. Abang ada duit lebih ni. Sebab tulah abang ajak Ana dinner ni,” katanya masih ingin meyakinkanku.

“Kalau ada lebih duit, bagi je kat Ana. Kat kedai buku tu, lebih kurang 10 buah buku yang Ana belum beli lagi. Ah, meh duit tu. $100.”

Abang Din menjengilkan matanya. “Ana ni! Buku, buku, buku. Novel, novel, novel.” Aku tersenyum kambing. Heheh.

“Yelah. Abang ni aneh tau. Out of the blue ajak Ana dinner. Orang selalunya nak ajak dinner nak propose kat someone ke, nak romantik-romantik gitu. Selalunya orang keluar dengan girlfriend dia ke atau makwe sepecial dia ke. Ni tak. Abang ajak Ana. Ana ni your niece! Atau jangan-jangan,” aku tatap abang Din dengan pandangan yang mencurigakan.

Abang Din melihatku. “Ape?! Jangan Ana fikir abang nak propose Ana sudah! Sebenarnya, abang nak jumpa Ana ni ada dua sebab. Satu sebab nak beritahu tentang kekhuatiran kak long dan satu lagi tu…” abang Din berkira-kira sama ada dia beritahu awal ni je atau pun karang.

“Dan satu lagi tu….” Aku mengulangi ayat nya. Dan satu lagi tu apa? Cepatlah beritahu!

“Dan satu lagi tu, abang beritahu karang malam. So actually abang ajak Ana dinner malam ni sebab nak baritahu tentang hal yang satu lagi ni. Nak beritahu awal ni, tak dapat. Sebab hal ni panjang tak boleh dipendek-pendekkan.”

“Alaa… beritahu jelah. Sikit je. Bagi clue.”

“Tak boleh! Mesti karang malam jugak. Hal ni serius. Eh, bukan. Dua-rius lah.” Mukanya pun serius.

“Tentang apa ni?” jangan-jangan pasal orang di kampong. “Mak dan ayah sihat kan?”
Abang Din mengangguk. “Ini tak ada menyangkut dengan kak long dan abang long. Tetapi hal ni, mereka lah yang suruh abang bagitahu.”

“Kalau bukan pasal mak dan ayah. Pasal abang ek?” tapi pasal apa pulak? Aduh.. aku jadi bingung. “Jangan-jangan… abang dah ada girlfriend, dah ada calon, abang nak meminang, begitu?”

Abang Din tersenyum kelat. Hahaha, sepertinya tekaanku benar. “Bukan abang tapi Ana…” jawapannya dalam nada yang halus tapi masih dapat aku mendengarinya.

“Hah?” tanyaku, pura-pura tak dengar. Berharap agar abang Din mengulanginya lagi.

“Sudah, sudah. Jangan tanya abang lagi. Abang janji abang beritahu semuanya nanti malam. Ni dah nak dekat pukul satu petang. Nanti bos Ana marahi Ana, baru Ana tahu. Nanti Ana salahkan abang jugak kan.” Abang Din ni sengaje je kan dia cakap macam ni. Dia tak nak aku tahu awal ni.

“Please lah, bang. Pasal apa ni?” aku merayu.

“Tunggu saja,” ditolaknya tubuhku. Tapi ku keraskan. Ditolaknya lagi sehingga aku menyerah kalah dan mejejakkan kaki ku keluar dari keretanya. Ku tutup pintu keretanya dengan kuat tanda tidak puas hati. Abang Din tersengih. Dia menundukkan sedikit kepalanya supaya dia dapat melihatku dari jendela penumpang sebelah pemandu. “Abang jemput Ana nanti malam pukul 8.30 kat rumah sewa Ana. Ok?” aku mengangguk. “Assalamualaikum.” Ku jawab salamnya dalam hati. Dia terus sahaja meninggalkan ku.

“Kenapa muka masam saja ni? Kena tinggal oleh cik abang tersayang eh?” sepertinya soalan itu ditujukan ke arahku. Ku lihat tuan punya suara itu. Farid!

“Kau ni Farid. Tak reti-reti ke? Dia tu uncle aku la, UNCLE aku. Masih tak percaye ke?” tanya ku, ter-annoyed.

“Haha. Percaye, percaye,” dia anggukkan kepalanya beberapa kali, “tapi muka kau tu. Macam kena tinggalkan oleh boyfriend je.”

“Sudahlah. Jom kita naik. Nanti bos marah lagi,”kataku dalam nada yang agak tegas.
Dia terus mengikuti ku dari belakang.

Mengapa kau ada : Bab 9

BAB 9

Mulutku terlopong. Isteri? ISTERI?! Isteri dia, dia kata? Amboi-amboi. Sedapnya mulut. Nak ditambah lada tak ni mulutnya ni. Naik geram aku jadinya.

Tapi sebelum ku sempat memarahinya, satu idea yang cukup bernas singgah ke benak fikiran ku. Aku tersenyum nakal.

“Eyh, abang?” tanya ku dengan lembut, pura-pura terperanjat. Lalu ku mendekatinya dan ku salam tangannya meninggalkan Farid yang bermuka pucat yang sedang berdiri bertepatan dihadapan dengan meja kerja ku.
“Abang buat apa kat sini? Abang dah makan?” tanyaku penuh perihatin.

Seakan mengerti, ‘suami’ ku pun menjawab, “Abang ada hal tadi sekejap. Sayang dah makan ke belum ni? Ingat nak ajak isteri kesayangan abang ni makan tengah hari.”

“Suami kesayangan Ana ni lapar ek? Jomlah,” aku terus mengajaknya sambil memaut lengannya. Aduh. Terlebih gedik pulak aku ni. Ugh!

Tapi langkah ku terhenti apabila ‘suami’ ku berpaling ke belakang dan melihat ke arah Farid, “Saya ada hal nak cakap dengan awak regarding my lovely wife. You should come and join us.” Wah, bukan main tegas lagi dia bercakap.

Farid menelan liur. Gulp. ‘Matilah aku ni! Pasti aku kena belasah oleh suami Ana ni.’ Mahu tidak mahu, Farid mengikuti pasangan dua merpati sejoli di hadapannya dengan langkah yang pasrah.

***
“Sayang nak makan apa?” ‘suami’ ku bertanya. Tapi sebelum aku sempat menjawab, dia terlebih dahulu bercakap. “Dik, bagi ayam peyet satu dan teh c satu.” Aku menjeling manja sambil tersenyum manis. Haha, menjeling manjalah konon.

Ooohh.. aku tahu rancangan dia ni. Aku pun nak jugak lah! Aku tak mahu kalah. “abang nak makan apa?” dia tersenyum sahaja melihat ku tanpa memperdulikan pertanyaan ku, “Dik, bagi nasi goreng kampong satu dengan teh tarik halia satu ye.”

Aku, ‘suami’ku dan pelayan tersebut berpaling ke arah Farid, menantinya untuk memberitahu menu yan hendak dia makan. ‘suami’ ku memandangnya tajam. Farid menelan liur. “Er…er… beri saya mee goreng biasa dengan teh tarik satu.”

Hahaha! Lawak. Lawak sangat! Kalau boleh, nak saja aku ni gelak sangat-sangat. Tapi bukan sekarang ni. Masa ni masih ada shooting drama yang terhangat di pasaran sedang dijalankan yang dilakonkan oleh, tidak lain dan tidak bukan aku sendiri.

“Macam mana abang boleh masuk kat pejabat Ana tadi?” aku bertanya. Aku sememangnya kehairanan tentang cara dia masuk dengan senangnya ke dalam ofis sedangkan ofis ku adalah bahagian di mana yang dibenarkan masuk hanyalah karyawan sahaja.

“Ohh… itu. Abang kenal dengan security guard tu. Abang beri alasan jelah yang isteri abang sedang menanti. Tengah sakit, sarat mengandung.”

“Sarat apanya? Kempis je ni perut Ana ni.”

“Me…me… mengandung?” Farid yangbisu dari tadi, akhirnya keluar jugak suaranya.

“Ye, mengandung. Kau ada masalah ke?” tanya ‘suami’ku kasar.

“T…tak.” Dilarikan padangannya dari kami berdua. Gagap betullah Farid ni. Takut lah tu.
***
Setelah selesai makan, this is the time comes for the man to man talk.

“Sudah-sudahlah tu bang. Bukan main takut lagi Farid tu dengan abang,” kataku, ingin menyudahkan lakonan kami.

“Yelah kan. Abang pun dah penat berlakon ni,” ujarnya setuju.

Farid sudah mula mengangkat kening, kehairanan. ‘Lakonan apa yang dorang maksudkan ni? Aku tak fahamlah.’

“Awak Farid bin Omar kan?” tanya abang Din. Farid mengangguk laju. “Betul kau lah ni!” betul apanye? “Farid si playboy kat sekolah menengah dulu tu kan? Mamat Romeo, betul?” sekarang giliran aku pulak yang berkerut dahi. Apa ni?

“Eh? Macam mana awak tahu? Awak ni siapa sebenarnya?” Farid bertanya.

“Ini aku lah Hafizuddin!”

“Hafizuddin?” dia mengerutkan dahinya, ingin mengingati tuan punya nama tersebut. “ Mamat Cool kat sekolah dulu tu ke? Din ke?” tanya Farid.

Abang Din mengangguk, “Yelah. Aku lah tu.”

“Kau? Apa hubungan kau dengan Ana?”

“Kami suami isteri,” selamba badak sahaja abang Din ni menjawab.

“Bukanlah!” aku mencelah. “Jangan percaya apa yang dia cakap tu! Dia tipu je tu.”

“Tipu? Tipu apa nya? Kamu berdua dok asyik bermesra-mesraan dari tadi. Tipu ke tu?,” sinis pertanyaan Farid.

“Kami suami isteri olok-olok je. Tak nikah pun. Kalau nikah, tak dapat jugak,” kataku.

“Ana nak nikah dengan abang ke?” abang Din nakal bertanya.

“Hish, abang Din ni! Haram nikah tau tak! H.A.R.A.M!!!” sempat lagi ku eja perkataan haram tu.

“Wei, wei. Apa ni?” Farid kebingungan.

“Kenalkan Ana ni anak buah aku. Dan aku ni uncle dia,” beritahu abang Din.
***
“Aku dah agak dah yang Farid yang dimaksudkan Ana tu adalah kau,” kata abang Din.

“Macam mana abang tahu?” tanyaku.

“Dari first time Ana cerita kat abang orang yang suka kacau Ana tu. Few days later, abang nampak dia keluar dengan perempuan lain. Lagipun masa tu abang nampak muka dia ni dari jauh, tapi abang tak tegur sebab masa tu abang sibuk sangat.”

“Oh… jadi korang berdua ni tipu aku lah ye! Berlakon, macam tu?” tanya Farid, melihat kami berdua, silih-berganti. Kami mengangguk. “However, I’m impressed by your acting. It’s natural.even aku pelakon nombor satu kat dunia ni pun fikir kamuberdua ni suami isteri yang benar dan sah. Aku pun hampir tak kenal kau lagi, Din. Kau sudah berubah dari penampilan kau. Sebab tulah aku tak berapa nak cam kau.” Dia senyap sekejap. “Kalau kau bukan suami Ana and kalau Ana masih tak ada boyfriend then aku masih ada kesempatan lah tu kan?”

Abang Din pukul kepala Farid dengan pukulan yang ringan. Farid pura-pura kesakitan. “Ana ada boyfriend ke, tak ada boyfriend ke, kau duli apa? Dari dulu sampai sekarang kesempatan kau tu dah hilang,” abang Din member jawapan.

“La… kenapa pulak?” tanya Farid.

“Kau ni! 10 tahun aku tak jumpa kau, perangai kau masih sama jugak. Dasar Mamat Romeo. Hah! Padanlah nama tu kat kau. Kata suka, kata cinta tapi di belakang Ana bermesra-mesraan dengan perempuan lain. Aku tak kan beri Ana kesayangan aku yang tulus dan pulus ni sembarangan dekat orang lain tau tak!”

Terusik hatiku tatkala abang Din cakap macam tu. Wah! Terharu! Nak mengalir saja air mataku ketika ini. Sejak bila abang Din pandai berkata macam ni?

“Jangan overprotective sangatlah dengan anak buah kau. Bagi je kat aku,” sudah kantoi masih saja si Farid ni berkata.

“Yes, dia masih single. Tapi dia tak available seperti mana yang kau harapkan. Dia dah ada calon,” tenang sahaja abang Din memberitahu.

“Betul ke ni, Ana?” Farid bertanya.

Aku berfikir sejenak lalu aku mengangguk.

Mengapa kau ada : Bab 8

BAB 8

“Kak Looooong…”

“Apa lagi ni Din?”

“Kak long, Din nak makan nasi goreng kampung. Boleh tak?” pinta abang Din dengan mata berkelip-
kelip,mengharap.

“Nak makan nasi gorang kampong ek?” Din mengangguk. “Beli jelah!” ujar ibuku ringkas.

Terus sahaja abang Din mempamerkan riak wajah yang sedih. Hahaha! Lawaklah abang Din ni. Dengan emak pun bermanja ke? Sedih konon. Tipu je tu…

“Din mana ada duit kak long…” rintihnya.

“Kat bank kan ada,” ibuku masih tidak mahu mengalah.

“Alaa~ kak long. Kat kampong ni mana ada bank. Kat bandar tu adalah.”

“Pergi jelah.”

“Jauhlah.”

“Kereta kan ada. Ada aku suruh kau jalan kaki?”

“Please lah kak long, tolong ye. Din mengidam ni.”

Aik? Aku tak salah dengar ke?

“Mengidam apanya kau? Kau tu laki. Pembawaan anak, tak jugak. Sedar-sedar lah oii, kau tu belum lagi kahwin.” Jawapan yang terlintas di dalam fikiran ku sudah dikemukan oleh emakku sendiri. Macam tau-tau je mak ni, apa yang aku fikirkan.

“Kaklooooong……..” hish, abang Din ni! Tak nak kalah jugak. Walaupun emak dengan abang Din memang rapat sejak kecil lagi kerana ibu lah yang dikirakan menjaga dan mengganti tempat nenek aku ketika abang Din baru berumur dua tahun lagi. Kalau orang lihat, pasti orang menyangka mereka ni anak-beranak bukan adik-beradik. Padahal, hakikatnya mereka sebenarnya adik-beradik. Abang Din ni manja melebihi manja adik kepada kakaknya tapi seperti anak kepada ibunya. Manja berlebih. Aku ni yang anak emak sendiri pun tak lah manja macam tu sekali.

“Yang Ana gelak kat abang ni kenapa?”

Aku terus mematikan tawa dan mencuba sedaya upaya untuk selambakan wajah ku, “Tak ada apa-apalah bang. Ana kesian je lihat abang Din sampai merayu-rayu macam tu sekali.”

“Hah! Tahu pun kesian tapi kenapa gelak?”

Tawa yang ku cuba tutup-tutupi akhirnya ku lepaskan jua. “Mengidam ek? Tu dalam periuk tu ada nasi goreng kampong. Makanlah. Kebetulan emak masak nasi goreng kampong hari ini.”

Sebelum sempat ku melihat reaksi wajahnya dia sudah berlalu pergi ke dapur.

Aku dan abang Din makan bersama di ruang makan. Emak sudah masukke biliknya untuk berehat.

“Abang punya kereta bila keluar? Dah nak 1 minggu ni,” aku membuka topic.

“Ana sepertinya tak suke je kalau abang Din pinjam kereta Ana.”

“Bukan macam tu…”

“Habis?”

Apa ye? Tak tau nak beri jawapan apa. “Seganlah dengan kawan-kawan Ana kat dalam pejabat tu. Mereka asyik tertanya-tanya je siapa yang hantar Ana ke pejabat. Setiap Ana masuk pejabat tu, semua mata kat Ana. Tanya Ana macam-macam soalan. Boyfriend ke, tunang ke, calon suami ke? Bukan tu je,mereka sempat dok usik-usik lagi. ‘Wah…cik adik manis tak nak bagitau kite dia punya future husband laa..’ ‘Pipi dah merah macam kena blusher 10 kali brush lahh, malu le tu.’ Ana rimas lah dengan itu semua. Ini semua kerja si Farid kurang asam tu! Dia Nampak Ana seminggu yang lalu, semasa pertama kali abang hantar. Dia tak tahu pun status kita ni, Terus aje dia sebar kat seluruh ofis. Mulalah sesi ‘Question&Answer.’” Terangku panjang lebar.

Tipu ke? Hish, taklah. Betul lah apa yang ku cakapkan ni. Seminggu di hantar oleh abang Din, seminggu juga di usik. Sebulan di hantar oleh abang Din, agaknya sebulan jugak kena usik. Hish! Naik rimaslah.

“Ana jawab ke semua soalan tu?” abang Din bertanya.

Aku terus menggeleng laju. “Tentulah tak! Jawab apa nya. Soalan yang diberi; fuhh lamak! Kalah soalan yang diberi oleh wartawan-wartawan gossip artist tu. Belum jawab satu soalan, sepuluh soalanlagi datang. Ana apalagi, lari jelah. Ana cakap jelah apa yang artist selalu cakap, ‘no comment.’”
Abang Din tergelak kecil. “fuyyoo! Mengalahkan artist betul Ana ni. Tulah, Ana jarang sekali keluar dengan lelaki, tulah dorang asyik tertanya-tanya. Kalau keluar dengan lelaki pun, mesti ada dua atau tiga orang kawan perempuan. Abang pun hampir tak pernah nampak Ana keluar dengan lelaki lain selain abang.”

“Selain abang apenye! Ana keluar dengan ayah jugak le,” bidasku.

“Abang long tu lain!”

“Sama jugaklah! Lelaki jugak kan.”

“Abang long tu muhrim Ana. Ayah Ana. Yang mereka semua maksudkan tu ‘lelaki yang bukan muhrim.’ Ada faham?”

“Yelah yelah,” aku mengalah. Malas lagi mahu melayan.

“Esok abang cuba pergi tengok kereta abang kat bengkel tu. Entah entah belum siap lagi dia fix kot. Abang tengah tunggu dia call ni. Yelah, Ana tahu lah kan kereta abang tu. Besar sikit problemnya kali ini,” beritahunya.

Aku hanya mengangguk lalu ku habiskan nasi yang ada dipingganku dan terus sahaja pergi ke dapur untuk membersihkannya.

***
“Apa lagi yang kau nak Farid? Tak cukup ke kau sebarkan gossip yang tak benar tu? Sejak bila kau jadi penyebar gossip yang takbertauliah ni?” tanyaku bertalu-talu setelah dia menyapa ku.

“aik? Tak benar ke? Sorry lah,” katanya dalam nada yang agak kesal.

“Sorry sorry. Sorry naik gunung berapi pakai lori curi strawberry dicelah duri,” ucap ku agak jengkel. Hah, rasakan kau!

“Yelah sorry. Tapi kan, mana dia ye? Semenjak dua menjak ni, tak nampak lagi batang hidung orang yang selalu hantar dan ambik kau kat pejabat. Tertanya-tanya pulak aku. Mahu tau jugak siapa yang berjaya mencuri hati kau tu. Nampaknya sekarang aku dah ada saingan ni.”

“Saingan apa ni?”

“yelah saingan,” dia mengangguk. “ kau kan pernah tolak cinta aku dan sekarang ni kau masih single tak taulah kalau kau tu dah tak available. Aah! Tak duli lah. Asalkan dia belum lagi halal untuk kau, it means I still have the chance right?” katanya sambil menjongket-jongketkan kedua-dua belah keningnya sambil tersenyum nakal.

Cinta konon! Naik meluat aku mendengarnya. Sebelum sempat ku berkata apa-apa, ada satu suara yang menyampuk.

“Yang kau tak berenti nak mengayat kat isteri kesayangan aku tu kenapa?”

Aku melihat ke belakang dan terus sahaja minda ku berkata: What is he doing here?

Mengapa kau ada : Bab 7

BAB 7

Seperti yang dijanjikan, setelah selesai kerja yang berlambak diatas meja aku tu, aku pun pergi ke arah meja Zaliha. Sekarang dia pulak yang asyik khusyuk bekerja.

“Zal, nak pergi hi-tea?” tanyaku setelah ku memberi salam dan mengetuk dinding pemisah meja.

Dia mendongak, “Pukul berapa dah ni?”

“Dah pukul 3 lah wei…”

“Hmm… Aku tak ada mood nak hi-tea laa..” katanya lagi.

“Kata nak dengar jawapan dari soalan yang kau ajukan tadi…” beritahu ku ingin memancingnya. Aku tak nak lama-lama membiarkan soalannya itu tidak berjawab,lagipun aku kan sudah berjanji padanya untuk menceritakan kesemuanya sebaik sahaja aku selesai membuat tugasan ku.

“Eh, betul ke ni kau nak cerita?”

“Eh, a'ahlah. Kan aku sudah janji,” aku mengangguk.

“Okay then. Jom,” dan dia mengambil handphone serta beg tangannya lalu beredar.

***
“Oh… ceritanya: kau selamatkan auntie tu dari kena langgar eh?” aku mengangguk, mengiyakan. Entah, soalan keberapa lah ni agaknya. Dari tadi aku hanya mengangguk saja dan dah nampak macam burung belatuk pun dah.

“Iye. Kan aku dah beritahu, barang belanjaannya gugur kat atas jalan raya tu. Dia kutip. Sikit lagi kena langgar dengan motor yang pada masa tu memandu agak laju. Nasiblah, motor tu sempat break. Kalau tak,” aku membayangkan tentang apa yang bakal terjadi. Cepat sahaja aku menghapusnya. Seram!

“And you come into action?” aku menangguk lagi. “Barang belanjanya macam mana? Sempat diselamatkan ke tidak?”

“Separuh ye, separuh tidak,” jawabku ringkas.

“Oh,” dia menangguk, “ patutlah aku ada nampak buah-buahan bertaburan kat atas jalan raya tu. Aku tengok macam dah nak jadi jus pun ada.”

“Sudah puas kan? Aku dah jawab soalan kau?” tanyaku. Dia menggeleng. Eik? Soalan apalagi yang aku belum jawab ni? Mulut ku pun sudah terasa berat nak bercerita apa-apa lagi.

“Ada satu lagi,” katanya, “tentang boyfriend kau.”

“Oh…” oh ye. Aku baru ingat.

Lagu ‘Freedom’ by Maher Zain, kedengaran. Aik? Handphone aku tu. Siape lah lagi yang call aku ni? Aku mengeluarkan handphone ku dari beg tangan ku. Lalu ku jawab. Ku ketap bibir dan terus sahaja ku berfikir; o ow! Another more trouble.
***
Aku tercungap-cungap apabila aku sampai di tempat yang di janjikan. Sudah dia cakap urgent, jadi aku cepat-cepatlah. Takut nanti ada apa-apa yang tak diingini berlaku.

Tetapi apabila aku sudah sampai aku lihat keadaan abang Din baik-baik saja. Aku berkerut dahi. Aku terus berlalu kearahnya. Aku lihat abang Din dari atas bawah, atas bawah, atas bawah. Okey; tangan dia masih ada, muka dia tidak luka, baju dia tak koyak-rabak, kaki dia pun masih utuh lagi kan dia sedangberdiri masa ni. Baik, sempurna dan sihat-sihat sahaj aku lihat abang Din ni. Jadi, apa yang urgentnya?

Oh! Baru ku sedar! Riak wajahnya yang kelihatan out of place. Dia juga mengerutkan dahinya seperti risau memikirkan sesuatu.

“Yang Ana lihat abang dari tadi ni kenapa? Ada apa-apa ke?” ucapnya. Riak wajahnya masih sama.

“Abang tu! Cakap urgent lah, important lah, need help lah, sakitlah, apalah. Tapi Ana tengok abang baik-baik saja pun. Tak pun sakit.”

“Yang sakit tu bukan abang. Tapi ni kereta abang ni ha yang sakit. My car need helps,” katanya dan memeriksa keretanya kembali dan wajahnya masih sama, keruh sahaja kelihatannya.

“Masalah apa lagi ni? Kereta abang ni buat hal apa lagi?” ucapku dalam nada yang sedikit kejengkelan. “Demam lagi ke?”

Abang Din hanya mengangguk. Hai… apa lagi lah masalah kereta abang Din ni. Tak sudah sudah.
“Abang nak Ana buat apa?”

“Tolong tumpangkan abang eh? Sepertinya abang tak dapat balik ke rumah sewa abang malam ni. Abang tidur rumah Kak Long jelah. Ana nak balik sana kan hari ni?”

“Sebenarnya Ana nak balik esok sebab esok Ana ada sedikit kerja lagi nak disiapkan. Agaknya Ana terpaksa balik hari ni jugak lah ye. Esok Ana ulang alik lah ni,” aku memprotes.

“Abang drive esok pagi. Ana janganlah risau. Confirm Ana tak kan letih punya kalau abang yang drive,” aku menangkat kening. Pandai mengambil hati jugak eyh abang Din ni.

“Yelah yelah. Kereta abang ni macam mana?”

“Abang pergi hantar workshop esok. Err… Abang pinjam kereta Ana esok boleh tak? I need to go to some places,urgent things. Very urgent. You know lah my job.”

Aku menangguk, seakan mengerti. Kerja abang Din ni memang susah. Tak reti nak duduk sekejap. Ada saja urusannya yang perlu diuruskan. “Nak balik awal ni ke?” tanya ku.

“Yelah. Bila lagi? Esok? Dah nak maghrib ni wahai Ana ku sayang…”

Aku menjeling. Sayang sayang… “Ana nak ke rumah sewa Ana dulu kejap. Nak ambil barang sikit.”

Mengapa kau ada : Bab 6

BAB 6


“Terima kasih ye nak,” ucapnya, “Kalau tidak ada kamu, entahlah apa yang akan terjadi dengan auntie ni.”

“Hish, jangan macam tu auntie. Tak baik cakap macamtu. Lagipun, auntie baik-baik saja kan sekarang ni, kan?” aku cuba untuk memberi semangat untuknya.

Dia mengangguk. “Apa-apa pun auntie, berterima kasihlah kerana sudi menylematkan auntie ni,” katanya lagi.

“Auntie… kita sebagai umat Islam yang bersaudara patut tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Kalau saya berkemampuan untuk menolong, Insya-Allah, saya akan tolong. Kalau tak, saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk menolong jugak. Berterima kasih lah kepada Allah kerana semua ini takdir-Nya yang menentukan saya untuk berada di sini dan menyelamatkan auntie,” ujarku panjang lebar.

“Alhamdulillah…” Dia tersenyum melihatku dan aku balas senyumannya. “Nama kamu siapa?” katanya.

“Ana. Auntie?”

“Nama auntie Rosmah. Panggil auntie Ros pun boleh jugak.”

“Oh… auntie Ros…” aku menganggukkan kepala ku apabila ku ketahui namanya.

“Ana kerja kat mana?” tanya Auntie Ros mesra.

“Ana kerja kat…” lama Ana berfikir. Sesaat, dua saat, “Astaghfirullahal’azim!” ucapku, separuh menjerit. Ku lihat wajah auntie Ros, sedikit berubah, seakan-akan hairan kenapa ku menjerit tadi. “Maaf auntie Ros. Ana terpaksa gerak awal ni jugak. Dah lewat nak masuk kerja ni. Nanti kena marah dengan bos pulak. Auntie taka pa-apa kan ni seorang? Driver nak datang sekejap lagikan? Kalu belum sampai jugak, telefon aje lagi, driver auntie tu, ye? Baiklah auntie, Assalamualaikum. Kalau ada jodoh, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.” Ku salam tangan auntie Rosmah dan terus berlalu meninggalkannya. Aku berlari-lari anak dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta Zaliha.

“Kau ke mana tadi?” soalnya sambil memandu keretanya dengan riak wajah yang hampir-hampir nak bengang.

“Tu, dekat sebarang tadi. Ada hal sikit, nantilah aku cerita. Sekarang ni apa yang lebih penting adalah, bersiap untuk menadah telinga daripada bernanah.”

Seakan mengerti maksudku, Zaliha terus memarkirkan keretanya di tempat parking syarikat dan kami terus sahaja masuk ke pejabat tanpa berlengah-lengah lagi. Ku lihat seklilas kebelakang, ku geleng-gelngkan kepalaku. Taulah, masa dah suntuk sangat, tapi parking pun tak nak lurus, tak ikut line yang diberi. Nanti kena saman, baru tau.

Kebetulan sekali, ada seorang lelaki yang berjalan di hadapan kami. Oh tidak! Boslah! Sikit lagi kantoi! Kami berdua berjalan perlahan-lahan di belakangnya agar tidak ketahuan yang kami terlewat masuk. Hahaha. Gerak-geri bagai pencuri saja. Bersembunyi di belakang pasu yang dikira ukuran besarnya, lebih besar badan aku @ pasu tu kecik je. Sudahlah pasu kecik, tumbuhan yang tumbuh kat pasu tu pun tak lah setinggi mana, yang menyorok di belakang pasu tu dua orang iaitu aku dan Zaliha. Kalaulah bos pusing ke belakang sudah tentu kami kantoi. Kantoi yang teramat sangat. Dan kami sangat bernasib baik bahawa bos tidak bertanyakan keberadaan kami apabila kami terlihat bahawa dia sedar yang kami berdua tidak ada di pejabat pada masa itu. Hei… kenapa ye bos tu hari ini? Selalunya, akan ditanya dan siap dimarahi lagi kalau tahu salah seorang karyawannya tak menepati masa dalam bekerja. Sedangkan aku dan Zaliha sudah lewat 10 minit ni. Entahlah, mungkin bos sedang mengalami masalah, sebab itulah dia malas nak tegur.

***
Ada sahaja luangan masa, apalagi, si Zaliha tu datnglah ke tempat aku. Hee… dia ni tak ada kerje ke? Wah… senangnya dia… aku kerja yang berlambak-lambak ni pun tak siap-siap jugak. “Zal, tolong siapkan kerja aku. I know you don’t have any work left, do you?”

“Hmm…”Zaliha membuat riak tidak puas hati, “tau-tau aje, aku tak ada kerja. Kau ni kan, tak nak bagi orang senang langsung. Maunya, bagi kerja kerja kerja. Hah, padanlah kau dengan bos tu, nak bagi kerje je kat orang setiap masa. Lagipun aku datang ni bukannya nak tolong kau buat kerja tapi aku nak buat interogasi sama kau. You owe me 2 questions.”

“Hah? Dua?”

“Ye, 2 soalan. 1: pasal bf kau, yang masahari tu kau janji nak bagitahu. Soalan kedua: Hal you tadi…” katanya sambil berpeluk tubuh.

“Hah?! Bf aku? Aku mana ada bf?”aku tergelak kecil. Boyfriend? Aku mana pernah ada boyfriend. Haii… agaknya kawan aku ni, tersalah orang agaknya ye.

“Ahah… the one yang makan dengan you masa kat kedai mamak 2 minggu lepas. Masa tu kita makan sama-sama dengan Ain, Sarah…” oh… yang tu! Baru aku ingat. Kalau tak memikirkan kerja yang di atas meja ni mahu saja aku untuk bercerita. Even awal ni pun boleh tapi, cerita aku dengan abang Din ni, a long story, di pendekkan pun masih panjang jugak. Walaupun aku ni terror dalam summarizing tapi kisah aku ni dan abang Din ni tak boleh summarise kalau tidak, nanti pasti Zaliha tak faham.

“Kau ni! Tanya tu, tanya lah jugak. Cubalah cari masa yang sesuai. Kau tanya ni pada masa yang tak betul. Nanti sajalah aku cerita. Aku lagi ada banyak kerja ni,” kataku sambil mataku asyik galak melihat dan meniliti setiap laporan yang diberikan.

Kawanku itu diam. Langsung tak berganjak dari tempatnya berdiri. Aku mendongak dan memfokuskan mataku kepada wajahnya yang sudah menunjukkan rasa tidak puas hati. Hah, tengok tu! Mulut pun panjang sedepa. Matanya dipandangkannya di tempat yang lain bukan arah ku. hah… ketara sangat. Merajuk lah tu. Heii… anak ni. Boleh tak kalau merajuk bukan masa aku tengah sibuk macam ni. Makin serabut aku jadinya.

“Yelah, yelah! lepas aku siap buat kerja ni pasti aku ceritakan apa yang terjadi. Pasti aku akan jawab kesemua soalan kau. Okay?” aku cuba berkompromi dengannya. Posisinya masih sama. Aduii… aku menggaru kepala ku. aku dah tak ada idea lagi macam mana nak pujuk anak mami seorang ni. “Aku janji. I promise, okay? You know I wont break my promises.”

“Janji tau?” huh? Bagi reaksi rupanya.

“Iye iye,” aku cuba meyakinkan.

“It’s set then,” lalu Zaliha pergi ke mejanya semula. Aku pula menyambung kerjaku yang terbengkalai akibat hendak memujuk Cik Zaliha yang sudah tua besar. Heii… dah besar-besar macam tu pun nak merajuk lagi ke? Dia ni, lain sahaja hari ini. Bukan seperti selalu. Sensitive. Entah,apa agaknya lah yang telah berlaku terhadap Zaliha. Tapi bagi pandangan aku dia baik-baik saja pun. Ape-apejelah. Daripada aku fikirkan dia, baik aku sambung kerja ku ini. Huhuhu…

Mengapa kau ada : Bab 5

BAB 5

Satu kerja dah siap, satu lagi yang datang. Itu dikira okeylah jugak. Tapi kes aku ni, satu kerja belum siap, ditambah satu lagi kerja. Aduh… bos ni, nak bagi kerja tu cubalah satu-satu, ini tak, dia nak bagi kesemuanya sekaligus. Dia ingat aku ni robot apa! Astaghfirullahal’azim… megutuk bos pulak aku ni. Nanti kerja tak berkat baru tau.

“Hoii!” aku tersedar dari lamunan ku apabila ada orang menyergah ku dari belakang. Ku urut-urut dada ku.

Lalu ku pandang pengejut yang ‘tak bertauliah’ dengan pandangan yang tajam. “Apa kau ni!” marah ku.

Zaliha ketawa. “Lawaklah muka kau bila kau terkejut,” dia makin galak ketawa lagi.

“Hush! Diamlah, nanti bos dengar nanti dia fikir kite ni curi tulang pulak. Tak tentu pasal gaji kita dipotong baru tahu,” kataku dalam nada separuh berbisik.

“Don’t worry. Encik Syukri isn’t here. He’s out dari pukul 10.30 pagi tadi lagi.”

“Yang awak ke sini ada apa? Ada hajat ke? Kalau ada hajat pun cubalah ‘ketuk pintu dan beri salam.’ Ni tak, ‘jerit orang, gugur jantung, nanti mati akibat lemah jantung’ macam mana? Nanti ada artikel kat surat khabar tu, frontpage lagi: ‘SEORANG PEKERJA MATI MENGEJUT AKIBAT LEMAH JANTUNG APABILA DISERGAH OLEH KAWAN SEPEKERJANYA.’ Awak nak bertanggunugjawab?” Tanya ku sambil mengangkat kening.

Zaliha mencebik. “Hish sini mana ada pintu. Kau tau tak, pejabat kita ni yang hanya ada bilik alias ada pintu tu bos aje. Takkan aku nak ketuk pintu bos pulak if aku ada hajat sama kau. Nanti dia perasan pulak.”

“Alasan je tu. Maksud aku ketuk pitntu tu tak bermaksud pintu sebenar. Aku guna ketuk pintu dalam bahasa kiasan aje. Ni, pendinding antara satu meja dengan meja lain kan ada, ketuklah yang itu.”

“Hish, kenapalah kau ni tak jadi lecturer bahasa melayu je ye?” katanya lagi.

Aku hanya tergelak kecil. “Wahai Cik Zaliha, kau belum lagi jawab soalan aku: apa hajat kau ke sini?”

“Aku nak ajak kau makanlah, apalagi.”

“Aiyooo, it’s still early maa…”

“Early kepala otak kau! Ni dah nak dekat 12.30 tengah hari.”

Ku lihat jam ditangan. Eh! Betulla! Tadi baru je pukul 9 pagi sekarang sudah tengah hari. Wah… cepatnya masa berlalu. Patutlah perut ku bergema lagu yang sedap untuk di dengar.“Betulla! Sorry, sorry. Aku tak sedar tadi. Jomlah. Dah lewat ni. Nanti tak sempat nak makan lagi.” Zaliha membuntuti ku dari belakang.

***
Seperti biasa, tak lain dan tak bukan, kami berdua makan di restoran mamak yang berdekatan dengan ofis aku. Kan masa dah suntuk, hanya tinggal lebih kurang 45 minit saja lagi lunch. Daripada jauh-jauh nak cari restoran baik yang dekat di mata je, jimat masa, jimat minyak kereta.

Setelah makanan yang dipesan sampai, aku pun apalagi, masukkan makanan tu kat mulut lah. Nanti kalau lambat-lambat, gastric jadinya. Hey… tak nak aku nak minum ubat. Dah lapar sangat. Dah kan aku tak makan sarapan tadi gara-gara aku terakhir bangun. Dan aku terakhir bangun pasal apa? Kerana aku hendak menyelesaikan kerja yang diberi. Kerja apa? Kerja men-summarise kan ke 10 report yang tebal-tebal belaka. Siapa yang beri kerja tu? Bos aku yang beri. Siapa namanya? Encik Syukri bin…bin…bin… bin apa ye? Tak ingat pulak. Ish! Yang aku nak ingatkan nama penuh dia apesal? Nak jadi calon suami ke? Hah? Suami? No way! A big BIG NO WAY! Siape juga yang nak kahwin dengan bapak singa macam dia tu. Sudahlah panas baran, pemarah… ish ish ish

“Yang kau asyik geleng-geleng kepala dari tadi ni kenapa?” Zaliha menyoal ku. Aku mendongak dan memandangnya.

“Bila pulak aku geleng-geleng?”

“Tu…” dan dengan itu baru aku perasan rupanya aku masih menggelengkan kepala walau semasa aku bercakap dengan Zaliha. Hish,apasal aku asyik tergeleng-geleng ni? Ada peyakit ‘angguk-angguk,geleng-geleng’ke? Aduh, buang tabiat agaknya aku ni.

Aku tergelak kecil. “Saje, nak buat exercise kepala. Melengangkan otot-otot dan urut saraf yang ada dekat leher ni.” Aku mulakan kembali gelengan kepala ku.

“Ada-ada saja lah kau ni. Sudah, sudah. Stop menggeleng. Nanti orang liat, mereka ingat kau ni gila. Aku juga yang malu.”

“Eleh, kau beritahu lah kat mereka yang aku ni cume exercise kepala je…” jawab ku selamba.

“Siape jugak nak exercise kepala time tengah makan macam ni. Yang tersedak kau jugak, bukan aku,” hmmm, ape-ape jelah wahai kawanku. Aku tahu kau tu tak nak kalah. Tak apelah, asalkan kau bahagia.

“Daripada kau sakit kepala untuk memikirkan gelengan aku ni, lebih baik kau habiskan nasi kau tu. Aku pun dah habis ni, tinggal sedut milo sejuk ni je lagi,” kataku lalu menyedut sisa-sisa milo yang ada di dalam gelas ku itu.

Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus sahaja meneruskan suapannya yang terbengkalai sebentar tadi.
***
“Kau tunggu kat kereta sekejap eh? Aku nak beli Mr. Potato kejap,” dan Zaliha terus meninggalkan ku dan aku? Aku apalagi, masuk jelah dalam kereta. Daripada tunggu kat luar yang temperaturenya very the hot, baik aku masuk dalam kereta menyejukkan diri dengan air-cond. Hmm… Rahmat….

Sementara menunggu driverku a.k.a kawanku, Zaliha, aku melilaukan mataku ke luar. Melihat manusia-manusia, lelaki dan perempuan dari berbagai kaum, bangsa dan agama yang sedang berjalan melintasi kereta ini. Macam-macam aksi mereka ku perhatikan: ada seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana gula-gulanya jatuh, ada yang berjalan menyendiri, ada yang berjalan menggunakan baju beruniform, polis pun ada jugak, nenek dan keluarga juga ada dan yang lebih dahsyatnya lagi ialah, seorang lelaki dan seorang perempuan yang dalam lingkungan masih remaja lagi berpegangan tangan depan public. Entah muhrim ke tak, suami isteri ke bukan. Aku pun tak tahu, ish ish ish.

Dan kemudiannya, aku ternampak seorang wanita yang sedang dalam bahaya…

Mengapa kau ada : Bab 4

BAB 4

Aku akhir memulakan kerjaku yang tinggal 4 naskhah semalam akibat melayani kerenah abang Din. Tidur pukul 3 pagi. Mana tidaknya, bos mahukan kesemua summary yang ku buat tu pagi ini jugak. 4 naskhah terakhir ini tersangatlah tebal berbanding 6 naskhah yang lain.. Aku harus membacanya, menganalisa, mengambil point penting dan sebagainya lalu meringkaskannya. Memang banyak kerja. Ruginya aku. Untungnya bos aku jugak. Dia dapat baca dengan mudah dan senang kerana aku sudah meringkaskan kesemuanya. Apalah punya bos! 10 report ni pun dia malas nak bace.

Kesannya aku terakhir bangun. Aduh, bahaya ni! Aku terbangun pukul 6.45 pagi. Aku terus mandi lalu menunaikan sembahyang subuh. Beg yang sudah ku isi dengan 4 naskah semalam ku ambil dan ku bawa untuk di masukkan ke dalam kereta. Abang Din dah bagitahu semalam yang dia nak hantar aku kerja. Baguslah tu, aku pun malas nak drive. Aku terus masuk ke kereta tanpa makan apa-apa. Abang Din pun terus memecutkan keretanya ke tempat kerja ku, dia memang sudah tahu yang aku terlambat hari tu. Nasib baiklah aku makan banyak ayam penyat mak yang mak masak semalam kalau tak, mungkin dah berbunyi perut aku.

Aku terus belari menuju ke ofis ku setelah abang Din menghantarku. Cubalah bos aku ni jenis yang suka akhir datang, taklah aku berebut-rebut macam ni. Inilah masalahnya kalau di saat-saat pekerjanya terlambat datang mempunyai bos yang suka tepat masa, yang suka datang awal kerja. Kedapatanlah! Kantoi! Aku berlari menuju lif dan terus menekan tombol untuk menuju ke ofis ku. sementara menunggu pintu lif terbuka, aku membetulkan baju dan tudungku yang agak senget akibat berlari tadi.

“Apasal lambat?” Zaliha bertanya.

“Karanglah aku cerita, nak jumpa bos. Nanti mengamuk pula dia nanti,” ujarku lalu terus ke meja ku untuk mengambil 6 naskah yang lain didalam laci ku lalu aku bersedia untuk berjumpa dengan bos ku.

Ku ketuk pintu bos ku. “Masuk,” I heard his stern voice. Aku agak nak naik marahlah ni kalau dah suara keras macam tu. Aku pun masuk lalu menyerahkan ke 10 report bersamaan dengan ringkasannya sekali. Haii… bertambah berat lah benda yang nak aku bawa.

Selepasa aku letakkan kesemua benda yang ku bawa itu ke atas mejanya dia memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku faham benar dengan pandangnnya itu. Nak marahlah kan. Tetapi tidak ku hiraukan pandangannya itu. “Saya sudah summarise kan kesemua report tu seperti Encik Syukri arahkan tapi jika Encik Syukri nak maklumat lebih lanjut tentang ringkasan tersebut, Encik boleh merujuk kepada original report.” Jawabku selamba. Haha. Macam orang tak bersalah pulak aku ni. “That’s all I need to tell you. Ada apa-apa pertanyaan ke sebelum saya keluar?” aku lihat ke anak matanya. Dia masih juga memandangku dengan tajam. Aku balas pandangnnya itu. Apasal dengan mamat ni?! Jawab ke tak nak ni? Akhirnya aku mengalah. Aku pun memutuskan untuk berlalu dari situ.

“Siapa suruh awak pergi?” langkahku terhenti. Aik? Jawab pun. Fikir bisu tadi. Aku menoleh ke arah bosku yang sedang duduk di atas kerusinya. Aku tidak berganjak dari posisi ku yang hampir dengan pintu. “Saya tanya, siapa yang suruh awak pergi? Pekak ke?”

Pekak kau kata? Pekak?! Tadi aku tanya dia yang tak jawab, bisu ke? Hatiku mulai mendidih. Aku tanya dia, dia tak jawab. Sekarang dia kutuk aku pulak?! Sudah lebih ni mamat ni. Tapi aku masih mampu bersabar. Suaraku ku lembut kan, “Takde sape-sape. Encik ada soalan ke sebelum saya keluar?” walaupun suara lembut tetapi aku sedar, riak wajahku tak selembut suaraku.

“Ye. Saya ada soalan. Kenapa awak akhir menghantar report tu kat saya? Kan saya dah kata, hantar report tu awal pagi sebelum saya masuk lagi. Ini awak hantar semasa saya dah masuk dan awak terlambat datang pulak tu. Where is your responsibility as a worker?!” dia mengatakan setiap bait kata dengan perlahahan tapi sangat jelas ku dengar. Dia cuba control marahnya lah tu.

“I’m sorry. I know its my mistake. I’ll do better next time,” jawabku. Eyh! Cakap English lah pulak. Itulah bawa aku cakap English aku pun ‘ter’jawab English lah jugak.

“If you know it’s your mistake you should do better now not next time. There’s no such thing as next time!”

Eyh, apa pulak bos aku ni. Tahulah dia marah, takkan belum reda lagi. Kalau tak, sudah ku balas marahnya tadi. Nasib dia bos, kalau aku bos sudah ku berhentikan dia kerja. Asyik nak marah je kat orang. Aku dah mengaku itu kesalahan aku masih saja dia memarahi. Hish! Apasal marah-marah pagi ni? Period ke? Aku tergelak kecil dengan fikiran ku itu.

“Kenapa senyum-senyum?” Minah ni tersengih pulak. Ada apa-apa yang pelik ke kat muka aku.

“Takdelah Encik Syukri. Tak de apa-apa. Erm.. itu saja kah Encik Syukri? Kalau macam tu saya keluar dulu,” aku keluar tanpa menghiraukan bos ku yang sepertinya shock itu. Kenapa ek? Tak tahu pulak. Ada-ada ajelah bos aku ni. Sekejap marah sekarang ini pulak. Aku menggelengkan kepala ku.

Mengapa kau ada : Bab 3

BAB 3

“Assalamualaikum. Ana dah balik.”

“Waalaikumussalam,” jawab ayahku. Ku salam tangan ayah.

“Emak mana yah?” tanyaku.

“Tu, kat dapur tu hah. Tengah memasaklah agaknye.” Aku hanya mengangguk lalu terus pergi ke dapur.

“Assalamualaikum mak.”

“E'eh, waalaikumussalam. Dah balik rupanya anak mak ni. Tak sedar pulak.” Emak ku menyerahkan tangannya dan aku menyalaminya.

“Baru aje Ana balik. Mak tengah masak apa tu?”

“Ni, masak ayam penyet ni ha. Sekali sekala lah kan.”

Aku tersenyum. “Oh ye mak. Adik kesayangan mak tu ada kirim salam kat mak tadi. Dan dia baru saje SMS Ana, katanya nak bermalam kat sini.”

“Hmm.. eloklah tu. bila Ana jumpa? Mesti dia buat hal ek?”

“Ekhem!” aku terdengar seseorang berdehem. Ku toleh ke belakang.

“Abang Din! Cepatnya sampai. Ana fikir, malam ni baru abang nak ke mari.” Ujarku setelah melihat abang Din yang berdiri bersandar dekat pintu dapur yang kini sudah berpeluk tubuh. Baru dicakapkan tentangnya, sekarang orangnya sendiri dah datang.

“Nak kutuk abang lah tu,” abang Din sudah mecebik birbirnya.

“Mana ada Ana kutuk abang. Ana cume bagitau mak je…” Aku membela diri.

“Memang betul pun. Kau ni datang sini mesti ada hal besar. Ya kan?” emak ku memandang tajam ke arah abang Din. Entahlah masalah apa yang mak maksudkan. Setahu aku, abang Din bukan jenis yang suka membuat masalah.

“Takde lah Kak. Akak ni, sikit-sikit Din datang sini mesti cakap Din ada masalah besarlah apalah. Tak bolehke Din datang sini? Nanti Din tak datang sini berminggu-minggu, berbuan-bulan, bertahun-tahun, baru akak tahu. akak juge yang rindu dengan Din, kan? Nanti, kalau Din dah tak jenguk akak lagi, nanti siapa pulak nak tolong tengok-tengokkan anak kesayangan akak ni,” ujarnya panjang dalam nada bergurau lalu mencebikkan bibir. Ha, merajuklah tu. Mukanya sudah mulai memasam. Aku dapat bacalah abang Din! Kau tu berlakon je. Tak payahlah nak buat muka macam tu.

“Ish, kau ni Din! Dah tua besar, masih nak merajuk. macam budak-budak! Ingatlah diri tu oii..” emakku melabuhkan ayam kedalam kuali yang panas. Mak memang dah masak dengan perangai abang Din. Mak tahu dan aku juga tahu bahawa abang Din bukanlah jenis pemarah. Marah dalam bergurau. Kalau marah pun kalau masalah serius saja. Abang Din ni happy-go-lucky!

“Alaa~ Kak long ni! Manalah tua sangat. Baru 28 tahun tau!”

“Muda konon. Umur dah nak mencecah kepala 3 tapi kawin pun belum. Bujang telajaklah agaknye,” Ujar emakku.

“Girlfriend pun takde macam mana nak kawin. Belum lagi jumpa yang sesuai lah kak. Kalau kak long nak bagi anak dara kak long yang sorang ni, malam ni pun Din sangup masuk meminang.” Abang Din mengeyitkan matanya padaku.

Emak mencubit lengan kiri abang Din, “Ingatlah sikit oii. Ana ni siape? Ana ni anak buah awak. Awak tu uncle dia. Ada hati pulak nak kawin dengan anak buah sendiri. Mana boleh kawin!”

“Hish kak Long ni! Din masih ingatlah tentang hukum-hakam agama ni. Serius pulak dia. Orang main-main je lah… begurau pun tak boleh.” Abang Din meninggalkan dapur.

Aku tergelak kecil melihat telatah kedua beradik ini. Ya! Sesungguhnya, mak dan abang Din adalah adik-beradik. Mak adalah anak pertama dan abang Din pulang yang paling bongsu. Umur abang Din taklah jauh sangat dari aku cume beza 4 tahun je. Tulah, nak panggil uncle abang Din tak suruh. Katanya macamlah dia tu tua sangat sampai aku panggil dia macam tu. Tapi aku protes. Kataku dia itu adalah adik kepada mak, so aku sepatutnya panggil dia uncle. Tapi abag Din masih berkeras jugak supaya aku tak panggil dia uncle. Lalu dia mencadangkan aku untuk memanggilnya abang. Mula-mula tu memanglah agak jangkal rasanya panggil dia abang. Sudahlah aku ni anak tuggal, tak ada abang, manalah aku pernah panggil seseorang dengan panggilan abang. Tapi lama-kelamaan biasa jugak. Masa pertama kali aku memanggilnya abnag di depan mak, sebenarnya mak tak suka. Akhirnya mak tak ambil kisah. Sama jugak ceritanya dengan adik-beradik mak yang lain.

Dan memang betul, abang Din selalu menjenguk aku yang bekerja kat KL. Sekali sekala aku ada jugak balik kat kampong contohnya hari ini. Aku balik ke kampong biasanya tak bemusim. Datang dan pergi bila-bila masa. Kalau ada projek di luar yang hendak di lawat atau teramatlah sibuk dan banyak kerja, barulah aku duduk kat KL. Tapi seminggu ni, aku free lah sikit kecuali hari ini. Bos aku tu bagi aku kerja banyak sangat. Nasib baik hampir semua dah siap. Abang Din biasanya menjenguk sekali sebulan atau jika dia tidak sibuk atau ada hal darurat macam tengah hari tadi, barulah dia datng nak jumpa dengan lebih kerap. Kami biasanya bertemu kat luar, sekali sekala kat ofis aku. Maklumlah, aku tak nak orang tersalah sangka hubungan mesara aku dengan abang Din ni.

Kebetulan abang Din kerja kat KL sebabtulah mak minta tolong untuk tengok-tengokkan aku. Aku sememangnya tak nak abang Din jaga aku, tengok aku. Tapi mak ni yang paksa. Aku ni dah besar panjang tapi masih jugak kena jaga, macam budak-budak lah pulak. Bukannya aku ni tak pandai jaga diri pun sampai-sampai hendak di jenguk sekali sekala. Aku bukan budak liar lah! Haiii…nak buat macam mana.

Abang Din mempunyai rumah sewa sementara dan mak suruh aku untuk tinggal bersamanya. Lebih aman katanya. Taklah abang Din susah-susah nak jenguk aku sebulan sekali ke apa ke kat ofis aku. Dah tiap-tiap hari jumpa depan mata. Ish, tak naklah! Nanti kalau kawan aku Nampak nanti dorang pikir aku sudah mempunyai suami pulak. Lagipun tinggal berdua dalam satu rumah tak manis lah pulak dipandang orang. Walaupun haram berkahwin tetapi syaitan nak goda bukannya kira haram ke tak, betul tak?

Akhirnya aku memutuskan untuk menumpang di sebuah rumah sewa yang tidak begitu jauh dari pejabatku dengan beberapa orang kawan yang cukup aku kenali.

“Mak, Ana naik dulu,ek. Nak mandi,” aku senyum lalu berlalu naik.

Mengapa kau ada : Bab 2

BAB 2

Tekaan ku meleset. Rupanya bos belum lagi masuk. Aku duduk sambil mengeluh. Nasib baik aku, kalau tidak...

Tidak lama kemudian, aku alihkan perhatian ku ke arah skrin computer yang ada di hadapan ku. Aku mesti sambung membuat kerja ku. Sebentar lagi siap. Yes!! Lepas ni, dapatlah ku berehat sekejap.

“Ana…” ada orang memanggil ku. Aku menoleh, rupanya itu Kak Zaitun, sekretari bos aku.

“Ye kak? Ada apa?” aku bertanya.

“Encik Syukri panggil.”

“Bos panggil saya?” jari telunjuk ku ku tunjukkan ke arah diriku. Kak Zaitun hanya mengangguk. Hmm… ada apa lagi ni. Selalunya, kalau dia panggil, mesti ada apa-apa ni. Aku mengeluh, lalu berdiri pergi ke ruangan bosku, Encik Syukri. Jangan saja dia bagi aku kerja lagi sudahlah.

Aku ketuk pintu ruangan Encik Syukri. Lalu aku masuk. “Encik panggil saya?” aku tanya dengan penuh berhati-hati.

Dia sedang menganalisa satu dokumen dengan penuh konsentrasi di atas mejanya. Dia seakan terkejut melihat kehadiranku di depannya. Tetapi dia hanya menjawab, “Hmm.” Dan meneruskan kembali kerjanya menganalisa dokumen tersebut.

“Kalau boleh tahu, kenapa ye Encik Syukri panggil saya?”

“Di atas meja di sana dekat sofa tu, ada report dari pihak bawahan. Saya nak awak ambil ke semua itu, baca lalu ringkaskan masalah-masalah yang awak rasa serius, kemudian bagi kat saya. Saya nak report tu ada kat meja saya esok pagi. Faham?”

Aku mengangguk faham. Lalu aku pergi ke meja yang dimaksudkan. Aku kerutkan dahi ku. Eyh, betulkah mamat ni? Dia nak aku summarise kan ke 6 report tu dalam satu hari? Serius ke?

Aku keluar dengan membawa 6 report itu ke atas meja ku. Aku pun memulakan pekerjaan ku. Entah bila Zaliha ada di belakang ku dengan senyuman yang ada di bibirnya. Aku mengangkat kening ku nutuk bertanya ‘ada apa?’ malas nak mengeluarkan suara tatkala sibuk macam ni.

“Sibuk ke?” dia bertanya. Aku hanya mengangguk malas. Tak nampak ke report setebal ni? Kataku di dalam hati. “Bila kau nak beritahu?”

Tangan ku yang asyik menaip keyboard computer lantas terhenti. Aku pandang muka Zaliha. “Maksud kau beritahu apa?” soalku hairan. Apaye? Lupa lah pulak.

“Pura-pura tak tahu lah pulak. Beritahu tentang boyfriend kau tu lah,” jawabnya acuh tak acuh.
Kebetulan Encik Syukri keluar dari ruangannya dan raut wajahnya berubah serta merta. Lalu dia berdiri dekat mejaku. “Diana, ni 4 report lagi, saya terlupa nak bagi awak tadi. Jangan lupa. Saya nak kesemua report tu esok pagi. Faham?” Aku bertambah terkejut dengan kedatangan 4 report yang baru itu tetapi aku cepat-cepat mengendalikan emosi supaya menjadi tenang semula. Kemudian aku hanya mengangguk setelah melihat renungan matanya yang tajam. Kemudian dia pergi entah ke mana. Setahuku masih awal untuk pulang ke rumah. Mungkin ada meeting kot. Aku mengeluh. Enam campur empat = sepuluh. Sekarang sudah ada 10 report ditangan untuk di summarise kan. Apatah lagi 4 report yang baru diberikan itu tebal-tebal belaka, lebih tebal malah! Alahai… alamatlah aku tak tidur ni malam ni ye..

“Hush… jangan besar-besarlah. Nanti orang dengar. Sudahlah. I lagi banyak kerja ni. Nanti kena marah pulak tak tentu pasal.”

***
6 report sudah ku selesaikan. Kini tinggal 4 lagi. Aduh, sakitnya kepala ku. Bos ni pun satu jugak, nak bagi tu bagi lah satu ke, dua ke. Ini sepuluh sekali! Nasib baik aku terror dalam hal summarizing ni. Kalau tidak!

“Ana belum balik lagi ke?” kak Zaitun bertanya. Aku menggelengkan kepala. “Sudahlah. Jangan terlalu diuruskan sangat. Akak rasa dia tengah marah kot.”

Aku mengangkat keningku. “Hah? Marah? Kenapa ye kak?”

Kak Zaitun mengangguk. “Hmm… akak sendiri pun tak tahu. Akak tak faham sangat dengan perangai Encik Syukri tu walaupun dah menjadi seketarinya selama 2 tahun. Sekejap angin, sekejap baik, entahlah, akak pun tak tahu.”

“Kot ye pun bos akak tu marah janganlah lempar kat saya… tak tentu pasal saya yang jadi mangsa,” aku mencebik bibir.

Kak Zaitun tergelak kecil, “Bos akak bos Ana juge kan?”

Aku turut senyum lalu aku kemaskan barang ku dan memasukkan nya ke dalam begku yang berwarna perak. Report yang beum ku selesai pun ku masukkan. Report yang sudah selesai ku masukkan ke dalam laci mejaku dan terus ku kunci. “Sudahlah kak. Saya nak balik dulu. Dah lewat ni. Saya ada janji. Assalamualaikum.”